nuffnang ads

Follow Us Thanks!

Tuesday, 29 May 2012

England umum Pemain ke Euro 2012



Pengurus pasukan Roy Hodgson telah mengumumkan senarai 23 pemain untuk kempen Euro 2012, penyerang
berbisa Liverpool, Andy Carroll diberi jersi nombor sembilan.

Scott Parker, Danny Welbeck dan Glen Johnson juga kekal dalam pasukan walaupun telah mengalami kecederaan.

Andy Carroll yang telah menghadapi musim yang sukar dengan Liverpool musim ini sebelum memperbaiki permainan pada akhir musim telah diberi tanggungjawab sebagai penyerang utama.

Ini mengikut masanya di Newcastle dimana beliau telah diberi nombor yang sama untuk musim 2010/11.

Gareth Barry tidak dapat serta setelah mengalami kecederaan pada abdomennya dalam kemenangan 1-0 ke atas Norway dalam perlawanan persahabatan.

Pemain pertahanan Phil Jagielka telah diberi peluang untuk mengambil alih posisinya dlm skuad England setelah Hodgson menyatakan yang dia akan cuba mengukuhkan pasukannya.

John Ruddy juga tidak dapat serta akibat kecederaan kepada jarinya dan digantikan dengan Jack Butland.

Parker yang mengalami masalah Achilles, Welbeck dengan masalah kai dan Johnson dengan masalah dengan jari kakinya akan serta dengan rakan sepasukan lain di Watford hari ini.

Senarai nombor jersi England untuk Euro 2012: 1 Hart, 2 Johnson, 3 Cole, 4 Gerrard, 5 Cahill, 6 Terry, 7 Walcott, 8 Lampard, 9 Carroll, 10 Rooney, 11 Young, 12 Baines, 13 Green, 14 Jones, 15 Lescott, 16 Milner, 17 Parker, 18 Jagielka, 19 Downing, 20 Oxlade-Chamberlain, 21 Defoe, 22 Welbeck, 23 Butland.

Photoshop CS6 : iMage Deblurring Cool







Gaji Nazmi RM300 000?



JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.

Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.

Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.

Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.

"Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.

Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.

Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu.

Sumber : Sinar Online

Tuesday, 22 May 2012

Nazmi Faiz Cipta Sejarah



Laman web rasmi kelab SC Beira-Mar telah mengumumkan bahawa pemain Harimau Muda yang berusia 17 tahun itu telah menandatangani kontrak selama tiga musim yang tamat pada Jun 2015 dengan kelab Portugal itu.

Minggu lepas Nazmi telah selesai sesi pemilihan dengan skuad utama Beira-Mar dan telah menambat hati jurulatih Beira-Mar.

"Sukar untuk menggambarkan perasaan saya. Ini peluang terbaik saya dan saya bersyukur kerana berjaya. Beraksi di Eropah adalah impian saya.

"Saya sangat gembira dan bersemangat untuk memulakan pengalaman baru ini. Saya menyukai kelab ini sejak pertama kali saya sertai sesi latihan," kata Nazmi Faiz.

Nazmi juga akui telah dilayan dengan baik dan sangat selesa dengan rakan sepasukannya yang lain.

"Saya dilayan dengan baik dan akan sentiasa memegang kata-kata jurulatih, Ulisses Morais dan kapten pasukan, Hugo. Tunjuk ajar mereka berharga buat saya." katanya lagi.
Mengikut peraturan, Nazmi Faiz hanya boleh beraksi dengan pasukan utama SC Beira-Mar pada bulan Ogos 2012 setelah dia berusia 18 tahun.

Nazmi kini bersama skuad Harimau Muda A di Slovakia untuk perlawanan persahabatan dengan kelab Hungary dan Slovakia.

Monday, 21 May 2012

Kelantan Juara Piala FA 2012


Kelantan mengukir sejarah apabila berjaya menamatkan penantian selama 22 tahun untuk menjulang Piala FA buat kali pertama, setelah menewaskan pasukan berstatus kelab, Sime Darby 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Beraksi di hadapan kira-kira 85,000 penonton, pasukan yang terkenal dengan gelaran 'The Red Warriors' itu melancarkan serangan ke kubu Sime Darby seawal minit pertama namun berjaya dipatahkan ketua pasukan Sime Darby, Es Lizuan Zahid Amir.

Pemain tengah Kelantan Indra Putra Mahayuddin pula gagal memanfaatkan peluang sepakan percuma yang diberi pengadil pada minit ke-15 apabila cubaanya tersasar dari gawang gol yang dikawal Mohd Redzuan Harun.

Kecewa gagal memecahkan kebuntuan terikat 0-0 pada babak pertama, Red Warriors yang nyata pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan meneruskan asakan yang akhirnya membuahkan hasil apabila dihadiah sepakan penalti pada minit ke-58.

Peluang itu tidak disia-siakan pemain import Kelantan Mohammed Ghaddar yang menceriakan penyokong Red Warriors.

Tersentak dengan jaringan itu, Sime Darby bangkit melakukan beberapa serangan berbahaya namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Mohammed Ghaddar cuba menggandakan jaringan namun sepak deras yang dilakukan olehnya pada minit ke-79 tersasar.

