PENYERANG Manchester United, Wayne Rooney (tengah) meraikan jaringan selepas menyempurnakan penalti ketika bertemu Sunderland di Old Trafford, awal pagi tadi. - Foto AFP
LONDON: Wayne Rooney menamatkan kemarau jaringan daripada lapan perlawanan apabila menjaringkan dua gol membantu Manchester United memintas semula Arsenal ke tangga ketiga selepas kemenangan 2-0 ke atas Sunderland, awal pagi tadi.
United yang menerima ejekan pada babak pertama di Old Trafford kembali lebih berselera selepas rehat apabila Rooney menjaringkan gol pertama hasil sepakan penalti pada minit ke-66 selepas Radamel Falcao dijatuhkan John O'Shea.
Rooney mengesahkan mata penuh milik tuan rumah dengan gol kedua pada minit ke-84 apabila tenang menanduk masuk depan gawang lawan.
Pencabar United untuk empat teratas, Southampton terus malang apabila kalah kepada West Brom 1-0 di gelanggang lawan hasil jaringan tunggal Saido Berahino.
PEMAIN Newcastle United, Papiss Cisse (kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika bertemu Aston Villa di St James Park. - Foto Reuters
Newcastle United menambahkan lagi derita Aston Villa dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan Papiss Cisse di St James Park. Villa belum lagi menang selepas 12 perlawanan setakat ini.
Swansea City melonjak ke tangga kelapan selepas menang tipis 1-0 ke atas Burnley manakala Stoke City mengatasi Hull City 1-0 hasil jaringan Peter Crouch. - AFP
Sumber: www.bharian.com.my
No comments:
Post a Comment