nuffnang ads

Follow Us Thanks!

Friday 29 June 2012

GAMBAR USTAZ AZHAR IDRUS MASA MUDA-MUDA

Credit image: digitalmukmin

GAMBAR USTAZ AZHAR IDRUS MASA MUDA-MUDA | Sape yang tak kenal kan Ustaz Azhar Idrus kan?? hahahha.. Tadi tiba2 plak terjumpak gambar dia time dia muda2 dulu.. Kih kih kih.... berkaca mata hitam lagi gitu... jom lah kita sama2 tgk muka UAI masa dia muda-muda dulu yerr...

Haa.. hansome tak Ustaz azhar Idrus time muda2 tuhh?? dia yg sebelah kanan tuhh.. muka ala2 zizan raja lawak kan?? patut lah pun dalam ceramah agama dia banyak buat lawak kan?? Err... betul ke ada yg kata dalam ceramah dia banyak lawak dari ilmu yang disebarkan?? Wallahualam...

Petikan : wan cikgumuzik 

Artis Malaya - Osman Kering Meninggal Dunia



OSMAN KERING MENINGGAL DUNIA - AL FATIHAH | Satu lagi berita yang mengejutkan dunia hiburan tanah air adalah berkaitan dengan permergian seorang lagi seiman negara iaitu osman kering. Beliau yang meninggal akibat penyakit batuk kering telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospuital Universiti Kebangsaan Malaysia HUKM.

Menrusi bukti dari blog roti kaya, ini adalah telah mengesahkan berita kematian arwah Osman Kering yang telah meningal pada jam 7.00 petang tadi. Apa2 pun sama2 kita doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 beriman.. salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga Osman Kering. Al-Fatihah....

 

Cerita Hantu - Gambar Hantu Jepun


Korang pernah tengok hantu Jepun? Pernah terjumpa dengan hantu? Kalau belum pernah tengok,jom kita ramai-ramai tengok gambar dekat atas ini. Jangan tengok saja. Tenung dalam-dalam pada matanya tanpa beralih ke mana-mana dalam masa 5 minit.

Semasa korang tenung tu,sebut dan niat dalam hati yang korang nak tengok hantu jepun. Ini bukan kurafat ke apa ke. Just nak test korang punya pancaindera jer.

Aku tak jamin kalau hantu jepun ni kacau atau ikut korang balik. Semuanya tanggungjawab korang sendiri la ek.hehe...hahahahah!!

Mengikut info yang aku dapat, gambar ini di lukis oleh seorang wanita Jepun yang telah mati bunuh diri.

Wajah sebenar HANTU gadis jepun itu dapat dilihat jika namanya "fuk Yu" disebut dalam hati.

Korang tenung je pada matanya. Tenung 5 minit dan ia akan muncul. Korang macam mana? Sudah try? Ok ke?

Kalau berani, cubalah!

petikan : gambargambarpelik.blogspot

EURO 2012 - SENTUHAN AJAIB BALOTELLI TEWASKAN JERMAN


Skuad Itali berterima kasih kepada Balotelli atas kemenangan separuh akhir menentang Jerman awal pagi tadi.Ia adalah satu kejayaan yang cukup bermakna bagi pasukan Itali kerana melakar kejutan mengalahkan pasukan pilihan EURO 2012. Itali 2 - 1 Jerman



Thursday 28 June 2012

EURO 2012 - PASUKAN SEPANYOL KE PERLAWANAN AKHIR


Pasukan Sepanyol berjaya ke perlawanan Akhir EURO 2012 apabila menewaskan Portugal 0-0 (4- 2) melalui sepakan penalti yang berlangsung awal pagi tadi. Kejayaan ini merupakan peluang untuk Sepanyol memperolehi kejuaraan dalam EURO 2012 tahun ini dan membuka mata dunia Sepanyol merupakan pasukan yang perlu disegani didunia. Awal pagi esok merupakan perlawanan separuh Akhir JERMAN lawan ITALI, 2.45pagi - Jumaat

SPRM Pantas Siasat Rafizi Isu PM Campur Tangan Tender





Malaysiakini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat pengarah strategi PKR Rafizi Ramli malam ini susulan pendedahannya berhubung dakwaan campur tangan perdana menteri dalam projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1 bilion.

Menurut peguamnya N Surendran, empat pegawai suruhanjaya itu mengambil keterangan Rafizi selama 15 minit di ibu pejabat PKR di Tropicana kira-kira jam 8 malam.

Peguam itu berkata, siasatan berkenaan bertujuan memastikan satu laporan Malaysiakini yang mengutip kenyataan Rafizi di sidang medianya pagi ini.