Kelebihan satu gol itu gagal dibatalkan Sime Darby yang akur menyaksikan Piala FA dijulang pasukan Kelantan. Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menyampaikan trofi kepada Red Warriors.

Saturday, 19 May 2012

Penyokong Kelantan mula membanjiri Stadium Bukit Jalil

image : Sinar Harian Online

MENJELANG perlawanan final Piala FA malam ini, yang hanya tinggal kira-kira lima jam, membuktikan penguasaan penyokong Kelantan tiada tandingan apabila hampir 10,000 orang dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu mula menguasai keseluruhan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Kehadiran penyokong Kelantan dijangka akan bertambah sebelum aksi final Piala FA antara pasukan The Red Warriors dan Sime Darby, yang akan bermula jam 8.45 malam ini.

Shah Rukh Khan diharam ke stadium seumur hidup


Aktor Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan (SRK) telah diharamkan daripada masuk ke stadium seumur hidup akibat kekecohan yang tercetus antaranya dengan pengawal keselamatan di Stadium Kriket, Wankhhede Mumbai, Rabu lalu.

Menurut laporan daripada Tribune, bintang berusia 46 ini yang juga merupakan pemilik bersama pasukan Liga Perdana Kriket India, Kolkata Knight Riders, kini berdepan dengan siasatan polis akibat insiden berkenaan. SRK dikatakan telah membawa sekumpulan remaja, termasuk anak perempuannya Suhana masuk ke padang stadium berkenaan selepas tamat perlawanan pada malam Rabu.

Bagaimanapun, SRK telah dihalang oleh beberapa pengawal keselamatan dari memasuki padang berkenaan, dan ia telah menyebabkan berlakunya pertengkaran hampir 15 minit sebelum SRK dilihat meninggalkan stadium.

"Pihak keselamatan telah menasihati SRK supaya meninggalkan padang namun beliau cuba untuk mencetuskan pergaduhan," kata Nitin Dalal yang merupakan Setiausaha Persatuan Kriket Mumbai (MCA).

Dalal berkata, SRK dan sekumpulan remaja telah masuk ke padang selepas sejam setengah perlawanan tamat kerana mahu bermain kriket.

"Pengawal keselamatan telah memaklumkan kepadanya ini bukan masa yang sesuai untuk berbuat demikian, namun aktor itu menunjukkan sikap agresifnya malah menggunakan bahasa kesat terhadap pengawal keselamatan," ujarnya lagi.

Dalal turut mengesahkan bahawa pihak MCA telah membuat satu laporan polis berhubung insiden berkenaan dan telah memutuskan untuk mengharamkan SRK daripada menjejak kaki ke Stadium Wankhede seumur hidupnya.

"Kami telah membuat keputusan untuk tidak membenarkan dia masuk ke stadium ini lagi, untuk apa-apa perlawanan kriket pun tidak boleh," kata Bendahari MCA, Ravi Savant.

Sementara itu, SRK telah dipanggil untuk hadir ke mahkamah Jaipur hujung bulan ini selepas dia didapati telah melanggar undang-undang larangan merokok apabila dia dilihat merokok di kawasan stadium.

Petikan : Yahoo

Friday, 18 May 2012

Nazmi Faiz Profesional


Nazmi yang kini di Portugal untuk menjalani sesi latihan dan pemilihan dengan skuad utama Beira-Mar selama seminggu ikut serta berlatih bersama jurulatih Beira-Mar semalam.

Menurut ejen Nazmi Faiz, Marco Guimaraes, Nazmi Faiz semalam telah diperkenalkan kepada pemain-pemain Beira-Mar dan sangat teruja untuk memulakan sesi latihannya.


Nazmi tetap yakin akan lakukan yang terbaik pada sesi latihan seterusnya hari ini dan esok sebelum beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan Divisyen 2 Portugal.

Dia menambah: "Saya berharap para penyokong di Malaysia akan terus memberi sokongan kepada saya dan mendoakan kejayaan saya di sini. InsyaAllah semua berjalan lancar."


Michael Owen tinggalkan United



Pemain berusia 32 tahun itu yang kontraknya tamat musim panas ini telah mengumumkan di Twitter bahawa kelab itu tidak akan menawarkan kontrak baru kepadanya.

Owen berkata: "Pengurus telah mengumumkan selepas perlawanan testimoni Selasa lepas bahawa kelab tidak akan menawarkan kontrak baru kepada saya."

Bekas pemain Liverpool, Real Madrid dan Newcastle itu merupakan peamin berpindah secara percuma musim panas 2009.

Owen telah membuat empat penampilan sahaja musim ini dan tidak beraksi sejak November kerana kecederaan paha.

Kata Owen lagi: "Saya telah menikmati setia saat dalam tiga tahun berada di kelab yang hebat ini.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain, pegawai dan penyokong atas sokongan mereka dan harapkan terbaik untuk mereka.

"Saya kini merancang untuk pergi bercuti dan memikirkan ke mana saya kena pergi selepas ini."

Tuesday, 15 May 2012

Man City Juara EPL 2011/2012


Pasukan Roberto Mancini telah menjaringkan dua gol dalam masa tambahan untuk meraih kejuaraan pertama mereka sejak tahun 1968 dalam perlawanan yang penuh aksi dengan meragut kejuaraan pada detik terakhir.


