nuffnang ads

Follow Us Thanks!

Saturday, 28 February 2015

Tips meniaga online dan mengiklankan produk !

Teringin meniaga online.. produk ada.. bajet ada tapi camana dengan marketing ? Nak guna media sosial seperti instagram , facebook atau blog ?



Segalanya bergantung pada apa yang nak dijual.. Ok.. Amik contoh la.. Andai aku nak menjual PATI BATOOK ORI yang bagus untuk kegunaan anak anak kecil terutama yang ada lelah , batuk , selsema dan macam macam lagi kegunaan ! Ahaaaa.. Camana aku nak promote dan pada masa sama , persaingan amatlah tinggi ? Persaingan dengan produk produk lain ?
Ok.. aku tak perlu buat perbandingan dengan produk lain.. Tapi apa yang aku perlu buat ialah , promosi tanpa henti ! Berpegang pada cara hero hindustan berlawan dengan penjahat .. ‘ Biar kalah dulu , menang kemudian..’ , sebaiknya ialah viralkan produk aku ni di media sosial !
Tempoh ? Ok.. mula mula cari orang yang sesuai utk review produk aku ni.. Contohnya blogger yang kebetulan ada anak tak sihat ..selsema atau batuk.. Cuba offer pada dia secara percuma. Tak perlu review dan update .. Bagi je dia cuba dan nak tau kesannya selepas guna ! Andainya produk tu berkesan , baru offer dia untuk buat review di blognya dan update di media sosial miliknya. Bayar la .. jgn free la ! Tujuan bayar untuk mereka menulis dengan lebih teliti dan berkesan. Kalau free , kang tulis ala kadar kan ? Yelah .. freeeee la katakan !
Ok… Bila dah buat gitu , jangan terus nak harap ramai giler pelanggan yang membelinya ! Kumpul testimonial dan pastikan diupdate dalam fan page serta blog peribadi anda sendiri ! Ahaaa..

Perlu ke guna blogger yang top atau popular ? Tak semestinya.. Yang kecik kecik anak pon ok jer.. asalkan blognya serta media sosialnya ada pengikut..
Kemudian , promosi di media sosial terutama Facebook. Cari yang sesuai.. Maksud aku , bila dia post jer .. ada LIKE ..tak perlu beribu riban tapi berkualiti ! Like yang berkualiti boleh kita tau melalui sapa yang LIKE .. Maksud aku , orang tu ada kuasa membeli , berpendidikan , berprofesion serta bijak .. Ahaaa.. Sebab diorang takkan suka suka main LIKE je kan ?
Kerapkan update gambar produk dan infomasi di Facebook yang kita pilih dan langgan. Kalau aku , aku akan pilih akaun personal sebab follower lebih kenal akan pemilknya ! Lama kelamaan , orang akan mula bertanya dan percaya ..
Seperti yang berlaku pada aku hari ini.. Seorang pengiklan pada awalnya agak kurang yakin tapi aku berjaya menyakinkannya kerana dia punya produk yang berkualiti serta tiada pesaing ! Maka tak perlu takut untuk meniaga..

Kesannya ?

“ Ben , saya rasa .. saya akan terus sambung mengiklan untuk bulan bulan seterusnya .. “.
Aku senyum jer..

Yang penting , bila nak mengiklankan produk anda .. carilah blogger yang tak kedekut .. Dan jika nak berjaya , jangan takut takut meniaga .. Jangan tanam bijik durian hari ni , dan harapkan berbuah minggu depan.. Meniaga ni seronok kalau kita tau camana nak meniaga dan tujuan meniaga.. Kalau nak kaya , maka usahanya mestilah lebih kan ?

Sumber : http://www.benashaari.com/

Klinik Kesihatan Kerajaan Malaysia Adalah Yang Termurah Di Dunia

Apabila kita bercakap mengenai Klinik kesihatan mesti kita akan ingat RM1 kan. Apa tak nya setiap kali kita menerima rawatan mesti kita diwajibkan bayar hanya RM1. RM1 tu patutlah termurah di dunia. Kita sepatutnya bersyukur.

Nak diceritakan aku ni dah ada 2 orang anak. Kedua-duanya masih kecil lagi. Sampai je masa mesti perlu check up.


Tapi setiap kali pi check up tak sah kalau tak 2 atau 3 jam menunggu baru siap. Aku harap kerajaan tingkatkan lagi daya kerja nurse-nurse & staff klinik atau hospital kerajaan. Harga bayar dah murah tambah lagi sistem kerja cekap & cepat yang ni aku kasi A pada kemudahan Awam yang kerajaan bagi. Topik ni aku saja nak kongsikan pada semua pembaca. Mesti ramai yang sama hadapi keadaan macam aku ni. Kalau kita tak tegur siapa lagi nak tegurkan. InsyaAllah aku harap suatu hari nanti ada perubahan.

Bayar lebih harga minyak esok? Salahkan 1MDB - Rafizi


Pemansuhan sistem subsidi bahan api bukan hanya membuat pengguna terdedah kepada turun naik harga minyak mentah global tetapi juga membawa kepada ketidakstabilan nilai ringgit sepertimana ramai yang akan rasainya melalui harga bahan api esok.

Walaupun kerajaan hanya dijangka mengumumkan harga runcit bahan api rasmi untuk Mac malam ini, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli telah memberi amaran bahawa ia akan menjadi lebih tinggi.

Rafizi berkata kenaikan kecil dalam harga minyak mentah dunia, menjadi lebih teruk dengan ringgit yang lemah yang sebahagiannya disebabkan oleh masalah lebih RM40 bilion hutang yang ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dimiliki kerajaan.

“Oleh itu, turun naik ringgit mempunyai kesan yang terus kepada harga minyak yang dibayar oleh rakyat," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi (kiri) berkata, Di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, kadar matawang ringgit kini jatuh ke paras terburuk sejak krisis kewangan Asia 1998.

"Jika Datuk Seri Najib menyalahkan pasaran minyak mentah dunia akibat turun naik harga minyak, maka beliau bertanggungjawab sepenuhnya kepada turun naik kadar matawang ringgit.

“Kenaikan harga petrol dan diesel yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam bulan-bulan mendatang adalah akibat kegagalan beliau sebagai perdana menteri dan menteri kewangan. kata Rafizi.

1MDB dimiliki oleh Kementerian Kewangan yang diterajui oleh Najib, dan beliau juga adalah pengerusi lembaga penasihat syarikat tersebut.

Negara kini menggunakan sistem apungan terurus di mana harga purata minyak untuk bulan semasa digunakan sebagai penanda aras untuk menentukan harga runcit bahan api bulan seterusnya.

Oleh itu, turun naik nilai ringgit mempunyai kesan yang terus kepada harga minyak yang dibayar oleh rakyat.

“Ini menimbulkan kesulitan kepada rakyat kerana kejatuhan harga minyak bermula dari September 2014 diiringi dengan kejatuhan nilai ringgit berbanding AS.

"Nilai ringgit yang kini didagangkan pada tukaran sekitar RM3.60 bagi setiap AS$1 telah susut sebanyak 10 peratus dalam tempoh enam bulan berbanding tempoh asal sekitar RM3.30 bagi setiap AS$1,” kata Rafizi. - Malaysiakini

Kim Kardashian Kongsi Gambar Menggoda Rai 27 Juta Pengikut Di Instagram


Demi meraikan jumlah pengikut Instagramnya yang kini sudah pun mencecah sebanyak 27 juta, Kim Kardashian West berkongsikan gambar seksi dan menggodanya yang hanya mengenakan pakaian dalam berwarna merah, menyerlahkan lagi ‘asetnya’. Foto tersebut sudah tentu mendapat pujian ramai lelaki.

Sudut lain kisahnya, Kim dan ahli keluarganya yang membintangi siri realiti Keeping Up With The Kardashians dilaporkan sudah menandatangani kontrak terbaharu siri tersebut yang memberikan pulangan sebanyak RM361 juta buat mereka sekeluarga.

Program tersebut turut dibintangi ibu Kim, Kris Jenner, dan adik-beradik Kim iaitu Kourtney, Khloe, Kendall Jenner dan Kylie Jenner sehingga kini masih lagi menjadi program nombor satu di Saluran E! yang membawa keuntungan buat stesen televisyen tersebut.  

-Siakapkeli.com.my

10 Jenis Wanita Yang Lelaki Takkan Jadikan Isteri


1. Perempuan Bodoh

Bodoh dalam konteks yang aku gunakan ini bukanlah bodoh dalam pelajaran tapi suka membuat diri kelihatan bodoh depan khalayak ramai. Antara perkara yang boleh dikatakan bodoh adalah tergelak kuat kuat, gelabah kerbau, berpakaian seperti Lady Gaga dan sebagainya. Sememangnya tak salah jadi lain dari yang lain tapi tengok keadaan la. Kalau orang lain dah kata ”macam bodoh je” maknanya adalah yang tak kena.

2. Perempuan Gedik

Yang ni bukan setakat lelaki saja yang tak minat tapi perempuan pun sama menyampah. Kalau berjalan pun over sangat. Tak tahulah kenapa. Selalunya pelaku gedik ni anak perempuan yang dimanjakan ibubapa, hidup dalam kemewahan atau mahu lelaki mengelilingi mereka. Jika yang mengelilingi mereka tu lelaki baik okey la sikit tapi semuanya nakkan sesuatu. Faham faham saja lah.

3. Perempuan Perasan Cantik

Yang ni paling aku menyampah. Kalau yang betul betul cantik tu tak payahlah dihebohkan kecantikan tu. Bukannya orang lain tak nampak. Jelas depan mata kan? Inikan tidak. Untuk tambah cantik tu, pakai lagi seksi seksi. Siap promo dekat status facebook lagi tu. Lelaki ni memang suka perempuan macam ni tapi bukan nak buat isteri tapi saja nak main main. Dan ada juga yang tak cantik tapi perasan diri tu hot. Pernah sekali jumpa seseorang dekat hentian bas. Dahlah gemuk, hitam pula tu. Lepas tu diwarnakan pula rambutnya. Memang macam afrika. Sepatutnya bila dia dah sedar muka tak market, tak payahlah perasan lawa. Lelaki straight pun boleh jadi gay kalau ditakdirkan hidup dengan perempuan macam tu.

4. Perempuan Banyak Membebel

Lelaki mana suka bakal isteri membebel? Aku dengar cikgu Arbayah membebel dekat sekolah dulu pun dah naik pitam. Pening lelaki tu bila seseorang perempuan tu panjangkan sesuatu isu tu berkali ganda dari sebenarnya. Bila waktu exam tak nak pula mereka tulis panjang panjang. Kadang kadang sampai sejam line telefon si lelaki sibuk dengan khutbah jumaat si perempuan. Pening lelaki tu. Jadi, si lelaki pun berfikir ”jika begini la keadaannya sebelum kahwin, sebelum dapat anak, mesti lepas kahwin kena buat pembedahan telinga”.

5. Perempuan Banyak Bekas

Jika seseorang perempuan itu banyak bekas pasangannya selalunya dia merupakan seseorang yang tidak setia kepada pasangan. Asyik bertukar sahaja. Oleh itu, akan terdapat 2 pendapat si lelaki terhadap kemungkinan yang bakal berlaku selepas berkahwin. Pertama adalah perkahwinan akan berakhir dalam tempoh masa kurang 3 tahun. Kedua, si isteri akan main kayu tiga dengan lelaki lain manakala rumahtangga asyik berperang.

6. Perempuan Yang Kuat Cemburu

Jika diikutkan keadaan sebenar, lelaki lagi kuat cemburu. Tapi ada juga perempuan begitu. Apabila melihat si lelaki keluar dengan seorang perempuan lain mulalah si perempuan menuduh. Kadang kadang apabila si lelaki berpimpin tangan dengan seorang perempuan tua buta melintas jalan pun boleh jadi kes. Adakah patut? Jika cemburu sangat cari lah dahulu saksi atau bukti.

