"Kami hanya ingin menambah pengalaman dalam Piala AFC tetapi pasukan ini telah meraih pencapaian yang tinggi dengan kecermelangan kami dalam kejuaraan ini." kata pengurus Kelantan Azman Ibrahim kepada New Straits Times.
"Kami perlu penyerang yang lebih mantap selepas Nwoha dilepaskan dan Mandjou calon terbaik. Kami kini mempunyai pilihan serangan yang mahir untuk Piala AFC."
"Kami sedang mencari pemain asing baru tetapi perlu tunggu hingga (June 14) keputusan undian diumumkan. Kami tidak akan menandatangani pemain baru jika pasukan yang kami akan bertentang adalah sama taraf seperti kami."
Kelantan telah sampai pusingan kalah mati Piala AFC dengan hanya lapan pasukan yang tingga setelah menewaskan Terengganu bulan lepas.
Mandjou akan serta dengan penyerang Lebanon Mohammad Ghaddar, pemain Nigeria Obinna Nwaneri - yang tidak akan serta perlawanan suku akhir itu akibat penggantungan - dan pemain Ghana Dennis Antwi.
Undang-undang Piala AFC kini membenarkan pasukan untuk menyertakan empat pemain asing dengan satu dari Asia.
No comments:
Post a Comment