nuffnang ads

Follow Us Thanks!

Saturday, 28 February 2015

Tips meniaga online dan mengiklankan produk !

Teringin meniaga online.. produk ada.. bajet ada tapi camana dengan marketing ? Nak guna media sosial seperti instagram , facebook atau blog ?



Segalanya bergantung pada apa yang nak dijual.. Ok.. Amik contoh la.. Andai aku nak menjual PATI BATOOK ORI yang bagus untuk kegunaan anak anak kecil terutama yang ada lelah , batuk , selsema dan macam macam lagi kegunaan ! Ahaaaa.. Camana aku nak promote dan pada masa sama , persaingan amatlah tinggi ? Persaingan dengan produk produk lain ?
Ok.. aku tak perlu buat perbandingan dengan produk lain.. Tapi apa yang aku perlu buat ialah , promosi tanpa henti ! Berpegang pada cara hero hindustan berlawan dengan penjahat .. ‘ Biar kalah dulu , menang kemudian..’ , sebaiknya ialah viralkan produk aku ni di media sosial !
Tempoh ? Ok.. mula mula cari orang yang sesuai utk review produk aku ni.. Contohnya blogger yang kebetulan ada anak tak sihat ..selsema atau batuk.. Cuba offer pada dia secara percuma. Tak perlu review dan update .. Bagi je dia cuba dan nak tau kesannya selepas guna ! Andainya produk tu berkesan , baru offer dia untuk buat review di blognya dan update di media sosial miliknya. Bayar la .. jgn free la ! Tujuan bayar untuk mereka menulis dengan lebih teliti dan berkesan. Kalau free , kang tulis ala kadar kan ? Yelah .. freeeee la katakan !
Ok… Bila dah buat gitu , jangan terus nak harap ramai giler pelanggan yang membelinya ! Kumpul testimonial dan pastikan diupdate dalam fan page serta blog peribadi anda sendiri ! Ahaaa..

Perlu ke guna blogger yang top atau popular ? Tak semestinya.. Yang kecik kecik anak pon ok jer.. asalkan blognya serta media sosialnya ada pengikut..
Kemudian , promosi di media sosial terutama Facebook. Cari yang sesuai.. Maksud aku , bila dia post jer .. ada LIKE ..tak perlu beribu riban tapi berkualiti ! Like yang berkualiti boleh kita tau melalui sapa yang LIKE .. Maksud aku , orang tu ada kuasa membeli , berpendidikan , berprofesion serta bijak .. Ahaaa.. Sebab diorang takkan suka suka main LIKE je kan ?
Kerapkan update gambar produk dan infomasi di Facebook yang kita pilih dan langgan. Kalau aku , aku akan pilih akaun personal sebab follower lebih kenal akan pemilknya ! Lama kelamaan , orang akan mula bertanya dan percaya ..
Seperti yang berlaku pada aku hari ini.. Seorang pengiklan pada awalnya agak kurang yakin tapi aku berjaya menyakinkannya kerana dia punya produk yang berkualiti serta tiada pesaing ! Maka tak perlu takut untuk meniaga..

Kesannya ?

“ Ben , saya rasa .. saya akan terus sambung mengiklan untuk bulan bulan seterusnya .. “.
Aku senyum jer..

Yang penting , bila nak mengiklankan produk anda .. carilah blogger yang tak kedekut .. Dan jika nak berjaya , jangan takut takut meniaga .. Jangan tanam bijik durian hari ni , dan harapkan berbuah minggu depan.. Meniaga ni seronok kalau kita tau camana nak meniaga dan tujuan meniaga.. Kalau nak kaya , maka usahanya mestilah lebih kan ?

Sumber : http://www.benashaari.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...