Follow Us Thanks!
Thursday, 10 May 2012
Perak lawan Selangor esok
Perak meletakkan harapan yang tinggi ke atas Bodjongo bagi menjaringkan gol seterusnya membolehkan skuad Seladang merangkul tiga mata berharga di gelanggang sendiri.
Skuad bimbingan Norizan Bakar itu berada di tangga kelima liga dengan mengutip 24 mata setelah beraksi dalam 16 perlawanan.
Bodjongo berjaya mengukir nama sebagai penjaring setelah menyumbang satu gol dalam penampilan keduanya bersama-sama Perak di Kuala Terengganu minggu lalu.
Kini, Bodjongo diharapkan dapat meledakkan gol dengan bantuan Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Michal Kubala dan Sharulnizam Mustafa.
Perak berbangga dengan Bodjongo tetapi musuh tradisinya, Selangor turut mempunyai jentera pemusnah, Bosko Balaban yang meledak gol dalam setiap perlawanan.
Tonggak pertahanan, K. Nathakumar akan berdepan tugas berat bagi mengekang ledakan Balapan daripada membolosi pintu gol Perak.
Secara keseluruhannya, mampukah Perak membenam Selangor untuk membalas dendam kekalahannya pada awal musim ini?.
Anak buah Norizan Bakar sudah pasti berazam membalas dendam ke atas Selangor setelah dikalahkan 0 - 1 di Stadium Bukit Jalil pada 14 Januari lalu
Berdasarkan prestasi semasa, Perak dan Selangor berada pada tahap yang sama yang mana mereka mampu mengatasi lawan masing-masing.
Strategi yang disusun oleh kedua-dua jurulatih akan menjadi penentuan muktamad kemenangan samada berpihak kepada Perak atau Selangor.
Oleh itu, pertarungan Perak dan Selangor sering menarik perhatian penyokong kedua-dua pasukan dengan memenuhi stadium.
Kekalahan Selangor kepada Negeri Sembilan 1 - 3 kelmarin mungkin menjadi pembakar semangat kepada para pemain Perak untuk mencapai kemenangan di Ipoh.
Namun begitu, Gergasi Merah itu mungkin menjadi semakin garang apabila kalah kepada Negeri Sembilan
sumber : PerakNews
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment