nuffnang ads

Follow Us Thanks!

Friday 30 March 2012

Laman Web FAM kena HACK Lagi....




Diatas adalah diantara gambar yang dimuat turun oleh penggodam didalam website FAM..
Penggodam terbabit dikenali dengan nama kumpulan RileksCrew.....

Kredit : BlogMalaysia

Android Vs iOS The Truth about Apple and Google's OS

Monday 19 March 2012

Lawak Ke Der

Pihak Astro sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan video “lawak ke der” di Youtube dengan cara membuang video tersebut dari laman web terbabit.

Thursday 15 March 2012

Bola Kampung The Movie


Cool & xsabar admin nak tengok movie Bola Kampung ni...sama-sama kita nantikan~~

Monday 12 March 2012

Kasih Anak untuk Ibu Tersayang


Gambar yang memaparkan seorang lelaki tua membawa ibunya untuk mendapatkan rawatan di hospital telah menyentuh hati jutaan pengguna internet.

Gambar tersebut telah dirakam oleh seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang menyaksikan anak dan ibu itu di Pusat Perubatan Chi Mei di Taiwan.

Setelah dimuat naikkan ke internet, gambar itu menjadi popular dan hangat dibicarakan.

Dalam tempoh tiga hari , topik yang paling hangat dibincangkan dalam talian ialah “Siapakah Lelaki Itu?”. Beribu-ribu pengguna internet berusaha mencari identiti lelaki itu.

Harian-metro

Meninggal selepas nikmati teh tarik


KUALA LUMPUR – Seorang pencuci bas menemui ajal dalam keadaan tidak disangka-sangka apabila dia kelihatan seperti sedang tidur berbantalkan lengan di atas meja makan selepas menghabiskan segelas teh tarik di sebuah warung dekat Jalan Imbi, Bukit Bintang di sini semalam.

Rahman Ibrahim, 74, dari Melaka tetapi hidup sebatang kara di kawasan Bukit Bintang di sini sejak 10 tahun lalu, ditemui telah meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung oleh pekerja warung berkenaan pada pukul 12 tengah malam.

Kosmo

Duniawi

Matahari dilanda Ribut



WASHINGTON – Minggu ini sekali lagi matahari dilanda ribut dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) merakamkan beberapa foto perubahan planet itu yang dianggap begitu mankjubkan.

Balai Cerap matahari Dinamik NASA merakamkan perbezaan keadaan suhu pada matahari menerusi rakaman foto paparan kekalutan yang bermaharajalela sehingga mewujudkan satu permukaan lubuk pusaran ribut.

Beberapa letupan gergasi pada planet itu memberi kesan radiasi dan menggegarkan medan magnetik bumi.

“Kami masih belum menerima laporan dari bahagian operasi sistem janakuasa, tetapi kemungkinan ianya muncul selepas ribut tamat,” kata peramal cuaca angkasa lepas di Pusat Pentadbiran Peramal Cuaca Angkasa Lepas dan Laut Kebangsaan, Buolder, Colorado, semalam.

Katanya, ribut itu telah mencapai tahap sederhana Khamis lalu, sebelum melonjak pada paras terkuat semalam.

Bagaimanapun, menurut para saintis ribut berkenaan hanya memberi kesan kepada teknologi dan tidak kepada manusia.

Lamam web pusat cuaca angkasa lepas memberitahu, kuasa ribut matahari mampu mengganggu sistem voltan dan mencetuskan amaran palsu pada alat-alat perlindungan, meningkatkan kelewatan satelit dan menjejejaskan orientasinya.

Minggu ini, ribut berkenaan tidak menunjukkan kesan nyata terhadap sistem elektronik atau teknologi utama tetapi wujud keadaan di mana komunikasi radio berfrekuansi telah terputus selama dua jam melibatkan pengoperasian radio amatur khasnya dari timur Afrika ke timur Australia.

Kosmo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...