Gol dalam separuh masa kedua oleh Djibril Cisse dan Jamie Mackie kelihatan telah memperbaiki keadaan setelah kad merah Joey Barton.

Walaubagaimanapun City menunjukkan prestasi yang cemerlang dengan lima minit masa tambahan yang akan membuat semua mengimbas kembali perlawanan akhir Manchester United dalam Liga Juara-Juara pada tahun 1999.

Edin Dzeko menanduk masuk gol penyamaan setelah Pablo Zabaleta menjaringkan gol pertama sebelum Sergio Aguero menerima hantaran Mario Balotelli dan merembat masuk gol yang meraih kejuaraan untuk kelab beliau.

Kegagalan Bolton untuk mengalahkan Stoke bermakna yang QPR kekal dalam liga.

Friday, 11 May 2012

Liga Super : Sarawak sediakan Skrin Gergasi untuk penyokong

    image : credit untuk Pian Photography

Presiden Sarawak FA, Datuk Sudarsono Osman berkata skrin gergasi itu adalah pilihan kepada penyokong untuk menyaksikan perlawanan memandangkan FAM tidak membenarkan penyokong berada di Stadium Negeri dan mengarahkan Sarawak beraksi tanpa penonton.

"Kami masih sedang membuat rayuan tentang perkara itu agar penyokong boleh kembali ke stadium," katanya hari ini.

Final Piala FA : 3 ekor lembu untuk gulai kawah di bukit jalil 19hb - Tan Sri Annuar Musa



Dipetik dari laman facebook milik Tan Sri Annuar Musa mengumumkan yang beliau akan menyedekahkan 3 ekor lembu untuk gulai kawah di bukit jalil pada 19 Mei ini bertempat di Stadium Bukit Jalil untuk diagihkan kepada penyokong The Red Warriors yang musafir dari Kelantan ke Bukit Jalil. Jamuan Makan itu juga akan diserikan dengan persembahan Dikir Barat. Program itu akan bermula dari pukul 1 hingga 4 petang.

Satu konvoi "BERSAMAMU" dengan 150 buah kereta akan bertolak dari DATARAN WARISAN KADA KOK LANAS ke BUKIT JALIL jam 7.30pagi 19mei ini dan 12 buah Bas bertolak lebih awal pada 18 Mei malam.

Program yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil nanti akan diuruskan oleh Kelate.net dan juga Perantau Ketereh kata Tan Sri Annuar Musa. Kepada semua penyokong The Red Warriors diharapkan akan memeriahkan lagi Perlawanan Akhir Piala FA nanti.

Balaban tidak akan tinggalkan selangor - Dato' Hamidin


Pemain import berasal dari Croatia itu telah beraksi selama lebih kurang empat bulan bersama Selangor dan setakat ini telah menjaringkan lapan gol untuk Selangor musim ini.

Baru-baru ini terdapat beberapa khabar yang mengatakan Bosko Balaban akan beraksi buat kali terakhir dengan Selangor malam ini apabila mereka bertemu Perak di Stadium Ipoh.

Sumber-sumber memberitahu ESPNSTAR.my bahawa Balaban mengalami beberapa masalah dengan pihak pengurusan Selangor FA terutama sekali masalah yang melibatkan wang dan pembayaran gaji yang tidak mengikut kontrak yang telah dipersetujui pada awalnya.

Difahamkan masalah ini telah berlarutan selama hampir dua bulan dan Balaban mungkin akan meninggalkan pasukan jika masalah ini tidak selesai.

Bosko Balaban ketika ditanya tentang khabar yang mengatakan malam ini adalah perlawanan terakhirnya berkata: "Saya tidak tahu. Mungkin perlawanan malam ini, atau perlawanan seterusnya atau bila-bila sahaja dalam masa akan datang. Buat masa ini saya hanya ingin menumpukan perhatian kepada perlawanan dengan Perak dan lakukan yang terbaik."

Balaban juga telah menafikan bahawa dia telah menerima sebarang tawaran dari kelab dan pasukan lain.

"Apa yang pasti saya tidak menerima sebarang tawaran dari mana-mana kelab. Saya masih lagi pemain Selangor." kata Balaban lagi kepada ESPNSTAR.my.

Walaubagaimanapun, Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor, Dato' Hamidin Mohd Amin ketika dihubungi telah menafikan bahawa Bosko Balaban akan bermain perlawanan terakhirnya bersama Selangor malam ini.

Petikan : ESPNSTAR.my

Nazmi bakal jutawan


Bintang remaja negara, Mohd. Nazmi Faiz berpotensi menjadi jutawan bola sepak kedua Malaysia selepas Safee Sali jika berjaya mendapat tempat dalam kelab Divisyen 1 Portugal, S.C Beira-Mar pada sesi percubaan dari 13-21 Mei ini.

Sekiranya itu menjadi kenyataan, pemain berusia 17 tahun itu bakal menjadi inspirasi buat semua rakyat Malaysia dan mengangkat bola sepak negara, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Bagaimanapun Ahmad Shabery berkata, terdapat satu halangan besar yang perlu dilepasi pemain tengah skuad Harimau Muda A itu sebelum mampu mencipta nama di luar negara, iaitu menyesuaikan diri dengan kehidupan dan budaya asing di Eropah, yang sebelum ini sering menjadi penghalang terbesar atlet kita untuk berjaya.

