Ia adalah satu persembahan yang baik daripada Portugal, yang sedang membuat penampilan kelima mereka berturut-turut di suku akhir kejohanan Euro dan akan bertemua sama ada Sepanyol ataupun Perancis di separuh akhir.
Czech memulakan perlawanan dengan agak baik manakala rancangan Portugal adalah untuk menghantar bola kepada Ronaldo di setiap peluang yang mereka dapati dengan harapan kapten mereka dapat membuka tirai perlawanan.
Rembatan beliau beberapa minit sebelum separuh masa terkena tiang sebelum Helder Postiga digantikan oleh Hugo Almeida selepas mengalami kecederaan.
Almeida membazirkan satu peluang yang baik di separuh masa kedua apabila tandukan beliau daripada hantaran Raul Meireles terlalu tinggi.
Sepakan percuma Ronaldo terkena tiang sekali lagi dan perlawanan kelihatan akan menuju ke masa tambahan sebelum penyerang Real Madrid itu menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-79 selepas Moutinho dan Nani bergabung untuk menghantar bola ke dalam kotak penalti.
No comments:
Post a Comment