Rafizi mendakwa Datuk Seri Najib Abdul Razak mengutamakan sebuah syarikat yang membida dengan harga lebih tinggi.

Rafizi dalam pendedahannya mendakwa, pada mulanya Kementerian Kewangan menganugerahkan kontrak itu kepada Konsortium Balfour Beatty-Invensys, berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK).

Sedangkan, dakwa Rafizi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lepas melahirkan hasrat menganugerahkannya kepada Konsortium George Kent, seperti dilaporkan media.

Keputusan itu didakwa bertentangan dengan keputusan JPMK – jawatankuasa tertinggi Kementerian Kewangan dan dipengerusikan sendiri oleh Najib – yang bersidang pada 25 Januari 2012.

Wednesday 27 June 2012

CARA-CARA UNTUK BISNES GELANGGANG FUTSAL?


Antara bisnes yang meningkat naik sekarang adalah bisnes gelanggang futsal. Hanya sekali je modal untuk build gelanggang dan beli peralatan futsal tetapi pulangan yang berlipat kali ganda kita akan dapat. Betul ke modal untuk setup gelanggang tu besar? jika ada yang arif boleh kongsi dekat sini. Sekurang-kurangnya kita dapat kongsi pengetahuan tentang bisnes ini. Bukan setakat sewa gelanggang je boleh buat duit tetapi proposal untuk setup gelanggang futsal pun boleh buat duit...untung yang mana open awal-awal bisnes ni..jom kita sama-sama kongsi....

Justin Bieber On The Business Of Social Media


EURO 2012 - PASUKAN MANA YANG AKAN KE FINAL?








Tuesday 26 June 2012

BERITA BAIK BUAT PENYOKONG THE RED WARRIORS


Berita baik buat penyokong bola sepak negeri Kelantan yang tidak berkesempatan untuk hadir ke Stadium.

Pihak Astro Arena akan menyiarkan 2 siaran secara langsung membabitkan pasukan Kelantan FA minggu ini iaitu pada 26 Jun 2012 menentang Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah dan satu lagi perlawanan pada 29 Jun 2012 menentang pasukan Selangor di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.

Kedua dua perlawanan tersebut akan berlangsung pada Jam 8.40 Malam

Selamat Menonton 



Friday 22 June 2012

Gambar Maya Karim Terbaru




                         Gambar : budiey.com

Filem Ombak Rindu lakonan Maya Karin memang menarik perhatian orang untuk melihat filem berkenaan. Kali ini Maya Karin bakal menaruhkan satu lagi filem hebat yang bertajuk, JWANITA. Filem ni bukan filem hantu atau romantik ok, tapi filem berkisar soal dendam luar biasa terhadap adik kandung sendiri merampas 'jantan' kakaknya. Jadi kakaknya bukan jadi Hulk, tapi menjadi wanita ganas setanding dengan Hulk je. Nanti kan lah filem ni ok, yang pasti Maya Karin masih nampak cute masa pelancaran filem berkenaan di bawah ni. peace!

So, call me Maybe?


Gambar Siti Nurhaliza dan Johnny Depp


Siti baru-baru ni ada pergi ke Sydney, Australia. Mungkin untuk bercuti kot, tip top Siti sempat bergambar dengan Johnny Depp, penyanyi kelas dunia tu di Sydney. Wah!!!

EURO 2012 - PORTUGAL MARA KE SEPARUH AKHIR


Tandukan Cristiano Ronaldo sebelas minit sebelum wisel penamat telah membuka laluan Portugal ke peringkat separuh akhir Euro 2012 dengan kemenangan 1-0 atas Republik Czech pagi tadi.

Pemain paling mahal di dunia itu telah melakukan dua percubaan, iaitu terkena tiang dan kedua menanduk membuat jaringan ketiga beliau di Euro 2012 selepas hantaran Joao Mountinho daripada sayap kanan.

Ia adalah satu persembahan yang baik daripada Portugal, yang sedang membuat penampilan kelima mereka berturut-turut di suku akhir kejohanan Euro dan akan bertemua sama ada Sepanyol ataupun Perancis di separuh akhir.

Czech memulakan perlawanan dengan agak baik manakala rancangan Portugal adalah untuk menghantar bola kepada Ronaldo di setiap peluang yang mereka dapati dengan harapan kapten mereka dapat membuka tirai perlawanan.

Rembatan beliau beberapa minit sebelum separuh masa terkena tiang sebelum Helder Postiga digantikan oleh Hugo Almeida selepas mengalami kecederaan.

Almeida membazirkan satu peluang yang baik di separuh masa kedua apabila tandukan beliau daripada hantaran Raul Meireles terlalu tinggi.