"Tahniah kepada Nazmi kerana berjaya mencuri tumpuan kelab Divisyen 1 Portugal untuk diuji dalam sesi percubaan, kalau dia berjaya, Nazmi akan menjadi kebanggaan Malaysia.

"Malah, Nazmi juga mampu bergelar jutawan bola sepak kedua Malaysia selepas Safee Sali dan ini pasti menjadi inspirasi kepada semua anak muda di negara ini untuk menjadikan bola sepak sebagai karier.

"Bagaimanapun ada beberapa halangan yang perlu diatasi Nazmi sebelum boleh berjaya di luar negara. Portugal adalah sebuah negara yang asing buat Malaysia daripada segi cuaca mahupun budaya, maka ini akan menjadi cabaran pertamanya.

"Seperti kita tahu, atlet kita agak sensitif dalam soal pemakanan. Bagaimana kalau dia dapat menangani keadaan itu, ia akan memainkan peranan besar, tetapi kalau dia mahu menjadi pemain bertaraf antarabangsa, maka dia harus mengatasi semuanya,'' kata Ahad Shabery pada majlis kempen Road to London 100PLUS dan Majlis Sukan Negara (MSN) di Damansara, semalam.

Petikan : Utusan

Sime Darby janji bawa 20,000 penyokong


Walaupun sebelum ini ada suara-suara sinis menyatakan bilangan penonton di stadium pada perlawanan akhir Piala FA 2012 akan dikuasai sepenuhnya penyokong Kelantan berbanding Sime Darby, jangan terlalu cepat membuat tanggapan sedemikian.

Ini kerana pihak pengurusan Sime Darby telah membuat pengesahan sekurang-kurangnya 11,000 penyokong mereka akan hadir dan bilangan itu dijangka bertambah.

Menurut penolong pengurus Sime Darby, Faizal Amat, sebahagian besar daripada penyokong mereka nanti terdiri daripada pekerja syarikat itu sendiri dari seluruh pelosok negara.

"Kami sudah menerima tempahan 11,000 tiket daripada pekerja dan tiket selebihnya akan dijual di Wisma Sime Darby.

"Dijangka pada perlawanan nanti, seramai 15,000 ke 20,000 penyokong Sime Darby akan hadir memberikan sokongan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Sebanyak 90 peratus daripada penyokong Sime Darby adalah terdiri daripada staf kami sendiri dan kami tiada masalah untuk menjual tiket yang diperuntukkan, "katanya ketika ditemui selepas sidang media Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA 2012.

Malahan, Zainal berkata, daripada jumlah 30,000 tiket yang diperuntukkan, pihaknya terbuka jika ada penyokong Kelantan yang datang membeli tiket di tempat kami.

"Tiada masalah kalau ada penyokong Kelantan datang membeli tiket di Wisma Sime Darby, cuma kami akan ambil sebahagian peruntukkan daripada tiket itu kepada para pekerja kami, " katanya.

Sime Darby mencipta sejarah selaku pasukan kelab pertama mara ke perlawanan akhir Piala FA sejak penganjuran kejohanan itu pada tahun 1990 selepas menyingkirkan juara bertahan, Terengganu di separuh akhir.

Zainal mengakui amat teruja dan rasa bertuah dengan kejayaan Sime Darby dan turut memasang impian agar pasukannya bukan sahaja menjadi kelab pertama menjuarai Piala FA tetapi menjadi pasukan pertama menjulang trofi Piala FA yang baru.

"Kejayaan ini memang tidak dijangka dan semua pihak di Sime Darby rasa amat bersyukur.

"Jika kami mampu memenangi Piala FA, kami telah bersedia menyahut cabaran ke Piala AFC musim depan, " katanya.

Sime Darby tidak mahu kalah sorak final Piala FA

Petikan : Utusan Online


Ong Kim Swee gugurkan empat pemain Harimau Muda


Diantara pemain yang digugurkan adalah Fadhli Shas, Syazwan Yusoff, Faizol Nazlin Sayuti, Shahran Md Zin dan Norsyahrul Azwari tidak akan ikut serta dalam perlawanan persahabatan dengan Hungary dan Slovakia minggu depan.

Pasukan Harimau Muda akan berangkat ke Hungary pada 17 Mei ini hingga 7 Jun bagi menghadapai tiga kelab Hungary dan sebuah kelab Slovakia. Tiga lagi pemain akan digugurkan akan diumum Selasa ini.

"Fadhli tidak dibawa kerana dia akan bersama skuad Harimau Malaya untuk aksi persahabatan bertemu Filipina dan Singapura. Empat pemain Kelantan yang digugurkan bukan tidak bagus tetapi mereka perlukan lebih masa untuk serasi. Saya juga kesuntukan masa." kata Ong Kim Swee kepada akhbar Berita Harian.

"Belainan pula dengan beberapa pemain luar seperti Zubir Azmi, Azrif Nasrulhaq Badrul, Rozaimi Abdul Rahman dan Ashri Chuchu keranan mereka sebelum ini pernah bersama skuad Olimpik," katanya lagi.

Antara tujuan mereka ke Hungary dan Slovakia adalah sebagi persiapan untuk Kelayakan Piala Asia B-22 2013 yang akan bermula pada 23 Jun hingga 3 Julai di Yangon, Myanmar.

