KEMATIAN pelumba MotoGP Itali, Marco Simoncelli di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad lalu mengejutkan peminat sukan bermotor untuk dua minggu berturut-turut.
Simoncelli dari pasukan Honda hilang kawalan pada pusingan kedua menyebabkan dia terjatuh sebelum dilanggar Colin Edwards dan Valentino Rossi. Perlumbaan itu terpaksa dibatalkan.Kematian Simoncelli berlaku seminggu selepas pelumba kereta British, Dan Wheldon - juara dua kali lumba kereta Indy 500, terbunuh selepas 15 buah kereta terlibat dalam kemalangan di Litar Pemotoran Las Vegas, Amerika Syarikat.
Penunggang Sepanyol, Dani Pedrosa berkata: "Kita seringkali lupa betapa bahayanya sukan ini dan apabila kita kehilangan seseorang ia seperti tidak memberi apa-apa makna."
Juara baharu MotoGP, Casey Stoner menambah: "Apabila perkara seperti ini berlaku ia mengingatkan anda tentang begitu berharganya hidup, ia membuatkan saya rasa sakit di dalam."
Simoncelli yang menjadi juara dunia 250cc pada tahun 2008 menyertai MotoGP pada tahun 2010. Dia mendapat tempat kelapan tahun lalu. Kematiannya merupakan insiden kehilangan terbaharu dalam MotoGP selepas pelumba Jepun, Daijiro Katoh terbunuh dalam kemalangan di Grand Prix Jepun 2003.
Topi keledar yang dipakai Simoncelli tercabut. Casey Stoner, yang menjuarai GP Australia buat kali kedua tiga minggu lalu berkata: "Kejadian topi keledar tercabut merupakan satu petanda buruk."
Insiden topi keledar Simoncelli tertanggal itu merupakan fokus utama pasukan penyiasat kini.
Sumber : kosmo
Saya pun terkejut tengok video tu dekat youtube
ReplyDelete