Yaya Toure meraikan kejayaan apabila menyumbang 2 gol pada pertemuan Man City bertemu Newcastle
Yaya Toure menyuarakan hasratnya mahu kembali ke kelab lamanya Barcelona. Pemain antarabangsa Ivory Coas itu menghabiskan tiga tahun di Barca sebelum berpindah ke City pada tahun 2010.
Toure menjadi pemain kegemaran para penyokong City dan dua jaringan beliau di Newcastle hujung minggu lepas kini memberikan City peluang untuk mejuarai liga buat kali pertama sejak tahun 1968, tetapi beliau mahu kembali ke Barca satu hari nanti.
Katanya kepada stesen radio Sepanyol RAC1: "Saya berkata dua tahun lepas bahawa saya akan kembali. Ia adalah pasukan yang paling penting untuk saya dan jika mereka mahukan anda, anda tidak berfikir dua kali. Saya cintakan Barcelona.
"Dalam sidang akhbar yang saya lakukan apabila saya meninggalkan kelab itu, saya berkata saya akan kembali, dalam kehidupan anda tidak pernah tahu apa yang akan berlaku esok, ia adalah pasukan kehidupan saya dan saya ingin menamatkan kerjaya sukan saya di sana. Sangat hebat jika saya dapat kembali. "
No comments:
Post a Comment