nuffnang ads

Follow Us Thanks!

Friday, 30 September 2011

CAYALAH! Libas berapi!



Biar pun disamakan dengan filem Shaolin Soccer, filem arahan Jurey Latiff Rosli, Libas tetap ada keistimewaan dan tampil dengan idea yang segar.

Membabitkan kos RM2 juta, filem yang sudah tujuh tahun diperap ini dilihat mengangkat kembali permainan tradisi, sepak takraw yang menurut Jurey semakin lama dilupakan kewujudannya terutama anak muda.

Menyedari fenomena itu, Jurey muncul bersama satu misi, memartabatkan permainan tersebut agar kembali dikenali menerusi medium dan penyampaian kreatif, melalui filem.


Plot penceritaan, Libas sarat dengan unsur komikal yang mampu menggeletek perut mereka yang menonton dari awal hingga ke akhir. Namun, inti pati penting cerita ini tentang kecintaan dan semangat membara mempertahankan maruah negara dari tewas di tangan musuh, dan takraw dijadikan simbolik, gelanggang takraw pula medan perangnya.

Penggunaan imej janaan komputer (CGI) yang banyak digunakan nyata membantu menjadikan teknik permainan dan pergerakan takraw nampak real. Mata boleh tertipu dengan kelincahan Rosyam melibas takraw, kelicikan Johan mengimbang bola keranjang, teruja dengan kehebatan Scha yang mampu membalun dua lelaki yang mengusiknya.

Mutu lakonan hero filem Malaya, Rosyam Nor tidak perlu disangkal lagi. Bagaimanapun, kehebatan Rosyam tidak menengelamkan lakonan Scha Al Yahya. Malah, Scha sebagai Ratna, kekasih Rosyam tampak serasi dalam menterjemahkan perwatakan dua insan sedang bercinta walau realitinya jarak umur kedua-dua pelakon ini jauh berbeza.

Kehadiran pelakon seperti Johan, dan pelakon baru, Fadzly Kamarulzaman membuatkan filem ini sarat dengan aksi komedi yang spontan dan membuatkan pelakon tidak kering gusi. Selain itu, filem ini turut dibarisi pelakon hebat seperti Beego, Zabri Ibrahim, Yuswaisar dan Adam Corrie Lee.

Libas mengisahkan Adnan Saladin seorang Raja Libas dalam permainan sepak takraw (Libas), dia digelar sebagai Raja Libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan, terutamanya dari pasukan Siam (Thailand). Kecederaan berlaku mengakibatkan tekong Malaysia (Dali) parah apabila Libas gagal menampan libasan kuat AK Nangkhon lalu terkena dadanya.

Akibatnya, Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga jurulatih itu sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan anaknya, Ratna.

Raja Libas resah apabila Mr Wilson menawarkan perlawanan Libas lebih awal dari selalunya untuk mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran lumayan diberikan kepada pasukan Thailand demi mendapatkan bola warisan tersebut daripada Raja Libas.

Bagi mengekang kehebatan pemain Thailand, Raja Libas mencari pemain baru dan mengumpulkan regu pasukan yang terdiri daripada Megat (pemain lama), Hamadi dan Kumok. Di perlawanan akhir, Malaysia dibelasah teruk oleh Thailand. Mampukah Raja Libas mempertahankan maruah negaranya?

Coretan Hiburan : Kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...