7. Perempuan Yang Memang Sudah Terserlah Kejahatannya

Kalau perempuan tu merokok, minum arak dan ada kalanya mengaku sudah bukan islam lagi maka memang bukan pilihan si lelaki lah untuk mereka dijadikan isteri. Sekadar kawan mungkin ya. Jika peneman hidup, ”tak ada maknanya”. Sebenarnya aku pernah bercinta dengan seseorang yang mempunyai ciri ciri seperti diatas. Apabila dinasihatkan tidak pun mahu dia mendengar. Siap promo agama baru dia lagi tu. Tak minat aku. Tak sampai dua bulan berpisah.

8. Perempuan Yang Tak Tahu Buat Kerja

Apa rupanya bila seseorang perempuan tu tak tahu memasak, basuh baju, menyapu dan sebagainya? Adakah si lelaki yang harus menjaga urusan keluarga kelak manakala si perempuan yang mencari nafkah batin? Jika tidak, maka nampaknya tunggang terbalik lah keadaan rumah. Bontot anak bermekap kunyit kuning tidak berbasuh, kain pakai bersepah sepah dan dapur tidak pernah berasap. Lelaki pun cari lagi satu.

9. Perempuan Selekeh

Oleh kerana dulu aku ni selalu bersendirian di sekolah jadi aku selalu la perhatikan perempuan. Kadang kadang tu banyak juga aku tengok perempuan yang tak ada muka perempuan. Dengan tudung tak beriron, baju ada sos, lengan ketiak pun ada hitam, geli aku tengok. Kalau budak tingkatan satu tu okey lagi tapi ni dah nak masuk tingkatan lima. Dalam hidup ni, tak lawa tak apa. Tapi jangan jadi selekeh. Tak kan si lelaki nak dengar orang kampung kata ”bini si polan tu muka cam kerbau bala. Berlumpur je setiap hari”?

10. Mahal Sangat

Yang ni istimewa sikit sebab bukan semuanya salah perempuan. Jika kita perhatikan sekarang ni, ramai betul perempuan yang nak dinikahkan dengan hantaran kahwin yang tinggi. Selalunya bukan si perempuan yang minta tapi ibubapa yang menggatal sangat nak menjual anak. Kadang kadang anak tu dilelong sampai sepuluh ribu ringgit. Kalau anak tu sambung Master okey lagi. Tapi belajar setakat form 4. SPM pun tak ambil. Harapkan muka sahaja sebagai pakej. Adakah patut harganya mahal? Si bakal suami kalau berkemampuan tidak apa tapi kerja setakat toreh getah. Jangan anak tu jadi andartu sudah.

Sumber: http://eberita.org

Hafiz Awanano Selamat Bertunang Dengan Gadis Senegeri (6 Gambar)

Hafiz Suip selamat bertunang dengan gadis pilihannya, Effy, yang juga merupakan anak jati kelahiran Sarawak, sama seperti Hafiz.

Bukan main meriah lagi ya majlis pertunangan Hafiz ni ya, dah macam majlid perkahwinan. Itulah yang dapat dilihat menerusi gambar bidikan CST Productions ini.

Besar atau kecil majlis itu tidak menjadi persoalan asalkan mereka yang penting dalam hidup mereka dapat hadir pada majlis itu yang diadakan di Kuching, semalam.







4 Gudang Sisa Toksik Di Bukit Nanas Terbakar

sekadar gambar hiasan

SEREMBAN – Empat gudang menyimpan sisa toksik di Pusat Pengurusan Sisa Berjadual Kualiti Alam di Bukit Nanas, dekat sini, terbakar jam 1.30 tengah hari tadi.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.41 tengah hari dan bergegas ke lokasi kejadian bersama tiga jentera dan 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dan Seremban 2.

Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dan Perkhidmatan Perubatan Penyelamat Kecemasan (EMRS) turut dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Usaha mengawal kebakaran masih diteruskan bagi mengelak merebak ke kawasan lain dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya. – BH Online


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...