Ong Kim Swee walaubagaimanapun enggan mengumumkan senarai akhir 25 pemain yang terpilih kerana Harimau Muda akan bertemu Tampines Rovers dalam Liga Singapura Ahad ini dan bimbang jika terdapat kecederaan.

Irfan mahu Selangor teruskan perjuangan


Ketua jurulatih Selangor Irfan Bakti berkata beberapa perkara tidak berlaku seperti yang dirancang tetapi beliau masih yakin pasukan Gergasi Merah masih boleh mengakhiri musim ini di kelompok tiga teratas liga.

"Memang tidak senang tapi pasukan kami mempunyai keupaayan untuk pergi jauh. Usah pedulikan keputusan yang mengecewakan dengan Negeri Sembilan dalam perlawanan terakhir... para pemain saya masih boleh meningkatkan prestasi mereka," kata Irfan menjelang perlawanan menentang Perak di Ipoh hari ini.

Selangor kini berada di tangga keempat dalam liga dengan 24 mata selepas 16 perlawanan. Mereka berada 15 mata di belakang pemimpin liga LIONSXII, tetapi pasukan dari Singapura itu telah bermain 3 perlawanan lebih dari pasukan Irfan.

Irfan menegaskan masih ada harapan untuk pasukannya tetapi mereka harus berjuang hingga ke perlawanan terakhir musim ini.

Final Piala FA : Kelantan tidak pandang rendah keupayaan Sime Darby


Pengurus pasukan Kelantan Azman Ibrahim berkata Kelantan, yang akan menentang Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 19 Mei, mesti menghormati pasukan Ismail Zakaria, yang telah menewaskan juara bertahan Terengganu di pusingan separuh akhir.

"Para pemain tidak harus berasa terlalu yakin. Sime Darby boleh membuat kejutan kerana ini adalah perlawanan akhir," beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri jawatankuasa pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Wisma FAM.

Kelantan, yang akan membuat penampilan ketiga mereka di perlawanan akhir Piala FA, telah kalah dua perlawanan akhir terakhir mereka kepada Selangor (1-4) pada tahun 2009 dan Terengganu (1-2) tahun lepas.

Untuk Sime Darby pula, perlawanan akhir ini adalah yang pertama buat mereka setelah menewaskan Terengganu dengan agregat 2-1 di pusingan separuh akhir, tetapi Kelantan akan memulakan perlawanan ini sebagai pasukan kegemaran.

"Kami menjangka kira-kira 15,000-20,000 penyokong dari Kelantan akan mengisi Stadium Negara semasa perlawanan akhir," katanya.

Juara Piala FA akan membawa pulang trofi Piala FA baru yang bernilai RM80,000.

Petikan : ESPNSTAR.MY

Jadual Liga Super dan Liga Perdana 11 - 12 Mei 2012

Jadual Perlawanan Liga Super 2012

11 Mei, Perak lwn Selangor (LIVE Arena)
Stadium Negeri, Ipoh - 8:45mlm

12 Mei, Lions XII lwn Kedah
Stadium Jalan Besar - 7:45mlm

12 Mei, Sarawak lwn Sabah
Stadium Negeri Kuching - 8:15mlm

12 Mei, Selangor PKNS lwn Kelantan
Stadium Petaling Jaya Kelana Jaya - 8:45mlm

12 Mei, Felda United lwn Terengganu
Stadium Hang Jebat Melaka - 8:45mlm

12 Mei, T-Team lwn Kuala Lumpur
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah - 8:45mlm

12 Mei, Negeri Sembilan lwn Johor FC
Stadium Tuanku Abdul Rahman - 8:45mlm


Jadual Perlawanan Liga Perdana

=> Sime Darby vs Pahang
=> Harimau Muda B vs ATM
=> NS Betaria vs USM FC
=> Johor MBJB vs Johor FA
=> PDRM vs MP Muar
=> Perlis vs Pos FC

Info EURO 2012



Keputusan Undian EURO 2012

Kumpulan A
  •  Poland
  •  Greece
  •  Russia
  •  Republik Czech

Kumpulan B
  •  Belanda
  •  Denmark
  •  Jerman
  •  Portugal

Kumpulan C
  •  Sepanyol
  •  Itali
  •  Republik Ireland
  •  Croatia

Kumpulan D
  •  Ukraine
  •  Sweden
  •  Perancis
  •  England


Bola Rasmi EURO 2012


ADIDAS Malaysia sdn bhd melancarkan Adidas 'Tango 12' sebagai bola rasmi untuk kejohanan Bola Sepak Eropah 2012 (EURO 2012) yang akan berlangsung di dua negara iaitu di Poland dan Ukraine dari 8 Jun Hingga 10 Julai tahun depan.

Siaran Langsung EURO 2012


Rangkaian Televisyen Media Prima TV3, NTV7, 8TV, TV9 meneruskan tradisi mereka apabila mendapat hak selaku penyiar rasmi untuk menyiarkan EURO 2012.

Piala AFC : Laluan Kelantan Lawan Terengganu



Jadual/Laluan Piala AFC pusingan ke-2.

**Perlawanan pusingan kedua diadakan dalam format kalah mati (tiada perlawanan timbal balik)
**Perlawanan no.1 - no.4 = 22 May 2012
**Perlawanan no.4 - no.8 = 23 May 2012
**Laluan suku akhir akan ditentukan menerusi undian.

