petikan gambar dari : http://www.melvister.com/
Bercakap mengenai bola sepak Malaysia mesti ramai yang tidak berpuas hati dengan corak permainan pasukan itu. Sudah banyak duit negara yang telah dihabiskan untuk pembangunan bola sepak negara tetapi hasil tidak muncul-muncul lagi. Kemana silapnya pengurusan bola sepak negara?
Perkara ini sudah lama admin perhatikan tetapi ramai yang kunci mulut. Adakah pihak pengurusan tidak ambil kisah situasi skuad kebangsaan atau ini mungkin disebabkan pemain kebangsaan sendiri bermain sambil lewa ketika mewakili negara?
Disini admin nak tekan kan jika Malaysia mahu menjadi pasukan yang disegani dan gah dipersada dunia semua pihak didalam pengurusan termasuk pemain perlu berubah. Berubah untuk berjaya dan bermain dengan bersungguh-sungguh demi negara. Pemain negara tidak mempunyai fitness yang cukup, skill hantaran tiada, control ball tiada, pertahanan sentiasa lalai, setiap pemain tidak mempunyai corak permainan yang baik. Lebih tepat lagi disiplin bola sepak dunia tiada.
Pihak pengurusan perlu mengkaji sistem perubahan yang drastik untuk jangka masa depan dan pemain sekarang sudah tidak boleh diharapkan lagi. Pemain perlu dilatih dari awal lagi seperti apa yang admin katakan pada perenggan ketiga itu. Semua pemain wajib belajar cara yang betul untuk bermain bola sepak dan bukan sekadar ketahui perkara basic sahaja berkaitan bola.
Admin berharap selepas ini pihak pengurusan harus buka mata jika mahu melihat skuad negara tidak ketinggalan jauh kebalakang didalam arena bola sepak ini. Semua orang harus memainkan peranan masing-masing dan sentiasa memberikan motivasi yang secukupnya kepada pemain yang mewakili negara.
Insha Allah.
No comments:
Post a Comment