nuffnang ads

Follow Us Thanks!

Tuesday, 29 May 2012

England umum Pemain ke Euro 2012



Pengurus pasukan Roy Hodgson telah mengumumkan senarai 23 pemain untuk kempen Euro 2012, penyerang
berbisa Liverpool, Andy Carroll diberi jersi nombor sembilan.

Scott Parker, Danny Welbeck dan Glen Johnson juga kekal dalam pasukan walaupun telah mengalami kecederaan.

Andy Carroll yang telah menghadapi musim yang sukar dengan Liverpool musim ini sebelum memperbaiki permainan pada akhir musim telah diberi tanggungjawab sebagai penyerang utama.

Ini mengikut masanya di Newcastle dimana beliau telah diberi nombor yang sama untuk musim 2010/11.

Gareth Barry tidak dapat serta setelah mengalami kecederaan pada abdomennya dalam kemenangan 1-0 ke atas Norway dalam perlawanan persahabatan.

Pemain pertahanan Phil Jagielka telah diberi peluang untuk mengambil alih posisinya dlm skuad England setelah Hodgson menyatakan yang dia akan cuba mengukuhkan pasukannya.

John Ruddy juga tidak dapat serta akibat kecederaan kepada jarinya dan digantikan dengan Jack Butland.

Parker yang mengalami masalah Achilles, Welbeck dengan masalah kai dan Johnson dengan masalah dengan jari kakinya akan serta dengan rakan sepasukan lain di Watford hari ini.

Senarai nombor jersi England untuk Euro 2012: 1 Hart, 2 Johnson, 3 Cole, 4 Gerrard, 5 Cahill, 6 Terry, 7 Walcott, 8 Lampard, 9 Carroll, 10 Rooney, 11 Young, 12 Baines, 13 Green, 14 Jones, 15 Lescott, 16 Milner, 17 Parker, 18 Jagielka, 19 Downing, 20 Oxlade-Chamberlain, 21 Defoe, 22 Welbeck, 23 Butland.

Photoshop CS6 : iMage Deblurring Cool







Gaji Nazmi RM300 000?



JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.

Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.

Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.

Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.

"Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.

Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.

Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu.

Sumber : Sinar Online

Tuesday, 22 May 2012

Nazmi Faiz Cipta Sejarah



Laman web rasmi kelab SC Beira-Mar telah mengumumkan bahawa pemain Harimau Muda yang berusia 17 tahun itu telah menandatangani kontrak selama tiga musim yang tamat pada Jun 2015 dengan kelab Portugal itu.

Minggu lepas Nazmi telah selesai sesi pemilihan dengan skuad utama Beira-Mar dan telah menambat hati jurulatih Beira-Mar.

"Sukar untuk menggambarkan perasaan saya. Ini peluang terbaik saya dan saya bersyukur kerana berjaya. Beraksi di Eropah adalah impian saya.

"Saya sangat gembira dan bersemangat untuk memulakan pengalaman baru ini. Saya menyukai kelab ini sejak pertama kali saya sertai sesi latihan," kata Nazmi Faiz.

Nazmi juga akui telah dilayan dengan baik dan sangat selesa dengan rakan sepasukannya yang lain.

"Saya dilayan dengan baik dan akan sentiasa memegang kata-kata jurulatih, Ulisses Morais dan kapten pasukan, Hugo. Tunjuk ajar mereka berharga buat saya." katanya lagi.
Mengikut peraturan, Nazmi Faiz hanya boleh beraksi dengan pasukan utama SC Beira-Mar pada bulan Ogos 2012 setelah dia berusia 18 tahun.

Nazmi kini bersama skuad Harimau Muda A di Slovakia untuk perlawanan persahabatan dengan kelab Hungary dan Slovakia.

Monday, 21 May 2012

Kelantan Juara Piala FA 2012


Kelantan mengukir sejarah apabila berjaya menamatkan penantian selama 22 tahun untuk menjulang Piala FA buat kali pertama, setelah menewaskan pasukan berstatus kelab, Sime Darby 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Beraksi di hadapan kira-kira 85,000 penonton, pasukan yang terkenal dengan gelaran 'The Red Warriors' itu melancarkan serangan ke kubu Sime Darby seawal minit pertama namun berjaya dipatahkan ketua pasukan Sime Darby, Es Lizuan Zahid Amir.

