Rupa-rupanya P.Ramlee ada waris yang pandai menyanyi juga. Cucu P.Ramlee iaitu Najua P.Ramlee[walaupun anak Nasir] ini akan meneruskan legasi datuknya, Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dengan kemunculan single terbaru. Belum siap dan masih lagi dalam pembikinan.
Konsep muzik yang ingin dibawakan adalah konsep muzik broadway, sama seperti lagu-lagu yang sering dibawakan dalam pementasan teater.
“Sebelum ini saya biasa dengan kerjaya berbentuk pementasan seni teater, muzikal terutamanya. Jadi saya fikir, lebih elok jika lagu single pertama saya berbentuk broadway.
“Saya harap kelainan itu dapat diterima peminat-peminat muzik tempatan. Andai kata ia menjadi tarikan, saya akan meneruskan usaha penghasilan single kedua dan seterusnya muncul dengan sebuah album,” katanya.
Dia adalah graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) ini, dan dia mendapat pembiayaan penuh daripada Indonesian Arts And Culture Scholarship untuk menyambung pengajian kursus jangka pendek di negara itu dalam masa terdekat.
“Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk mengambil kursus jangka pendek dalam bidang seni ini dan akan mengaplikasikannya dalam kerjaya seni saya nanti.
“Selain itu, saya juga ingin membuktikan mampu berjaya dengan usaha sendiri tanpa membabitkan nama keluarga,” ujarnya ringkas.
Dia nak berjaya sendiri tanpa babitkan nama keluarga?? Mudah-mudahan…
petikan : ekeleh.com
No comments:
Post a Comment