nuffnang ads

Follow Us Thanks!

Saturday, 28 February 2015

4 Gudang Sisa Toksik Di Bukit Nanas Terbakar

sekadar gambar hiasan

SEREMBAN – Empat gudang menyimpan sisa toksik di Pusat Pengurusan Sisa Berjadual Kualiti Alam di Bukit Nanas, dekat sini, terbakar jam 1.30 tengah hari tadi.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.41 tengah hari dan bergegas ke lokasi kejadian bersama tiga jentera dan 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dan Seremban 2.

Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dan Perkhidmatan Perubatan Penyelamat Kecemasan (EMRS) turut dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Usaha mengawal kebakaran masih diteruskan bagi mengelak merebak ke kawasan lain dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya. – BH Online


Neelofa ‘Berperang’ Komen, Dress Merah AME2015 Digelar ‘Sotong’


Walaupun Anugerah Meletop Era 2015 (AME2015) telah berlangsung hujung minggu lalu di Stadium Putra Bukit Jalil bagaimanapun masih tidak senyap dengan penonton yang dikatakan merungut perjalanan AME2015 hambar. Selain itu ada suara-suara melabelkan ia tak lebih dari sekadar ‘anugerah syok sendiri’.

Sudah dijangka sememangnya Neelofa menjadi tumpuan mana-mana mata dalam majlis tersebut, baik dari segi penampilan mahupun sebagai pengacara majlis.

Mana tidaknya apa bila sebelum ini dengan kisah kostum ‘power ranger merah jambu‘ yang melekap ketat di susuk tubuhnya, begitu juga kostum hijau yang disamakan dengan watak ‘Goku’ dalam siri kartun Dragon Balls.

Namun, kali ini dengan mendapat khidmat pereka Fizi Woo untuk menghasilkan persalinan bagi tahun ini, nampaknya penampilan Neelofa di pentas AME2015 menerima pujian ramai pihak.

Fizo Woo pula menerusi akaun Instagram mengakui, dia menggunakan 50 meter kain jenis Crinoline dan Organza Silk bagi mendapatkan alunan pada pakaian tersebut dan inilah hasilnya.


Dibandingkan dengan persalinan yang dipakai oleh bintang Hollywood di Majlis Oscars 2015 individu tersebut menulis:

“These are examples of gorgeous couture dress… Oscar 2015. Not that red crazy-ruffled-squid-like frock from last night local award (more like a circus) show… Watching 2 mins of that show hurt my intelligence…”

Bagaimanapun Neelofa tidak berdiam sahaja.

“Coming from a non fashion related person like your goodself, I’ll take this as a pinch of salt. Booooo.”

Macam itulah dan mereka komen-komen perang terus berlanjutan selain disusuli komen-komen yang lain. Itulah dia apabila tidak ada sifat hormat menghormati insan lain. Kenapa nak cari gaduh. Kesian Neelofa. ─ Siakapkeli.com.my


Mr Spock Dalam Siri ‘Star Trek’ Meninggal Dunia


LOS ANGELES: Pelakon veteran, Leonard Nimoy atau lebih terkenal dengan watak Mr Spock dalam siri televisyen dan filem sains fiksyen 'Star Trek', meninggal dunia hari ini pada usia 83 tahun.

Beliau eninggal dunia di kediamannya di Los Angeles selepas menghidap penyakit paru-paru yang kronik.

Berita kematiannya disahkan oleh ahli keluarga dan ejen Nimoy. Satu upacara memperingati Nimoy dilaporkan sedang dirancang ahli keluarganya dalam masa terdekat.

Kematian Nimoy turut mengejutkan rakan artis, selebriti terkenal dunia, peminat siri televisyen dan filem berkenaan, termasuk Presiden Barack Obama.

"Saya menyayanginya seperti seorang abang. Kami akan merindui jenaka dan kebolehannya," kata William Shatner, yang memegang watak sebagai Kapten James T Kirk dalam siri Star Trek.

George Takei yang memegang watak Mr Sulu dalam filem itu turut bersedih di atas pemergian Nimoy.

"Semoga rohmu tenang di sana sahabatku," demikian posting Takei di Twitternya.

Sementara itu, Obama menerusi Twitternya turut menulis, "Saya meminati watak Spock."

Nimoy yang dilahirkan di Boston pada 26 Mac 1931 meninggalkan Ukraine untuk mengejar cita-cita di Hollywood pada usia 18 tahun dan berjaya memukau penonton menerusi lakonannya pada 1950. - Agensi

Pemimpin Pembangkang Russia, Boris Nemtsov Ditembak Mati


MOSCOW – Pemimpin pembangkang Russia, Boris Nemtsov ditembak mati di tengah Moscow tengah malam tadi, demikian menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri Russia.

“Di tengah Moscow, seorang lelaki dengan dokumen bernama Boris Yefimovich Nemtsov ditemui terbunuh,” kata jurucakap berkenaan memberitahu AFP.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan butiran lanjut.

Polis Moscow mengesahkan mengenai pembunuhan itu dan sudah membuka kertas siasatan.

“Menurut maklumat awal, seorang lelaki ditembak antara tujuh hingga lapan das dari sebuah kereta ketika mangsa sedang berjalan kaki menyusuri jabatan Bolshoi Moskvoretsky,” kata pasukan penyiasat dalam satu kenyataan.

Nemtsov, antara pemimpin pembangkang yang lantang mengkritik Presiden Vladmir Putin.

Beliau memulakan karier politiknya sebagai Gabenor Wilayah Nizhny Novgorod di tengah Russia dan menjadi Timbalan Perdana Menteri pada lewat 1990-an ketika pemerintahan Presiden Boris Yeltsin.

Selepas meninggalkan Parlimen pada 2003, beliau membantu kepada pembentukan beberapa parti dan kumpulan pembangkang.

Pembunuhan Nemtov ketika menjelangnya satu tunjuk perasaan besar-besaran pembangkang yang dijadualkan pada 1 Mac. – AFP


Kisah Pemandu Lori Maut Digilis Lori Sendiri


JOHOR BAHRU – “Setiap hari arwah akan singgah ke warung ini untuk bungkus juadah makanan tengah hari, namun hari ini (semalam) arwah datang lebih awal untuk bersarapan ketika warung baru dibuka,” kata saksi kejadian pemandu lori yang maut digilis kenderaan dipandunya dalam kejadian di depan warung di FELDA Inas, Jalan Sengkang-FELDA Inas dekat Kulaijaya, semalam.

Menurut wanita berusia 36 tahun yang juga pekerja warung berkenaan, pemandu lori, Rezal Osman, 37, yang maut ketika cuba memberhentikan lorinya sebelum digilis tayar belakang kenderaan berat itu adalah pelanggan tetap di warung berkenaan.

“Semalam (kelmarin), arwah datang seperti biasa ke warung untuk membungkus juadah tengah hari dan itu rutin hariannya.

“Berbeza hari ini (semalam), arwah tiba lebih awal kira-kira jam 7.15 pagi ketika warung belum dibuka sepenuhnya, namun kuih-muih tersedia di hadapan dan arwah mahu membelinya

“Ketika dia membungkus kuih, tiba-tiba semua orang di warung terkejut dan panik apabila melihat lori dipandu arwah yang diletakkan di bahu jalan bergerak dan melanggar bumbung warung,” katanya. – Harian Metro Online

Harga Terkini Petrol RON 95, 97 & Diesel Mulai 1 Mac 2015



Seperti yang kita tahu, harga ketiga-tiga bahan bakar, RON95, RON97 dan Diesel adalah bergantung kepada pasaran dunia semasa dan ditentukan berdasarkan harga siling yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Menurut laporan postal Melvister.com,  kerajaan menerusi KPDNKK akan mengumumkan harga rasmi ketiga-tiga bahan bakar tersebut menerusi media massa pada pukul 8.00 malam Sabtu 28 Februari 2015.

Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai 1 Mac 2015

RON95: RM1.91 Sen/ liter
RON97: RM 2.11 Sen/ liter
Diesel: RM1.85 Sen/ liter

Nota Penting: Harga ketiga-tiga bahan bakar tersebut adalah berdasarkan pasaran dunia semasa setakat 27 Februari 2015. Bagaimanapun, harga rasmi RON95, RON97 dan Diesel mulai 1 Mac 2015 akan diumumkan secara rasmi pada pukul 8.00 malam Sabtu 28 Februari 2015.

Harga Terdahulu RON95 RON97 & Diesel Mulai 1 Februari 2015

RON95: RM 1.70 Sen Seliter
RON97: RM 2.00 Sen Seliter
Diesel: RM 1.70 Sen Seliter

4 BLOG PALING RAMAI PENGIKUT DI MALAYSIA

1. Lyssa Faizureen – 55 308 Pengikut



2. Fatin Liyana – 48 586 Pengikut



3. Hanis Zalikha – 41 288 Pengikut



4. Maria Elena – 34 616 Pengikut





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...