Laman web rasmi kelab SC Beira-Mar telah mengumumkan bahawa pemain Harimau Muda yang berusia 17 tahun itu telah menandatangani kontrak selama tiga musim yang tamat pada Jun 2015 dengan kelab Portugal itu.
Minggu lepas Nazmi telah selesai sesi pemilihan dengan skuad utama Beira-Mar dan telah menambat hati jurulatih Beira-Mar.
"Sukar untuk menggambarkan perasaan saya. Ini peluang terbaik saya dan saya bersyukur kerana berjaya. Beraksi di Eropah adalah impian saya.
"Saya sangat gembira dan bersemangat untuk memulakan pengalaman baru ini. Saya menyukai kelab ini sejak pertama kali saya sertai sesi latihan," kata Nazmi Faiz.
Nazmi juga akui telah dilayan dengan baik dan sangat selesa dengan rakan sepasukannya yang lain.
"Saya dilayan dengan baik dan akan sentiasa memegang kata-kata jurulatih, Ulisses Morais dan kapten pasukan, Hugo. Tunjuk ajar mereka berharga buat saya." katanya lagi.
Nazmi kini bersama skuad Harimau Muda A di Slovakia untuk perlawanan persahabatan dengan kelab Hungary dan Slovakia.
No comments:
Post a Comment