Sepakan percuma Ronaldo terkena tiang sekali lagi dan perlawanan kelihatan akan menuju ke masa tambahan sebelum penyerang Real Madrid itu menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-79 selepas Moutinho dan Nani bergabung untuk menghantar bola ke dalam kotak penalti.

Wednesday 20 June 2012

FAM : Azzuddin diarah fail pembelaan



Penolong Kanan Pendaftar, Nurul Ain Hamzah turut menetapkan 19 Julai ini untuk pengurusan kes semasa kes saman itu disebut di hadapan beliau hari ini.

Pada prosiding semalam, Annuar diwakili peguam Kamaruddin Abdullah dan Jasswant Singh, manakala tiada wakil daripada pihak defendan hadir.

Annuar memfailkan saman pemula tersebut di Mahkamah Tinggi di sini pada 5 Jun lalu bagi menuntut 10 perisytiharan berhubung pengantungan beliau sebagai Timbalan Presiden FAM termasuk pertuduhan persatuan itu terhadap beliau dalam sepucuk surat bertarikh 16 Mac lalu adalah cacat, tidak sah dan terbatal.

Begitu juga perbicaraan tatatertib pada 4 April lalu dan hukuman terhadap beliau pada keesokan harinya yang didakwa tidak mematuhi prinsip keadilan asasi.

Mengikut pernyataan tuntutan, Annuar mendakwa hukuman yang dijatuhkan ke atas beliau tidak sejajar dengan pertuduhan asal dan draf pertuduhan terhadapnya mengandungi kecacatan serta FAM telah bertindak secara mala fide (berniat jahat).

Katanya, Azzuddin yang dinamakan sebagai defendan kedua, dalam surat bertarikh 2 April lalu juga melarang beliau daripada menghantar wakil ke Mesyuarat Khas Ke-21 Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Ia dilakukan dengan alasan defendan itu sendiri yang akan mewakili plaintif, sedangkan defendan kedua tidak sepatutnya menjadi wakil plaintif kerana Azzuddin adalah pihak yang membuat tuduhan.

Sehubungan itu, Annuar memohon mahkamah mengisytiharkan kesemua tindakan yang membawa kepada pengantungan beliau itu tidak mematuhi status dan kod tatatertib FAM yang sekali gus menjadikan ia terbatal dan tidak sah.

Turut dimohon adalah perintah injunksi menghalang pihak defendan daripada melarang beliau untuk menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden FAM dan lain-lain jawatan serta melibatkan diri dalam sebarang acara bolasepak.

Annuar dalam kenyataan kepada media pada 7 Jun lalu memberitahu, tindakan saman itu dibuat bukan untuk mencabar hukuman yang telah dijatuhkan ke atasnya, tetapi ia berkaitan dengan perlanggaran undang-undang yang dibuat dalam menjatuhkan hukuman tersebut.

Annuar digantung dua tahun setengah daripada menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden FAM sejak 4 April lalu oleh Jawatankuasa Jatatertib persatuan itu setelah didapati bersalah membuat kenyataan media tanpa izin dan melanggar arahan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco).

Bagi pertuduhan pertama, Annuar digantung selama dua tahun sementara enam bulan lagi untuk pertuduhan kedua selepas didapati melanggar Artikel 88 Status FAM edisi 2010-14 di bawah Perkara 4.5.8 (I) dan 4.5.8 (III).- Utusan

Ong Kim Swee : Empat Pemain Harimau Muda digugur



Empat pemain skuad bawah 22 tahun (B-22) negara terpaksa digugurkan daripada beraksi pada Kejohanan Pusingan Kelayakan Piala AFC 2013 di Myanmar, yang bermula 23 Julai ini ekoran masalah kecederaan yang belum pulih.

Ketua jurulatih skuad B-22 negara Ong Kim Swee berkata, mereka ialah Mohamad Zuber Mohamad Azmi, Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris, Muhammad Syazwan Tajuddin dan Mohamad Raphi Azizan Mariappen.

"Keempat-empat pemain ini tidak akan menyertai kita di Myanmar, namun diletakkan dalam senarai simpanan sekiranya berlaku kecederaan kepada mana-mana 23 pemain yang bakal saya bawa ke sana nanti," katanya kepada pemberita selepas
sesi latihan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam.

Beliau berkata setiap pasukan yang bersaing dalam pusingan kelayakan itu mungkin berdepan kesukaran mempamerkan aksi memberangsangkan memandangkan mereka akan beraksi pada sebelah petang dalam keadaan cuaca panas, kecuali tuan rumah yang beraksi sebelah malam.

