Ianya merupakan pembaharuan dalam versi iPhone 4S, tetapi bukannya telefon pintar generasi baru yang dinanti-nantikan iaitu iPhone 5. Telefon pintar baru ini juga dilengkapi dengan perisian mudah alih baru, IOS 5, yang berupaya untuk menyelaraskan kandungan tanpa perlu menghubungkan telefon kepada Mac atau Windows.
Apple turut memuatkan aplikasi ‘pembantu peribadi’ baru diberi nama Siri, yang memberi respon kepada soalan dan arahan lisan seperti, “Do I need an umbrella today?“ (Adakah saya memerlukan payung hari ini?), sebelum telefon pintar itu memaparkan ramalan cuaca semasa.
Di Amerika ia dijual pada harga USD199 (RM645) untuk model 16GB, USD299 (RM965) untuk model 32GB dan USD399 (RM1,287) untuk model 64GB, dengan kontrak selama dua tahun.
No comments:
Post a Comment