Cara/Tips mengekalkan kesihatan di musim panas:
- Minum minuman isotonik seperti 100plus dan sebagainya (boleh gantikkan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh).
- Digalakkan untuk minum air sekerap yang boleh.
- Kurangkan aktiviti luar (kalau boleh). Kalau terpaksa keluar, dinasihatkan untuk tidak keluar ketika cahaya matahari terik (sekitar 11 pagi hingga 3 petang).
- Pakai pakaian 100% kain kapas.
- Pakai sunlight lotion (bagi melindungi kulit dari pancaran cahaya UVA dan UVB).
- Kurangkan pengambilan minuman berkafein, alkohol dan minuman lain yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.
- Jangan duduk dalam kenderaan yang tertutup tanpa aircond (jangan sesekali tinggalkan anak kecil atau warga tua dalam kenderaan dibawah terik matahari.
- Kepada mereka yang suka bersenam, dinasihatkan untuk melakukan aktiviti bersenam di kawasan redup atau dalam bangunan (gym).
- Jangan sesekali pakai pakaian tebal ataupun berlapis (jangan cari pasal).
- Kepada parents, selalulah pantau aktiviti anak-anak (elak mereka bermain di bawah panas terik).
No comments:
Post a Comment