nuffnang ads

Follow Us Thanks!

Thursday, 27 October 2011

Makmal Kelahiran Internet

Ok dikatakan setiap hari kita menggunakan internet yang merupakan kemudahan untuk manusia pada zaman sekarang. Sekarang dunia dah serba canggih kan..Nak shopping kita dah boleh pakai internet..nak bayar bil air,elektrik dan macam2 lagi semuanya just klik je kat mouse komputer kan. So apa lagi bagi kita ahli2 bloggers ni wajib,penting, & harus menggunakan internet huhuhu..so apa kata kita taw serba sedikit sal dorang ni yang mahu makmal kelahiran internet dibuka balik untuk tontonan umum..jom layan~~
 
Bergini Ceritanya: 
Universiti California Los Angeles (UCLA) dan Sekolah Kejuruteraan dan Sains Gunaan Henry Samueli bekerjasama membina semula makmal kelahiran Internet. Tempat kelahiran Internet itu adalah di 3420 Dewan Boelter, UCLA. Makmal itu dikenali sebagai Tapak Warisan Internet dan Arkib Kleinrock (KIHSA). Mesej Internet pertama itu telah dihantar lebih 40 tahun tahun lalu dari makmal berkenaan dalam projek yang dinamakan ARAPANET melibatkan penghantaran mesej antara dua buah komputer.


Hubungan antara komputer itu dibuat melalui mesin sebesar sebuah almari yang dikenali sebagai Peranti Pemprosesan Mesej Antara Muka (IMP). Mesin IMP yang pertama itu masih disimpan oleh seorang profesor UCLA, Leonard Kleinrock di 3420 Boelter Hall, UCLA. Kleinrock memajukan teori matematik mengenai rangkaian paket, teknologi yang menjadi asas Internet yang digunakan dalam penghantaran mesej pertama.


Mesej Internet pertama yang dihantar ialah huruf LO atau daftar masuk kepada Institut Penyelidikan Stanford pada 29 Oktober 1969. Satu pertemuan semula melibatkan para saintis komputer yang terlibat dalam penghantaran mesej itu akan turut diadakan. Teknologi ARAPANET berevolusi menjadi rangkaian Internet. Kini makmal ARAPANET dibuka kepada umum pada Sabtu ini.

Sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...