sekadar gambar hiasan
SEREMBAN – Empat gudang menyimpan sisa toksik di Pusat Pengurusan Sisa Berjadual Kualiti Alam di Bukit Nanas, dekat sini, terbakar jam 1.30 tengah hari tadi.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.41 tengah hari dan bergegas ke lokasi kejadian bersama tiga jentera dan 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dan Seremban 2.
Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dan Perkhidmatan Perubatan Penyelamat Kecemasan (EMRS) turut dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Usaha mengawal kebakaran masih diteruskan bagi mengelak merebak ke kawasan lain dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya. – BH Online
No comments:
Post a Comment