KELANTAN lwn TERENGGANU | 23 May 2012 | SSMIV

Liga Perdana : Sime Darby Lawan Pahang hari ini


PERTEMBUNGAN panas hari ini di antara Sime Darby menentang Pahang pasti dinantikan peminat bola sepak tanah air yang bersaing hebat dalam Liga Perdana.

Bagaikan perlawanan kalah mati, Sime Darby enggan keciciran mata dan mahu memanfaatkan setiap genap peluang untuk mengubah nasib pasukan yang kini menduduki tangga ketiga Liga Perdana di belakang anak buah kendalian Dollah Salleh.

Bukan mahu mendabik dada, jurulatih Ismail Zakaria menyifatkan perlawanan tersebut sebagai turning point untuk pasukan sama ada berpeluang bergelar juara atau tempat kedua bagi memastikan misi ke Liga Super musim depan tercapai.

“Pemain perlu berjuang habis-habisan dan memastikan kemenangan kerana dua pasukan teratas liga termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah penghalang utama kami di liga,” katanya yang mengakui persiapan rapi dilakukan untuk perlawanan hari ini dan bertemu ATM pada 14 Mei ini.

Mengakui tertekan dengan gelaran ‘pembunuh gergasi’, beliau mahu pemain melupakan seketika saingan akhir Piala FA dan menumpukan fokus terhadap Liga Perdana bagi memburu tempat ke lebih tinggi.

“Bebanan makin dirasai apabila ramai pihak mula menaruh kepercayaan dan mengharapkan kemenangan, sebab itu kami lebih selesa dengan status pasukan underdog,” katanya.

Bakal menurunkan Patrick Ronaldinho untuk mengetuai jentera serangan yang bergandingan dengan Yusof Zainal Abidin, beliau yakin barisan penyudahnya mampu kembali ke landasan sebenar untuk mengggugat benteng pertahanan Pahang.

Petikan : Sinar Harian


MALAYSIA lwn PAKISTAN di Final Hoki Piala Remaja Asia 2012 pada hari Ahad (13/5/2012) ini

Skuad Hoki Remaja Pakistan berjaya melangkah ke peringkat akhir apabila berjaya mengalahkan Korea pada pertembungan yang berlangsung semalam. Pakistan akan bertemu Malaysia pada perlawanan Akhir Piala Remaja Asia 2012.

Thursday, 10 May 2012

Skuad Hoki Malaysia mara Perlawanan Akhir benam India 2-0


 Malaysia berjaya mengalahkan India 2 - 0 dalam perlawanan Hoki Piala Remaja Asia 2012 sebentar tadi dan mara ke Perlawanan Akhir. 2 Gol Malaysia dijaringkan pada separuh masa kedua oleh  Faizal Saari dan Shamin Yusof. 

Kuyt mahu tinggalkan Liverpool


Pemain berusia 31 tahun itu kelihatan seperti akan meninggalkan Liverpool dan berita ini disahkan  apabila pengerusi Hamburg Carl-Edgar Jarchow telah mendedahkan beliau mahu membawa pemain Liverpool Dirk Kuyt ke Hamburg.

Hamburg kini telah mengesahkan minat mereka untuk mendapatkan Kuyt tetapi Jarchow berkata masih tidak ada hubungan antara pasukannya dan Liverpool.

Pengurus Kelab Hamburg, Thorsten Fink pula menyatakan tentang perkara itu masih dalam perancangan dan berharap kuyt akan pertimbangkan keinginan kelab itu untuk membawa beliau ke Hamburg. 

Pertahanan QPR gelisah jumpa Man City


PERTAHANAN Queens Park Rangers (QPR), Clint Hill akui gelisah dengan pertemuan terakhir menentang Manchester City, Ahad ini.

Andai tewas kemungkinan mereka akan terjemurus ke Divisyen 1 musim depan, dan kini mengharapkan ehsan kekalahan Bolton Wanderers yang akan bertemu Stoke City.

“Perasaan sekarang bercampur aduk sehingga saya sendiri tidak tahu apa perlu dilakukan. Ibaratnya seperti dihunus pedang tajam.

“Sebagai pemain profesional, sudah tentu ia amat perit apabila ditewaskan.

“Tetapi, apa pun terjadi, kami perlu fokus pada pertemuan menentang City,” katanya.

Jadual Perlawanan Liga Perdana Inggeris


Perak lawan Selangor esok


Perak meletakkan harapan yang tinggi ke atas Bodjongo bagi menjaringkan gol seterusnya membolehkan skuad Seladang merangkul tiga mata berharga di gelanggang sendiri.

Skuad bimbingan Norizan Bakar itu berada di tangga kelima liga dengan mengutip 24 mata setelah beraksi dalam 16 perlawanan.

Bodjongo berjaya mengukir nama sebagai penjaring setelah menyumbang satu gol dalam penampilan keduanya bersama-sama Perak di Kuala Terengganu minggu lalu.

Kini, Bodjongo diharapkan dapat meledakkan gol dengan bantuan Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Michal Kubala dan Sharulnizam Mustafa.

