Nazmi Faiz telah berjaya menarik perhatian kelab Portugal, S.C. Beira-Mar dan akan ke sana bersama bapanya pada hari Ahad ini untuk sesi pemilihan.
"Nazmi Faiz akan menjalani sesi pemilihan pemain bersama kelab tersebut pada 14 hingga 21 Mei ini"
Laporan sebelum ini menyatakan Nazmi Faiz berjaya menarik minat kelab tersebut selepas mereka menyaksikan beberapa video Nazmi beraksi dalam perlawanan.
Ong Kim Swee sangat bangga dengan Nazmi berjaya membuktikan bakatnya dengan berjaya menarik perhatian kelab dari luar negara terutamanya kelab dari Eropah.
"Ini satu perkembangan yang baik. Nazmi telah dinilai melalui ejen dan scout kelab itu dan mereka telah datang secara rasmi untuk meminta Nazmi ke kelab mereka bagi sesi pemilihan.
"Apa yang penting ini terjadi bukan kerana saya atau sesiapa tetapi dari titik peluh Nazmi sendiri dan kelab sendiri yakin dengan kemampuan Nazmi." kata Ong Kim Swee lagi.
Nazmi Faiz akan ke Portugal bersama bapanya pada hari Ahad ini untuk menyelesaikan beberapa perkara lagi dan seterusnya untuk sesi pemilihan yang telah dipersetujui.
Ong Kim Swee juga mengatakan ini adalah satu pengorbanan bagi pihaknya untuk masa depan bola sepak negara dia beliau tidak teragak-agak untuk melepaskan pemain yang mendapat tawaran dari kelab luar negara.
Ong Kim Swee menambah: "Ini satu perkembangan yang positif untuk bola sepak negara dan saya harap Nazmi dapat mengambil peluang sebaik mungkin untuk mendapatkan kontrak. Terutamanya kontrak untuk bermain dalam pasukan utama mereka pada musim akan datang."
Apabila ditanya tentang bagaimana reaksi Nazmi tentang hal ini, Ong Kim Swee berkata: "Nazmi semestinya teruja dan tidak sabar untuk berangkat ke Portugal bersama bapanya pada hari Ahad ini."
sumber : ESPNSTAR.my
No comments:
Post a Comment