Pemain tengah Kelantan Indra Putra Mahayuddin pula gagal memanfaatkan peluang sepakan percuma yang diberi pengadil pada minit ke-15 apabila cubaanya tersasar dari gawang gol yang dikawal Mohd Redzuan Harun.

Kecewa gagal memecahkan kebuntuan terikat 0-0 pada babak pertama, Red Warriors yang nyata pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan meneruskan asakan yang akhirnya membuahkan hasil apabila dihadiah sepakan penalti pada minit ke-58.

Peluang itu tidak disia-siakan pemain import Kelantan Mohammed Ghaddar yang menceriakan penyokong Red Warriors.

Tersentak dengan jaringan itu, Sime Darby bangkit melakukan beberapa serangan berbahaya namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Mohammed Ghaddar cuba menggandakan jaringan namun sepak deras yang dilakukan olehnya pada minit ke-79 tersasar.

Kelebihan satu gol itu gagal dibatalkan Sime Darby yang akur menyaksikan Piala FA dijulang pasukan Kelantan. Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menyampaikan trofi kepada Red Warriors.

Saturday, 19 May 2012

Penyokong Kelantan mula membanjiri Stadium Bukit Jalil

image : Sinar Harian Online

MENJELANG perlawanan final Piala FA malam ini, yang hanya tinggal kira-kira lima jam, membuktikan penguasaan penyokong Kelantan tiada tandingan apabila hampir 10,000 orang dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu mula menguasai keseluruhan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Kehadiran penyokong Kelantan dijangka akan bertambah sebelum aksi final Piala FA antara pasukan The Red Warriors dan Sime Darby, yang akan bermula jam 8.45 malam ini.

Shah Rukh Khan diharam ke stadium seumur hidup


Aktor Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan (SRK) telah diharamkan daripada masuk ke stadium seumur hidup akibat kekecohan yang tercetus antaranya dengan pengawal keselamatan di Stadium Kriket, Wankhhede Mumbai, Rabu lalu.

Menurut laporan daripada Tribune, bintang berusia 46 ini yang juga merupakan pemilik bersama pasukan Liga Perdana Kriket India, Kolkata Knight Riders, kini berdepan dengan siasatan polis akibat insiden berkenaan. SRK dikatakan telah membawa sekumpulan remaja, termasuk anak perempuannya Suhana masuk ke padang stadium berkenaan selepas tamat perlawanan pada malam Rabu.

Bagaimanapun, SRK telah dihalang oleh beberapa pengawal keselamatan dari memasuki padang berkenaan, dan ia telah menyebabkan berlakunya pertengkaran hampir 15 minit sebelum SRK dilihat meninggalkan stadium.

"Pihak keselamatan telah menasihati SRK supaya meninggalkan padang namun beliau cuba untuk mencetuskan pergaduhan," kata Nitin Dalal yang merupakan Setiausaha Persatuan Kriket Mumbai (MCA).

Dalal berkata, SRK dan sekumpulan remaja telah masuk ke padang selepas sejam setengah perlawanan tamat kerana mahu bermain kriket.

"Pengawal keselamatan telah memaklumkan kepadanya ini bukan masa yang sesuai untuk berbuat demikian, namun aktor itu menunjukkan sikap agresifnya malah menggunakan bahasa kesat terhadap pengawal keselamatan," ujarnya lagi.

Dalal turut mengesahkan bahawa pihak MCA telah membuat satu laporan polis berhubung insiden berkenaan dan telah memutuskan untuk mengharamkan SRK daripada menjejak kaki ke Stadium Wankhede seumur hidupnya.

"Kami telah membuat keputusan untuk tidak membenarkan dia masuk ke stadium ini lagi, untuk apa-apa perlawanan kriket pun tidak boleh," kata Bendahari MCA, Ravi Savant.

Sementara itu, SRK telah dipanggil untuk hadir ke mahkamah Jaipur hujung bulan ini selepas dia didapati telah melanggar undang-undang larangan merokok apabila dia dilihat merokok di kawasan stadium.

Petikan : Yahoo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...