Perak berbangga dengan Bodjongo tetapi musuh tradisinya, Selangor turut mempunyai jentera pemusnah, Bosko Balaban yang meledak gol dalam setiap perlawanan.

Tonggak pertahanan, K. Nathakumar akan berdepan tugas berat bagi mengekang ledakan Balapan daripada membolosi pintu gol Perak.

Secara keseluruhannya, mampukah Perak membenam Selangor untuk membalas dendam kekalahannya pada awal musim ini?.

Anak buah Norizan Bakar sudah pasti berazam membalas dendam ke atas Selangor setelah dikalahkan 0 - 1 di Stadium Bukit Jalil pada 14 Januari lalu

Berdasarkan prestasi semasa, Perak dan Selangor berada pada tahap yang sama yang mana mereka mampu mengatasi lawan masing-masing.

Strategi yang disusun oleh kedua-dua jurulatih akan menjadi penentuan muktamad kemenangan samada berpihak kepada Perak atau Selangor.

Oleh itu, pertarungan Perak dan Selangor sering menarik perhatian penyokong kedua-dua pasukan dengan memenuhi stadium.

Kekalahan Selangor kepada Negeri Sembilan 1 - 3 kelmarin mungkin menjadi pembakar semangat kepada para pemain Perak untuk mencapai kemenangan di Ipoh.

Namun begitu, Gergasi Merah itu mungkin menjadi semakin garang apabila kalah kepada Negeri Sembilan

sumber : PerakNews

Tonggak Tengah Man City mahu kembali ke Barca

             Yaya Toure meraikan kejayaan apabila menyumbang 2 gol pada pertemuan Man City bertemu Newcastle


Yaya Toure menyuarakan hasratnya mahu kembali ke kelab lamanya Barcelona. Pemain antarabangsa Ivory Coas itu menghabiskan tiga tahun di Barca sebelum berpindah ke City pada tahun 2010.

Toure menjadi pemain kegemaran para penyokong City dan dua jaringan beliau di Newcastle hujung minggu lepas kini memberikan City peluang untuk mejuarai liga buat kali pertama sejak tahun 1968, tetapi beliau mahu kembali ke Barca satu hari nanti.

Katanya kepada stesen radio Sepanyol RAC1: "Saya berkata dua tahun lepas bahawa saya akan kembali. Ia adalah pasukan yang paling penting untuk saya dan jika mereka mahukan anda, anda tidak berfikir dua kali. Saya cintakan Barcelona.

"Dalam sidang akhbar yang saya lakukan apabila saya meninggalkan kelab itu, saya berkata saya akan kembali, dalam kehidupan anda tidak pernah tahu apa yang akan berlaku esok, ia adalah pasukan kehidupan saya dan saya ingin menamatkan kerjaya sukan saya di sana. Sangat hebat jika saya dapat kembali. "

Jersi Biru Cardiff City akan ditukar ke Merah - Tan Sri Vincent Tan

 
Pemilik Cardiff City menimbulkan kemarahan di kalangan peminatnya apabila bercadang untuk menukar jersi kelab itu daripada warna biru kepada merah.

Harapan Cardiff - yang terkenal dengan gelaran "Bluebird" (burung layang-layang) dengan jersi biru sebagai ikon - untuk bermain di Liga Perdana Inggeris musnah selepas tewas kepada West Ham pada perlawanan separuh akhir kedua "play-off" semalam.

Pemilik kelab, Tan Sri Vincent Tan, seorang konglomerat dari Malaysia bercadang untuk menukar jersi kelab tersebut kepada warna merah kerana percaya ia membawa nasib lebih baik, lapor akhbar The Sun.

Sehubungan dengan itu, kelab itu dicadang menggantikan simbol burung layang-layang pada logo dengan naga, iaitu sama pada bendera kebangsaan Wales yang turut membawa makna berkuasa, kuat dan bernasib baik dalam budaya masyarakat Cina.

BBC memetik jurucakap kumpulan penyokong Cardiff City sebagai berkata, keputusan untuk menukar warna dan lencana sudah pun dilakukan.

Bagi meredakan kemarahan, konsortium Vincent dilaporkan menawarkan pelaburan 100 juta pound (hampir RM500 juta) untuk para pemain, padang latihan baru dan membaik pulih stadium.
 
Petikan dari : ESPNSTAR.MY


Terengganu akan bertemu Kelantan Pusingan kedua Piala AFC


Terengganu akan bertemu dengan musuh Liga Super Malaysia iaitu Kelantan di pusingan kedua Piala AFC pada 23 Mei selepas seri 2-2 dengan Kitchee. Ashaari Samsudin dan Abdul Hadi Yahya menjaringkan gol-gol Terengganu untuk menghalang pasukan Josep Gombau daripada menang perlawanan keempat mereka dalam enam perlawanan terakhir.

"Kami berpuas hati dengan keputusan ini kerana kami mempunyai banyak pemain yang cedera," kata penolong jurulatih Terengganu, Khalid Mohammed Dahan.

Venue final Piala FA 2012 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur


Venue Perlawanan Akhir Piala FA diantara Kelantan dengan Sime Darby telah diumumkan oleh FAM iaitu di Stadium Bukit Jalil. Perlawanan tersebut akan berlangsung pada 19 Mei ini dan diharapkan kepada semua penyokong diantara kedua pasukan akan memenuhi Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan memberikan sokongan kepada kedua-dua pasukan tanpa sebarang kejadian yang tidak diigini. 

Nazmi Faiz akan ke S.C. Beira-Mar - OKS

 
Nazmi Faiz telah berjaya menarik perhatian kelab Portugal, S.C. Beira-Mar dan akan ke sana bersama bapanya pada hari Ahad ini untuk sesi pemilihan.

"Nazmi Faiz akan menjalani sesi pemilihan pemain bersama kelab tersebut pada 14 hingga 21 Mei ini"

Laporan sebelum ini menyatakan Nazmi Faiz berjaya menarik minat kelab tersebut selepas mereka menyaksikan beberapa video Nazmi beraksi dalam perlawanan.

Ong Kim Swee sangat bangga dengan Nazmi berjaya membuktikan bakatnya dengan berjaya menarik perhatian kelab dari luar negara terutamanya kelab dari Eropah.

"Ini satu perkembangan yang baik. Nazmi telah dinilai melalui ejen dan scout kelab itu dan mereka telah datang secara rasmi untuk meminta Nazmi ke kelab mereka bagi sesi pemilihan.

"Apa yang penting ini terjadi bukan kerana saya atau sesiapa tetapi dari titik peluh Nazmi sendiri dan kelab sendiri yakin dengan kemampuan Nazmi." kata Ong Kim Swee lagi.

Nazmi Faiz akan ke Portugal bersama bapanya pada hari Ahad ini untuk menyelesaikan beberapa perkara lagi dan seterusnya untuk sesi pemilihan yang telah dipersetujui.

Ong Kim Swee juga mengatakan ini adalah satu pengorbanan bagi pihaknya untuk masa depan bola sepak negara dia beliau tidak teragak-agak untuk melepaskan pemain yang mendapat tawaran dari kelab luar negara.

Ong Kim Swee menambah: "Ini satu perkembangan yang positif untuk bola sepak negara dan saya harap Nazmi dapat mengambil peluang sebaik mungkin untuk mendapatkan kontrak. Terutamanya kontrak untuk bermain dalam pasukan utama mereka pada musim akan datang."

Apabila ditanya tentang bagaimana reaksi Nazmi tentang hal ini, Ong Kim Swee berkata: "Nazmi semestinya teruja dan tidak sabar untuk berangkat ke Portugal bersama bapanya pada hari Ahad ini."

sumber : ESPNSTAR.my

Atletico Madrid Juara Piala Europa

Image - soccernet.com

Perlawanan dua Gergasi Eropah menyaksikan Atletico Madrid menambah koleksi kejuaraan didalam perlawanan Akhir Piala Europa pada tahun 2012 dengan jaringan Radamel Falcao membantu Atletico Madrid menjuarai kejohanan Liga Europa dengan mengatasi Athletic Bilbao sebentar tadi. Atletico Madrid menewaskan Athletic Bilbao 3-0.

Gol ketiga Atletico Madrid disumbangkan oleh Ribas Diego pada minit ke-85, selepas Falcao membawa jaringan seawal minit ketujuh dan 34.

Perlawanan Kelantan & Johor FC ditunda...


Perlawanan Liga Super diantara Kelantan dan Johor FC terpaksa ditunda ke 26 Mei ini kerana untuk memberi masa kepada pemain Kelantan untuk bersama peminat 'The Red Warriors' menjelang perlawanan akhir Piala FA pada 19 Mei ini, kata pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim.

Wednesday, 2 May 2012

Anak Patung Barbie Tiba-Tiba Hidup Dan Jadi Kegilaan Di Internet


Selama ini Barbie Doll hanyalah khayalan manusia dan amat digemari oleh kanak-kanak perempuan dan mak budak juga aku rasa sukakannya.Semacam suatu impian untuk mereka memiliki rupa paras dan bentuk tubuh seperti Barbie Doll yang menghampiri kesempurnaan.

Valeria Lukyanova 21,dikatakan amat bertuah kerana dikatakan mempunya ciri-ciri Barbie Doll,berambut perang,bermata biru dan bertubuh langsing.Dia kini menjadi terkenal di Rusia menerusi blog dan laman facebooknya.







Sebenarnya banyk persoalan yang ditimbulkan didalam facebook beliau,ramai yang tidak berkeyakinan yang ianya adalah asli dan hanyalah teknik gambar photoshope.Mungkin anda boleh membuat tafsiran sendiri samada dia adalah jelmaan Barbie Doll atau mulut anda yang ternganga bila sahaja menatap wajahnya...





kredit : berita-saya









Earphones Yang Sangat Menarik

Penggunaan fon telinga ataupun sering dikenali dengan nama earphones tidak asing lagi bagi kita. Ia sering digunakan bagi mendengar audio yang dimainkan di pemain MP3, telefon bimbit, ipad dan sebagainya.

Fon telinga atau earphones memang tidak asing bagi kita kan? Tetapi terdapat pelbagai rekaan kreatif earphones di dunia ini. Ada yang mungkin kita tidak pernah menyangka rekaan sebegini wujud. Di sini kita akan dapat melihat 10 rekabentuk earphones yang direka oleh Johnny Lighthands atau syarikat ATOM. Jom layan gambar di bawah ini.







kredit : kongsiberita.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...