"Jadi, saya akan membuat pertukaran pemain dalam setiap perlawanan yang ditempuhi oleh kita bagi mengelakkan mereka keletihan dalam mengharungi beberapa perlawanan di sana nanti.

"Namun, apa yang lebih penting kepada saya ialah setiap pemain mampu mengekalkan prestasi masing-masing dalam kejohanan itu," katanya.

Mengulas peluang skuad negara untuk mara ke pusingan akhir kejohanan tahun depan, Kim Swee berkata beliau optimis pasukan itu mampu pergi jauh disebabkan persaingan yang sengit di peringkat kumpulan.

Skuad negara dijangka bertolak ke Myanmar Khamis ini sebelum membuka kempen kejohanan dengan menentang Korea Selatan pada Sabtu.

Malaysia diundi dalam Kumpulan G bersama Korea Selatan, Vietnam, Taiwan, Filipina dan Myanmar selaku tuan rumah untuk pusingan kelayakan itu dan dua pasukan teratas daripada setiap enam kumpulan yang bertanding, akan mara ke
pusingan akhir kejohanan tahun depan.

Venue pusingan akhir belum ditentukan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Senarai pemain ke Myanmar:

Mohd Farhan Abu Bakar, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mohd Nazmi Faiz Mansor, D. Saarvindran, Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohd Irfan Fazail (kapten), Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, A. Thamil Arasu, Shahrul Mohd Saad, Gary Steven Robbat, Nazirul Naim Che Hashim, Mohammad Amer Saidin, Mohamad Fandi Othman, Syahrul Azwari Ibrahim, Ahmad Hazwan Bakri, Mohd Azzizan Nordin, Muhamad Ilham Amirullah Razali, Ashri Chuchu, Mohd Rozaimi Abdul Rahman, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Mohd Aminuddin Mohd Noor, Muhammad Ariff Farhan Mohd Isa, Wan Zack Haikal Wan Mohd Noor.



EURO 2012 - KEPUTUSAN TERKINI KUMPULAN D 20 JUN 2012



Kejayaan Wayne Rooney menjaringkan gol pada separuh masa kedua telah memberikan kemenangan kepada skuad kendalian Roy Hodgson untuk mara keperingkat suku akhir EURO 2012, England 1 - 0 Ukraine. Beberapa keputusan pengadil yang mencetuskan kontroversi apabila jaringan penyamaan Ukraine yang tidak dikira.




Perancis 0 - 2 Sweden, Zlatan Ibrahimovic menjaringkan salah satu gol terhebat di Euro 2012 setakat ini dengan sebuah rembatan voli pada minit ke-54, sebelum Sebastian Larsson menjaringkan gol kedua mereka di masa kecederaan untuk berikan Sweden, yang telah pun tersingkir selepas dua kekalahan di dua perlawanan pertama mereka, kemenangan yang memuaskan.

Sweden sepatunya menjaringkan lebih gol dengan benteng pertahanan Perancis memberikan persembahan yang akan membimbangkan jurulatih Laurent Blanc.

Keputusan itu bermakna Perancis mengalamai kekalahan pertama mereka selepas 23 perlawanan dan mengakhiri peringkat kumpulan di tangga kedua selepas England menewaskan Ukraine 1-0 di Donestk. Perancis akan bertemu Sepanyol di suku akhir dan akan perlu bermain dengan jauh lebih baik jika mereka mahu menewaskan juara bertahan itu.

Pemain gantian Perancis, Jeremy Menez membazirkan peluang terbaik mereka untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-81 tetapi Andreas Isaksson menghalang percubaan beliau dengan kakinya.

Karim Benzema sekali lagi memberikan persembahan yang mengecewakan dan beliau masih belum menjaringkan gol di Euro 2012 setakat ini.






Tuesday 19 June 2012

CARA BUAT DUIT DI INTERNET


Berkongsi cara untuk menjana pendapatan secara online. Ini hanyalah sebahagian, bermacam cara lagi sebenarnya untuk menjana pendapatan secara online (nanti akan dikongsikan). Terpulang kepada kita untuk memilih, anda hanya perlu berfikir untuk memilih salah satu yang paling sesuai dengan kemampuan dan kebolehan anda.

Setiap orang boleh memulakan perniagaan online sendiri di rumah menggunakan salah satu daripada empat (4) contoh berikut.

1. Program Affiliate – Ini adalah cara percuma dan mudah untuk memulakan perniagaan online di rumah. Ramai orang memilih untuk memulakan cara ini kerana anda akan diberikan hampir semua yang anda perlukan untuk memulakan. Satu yang menarik adalah ianya tidak memerlukan modal, hanya perlu belajar bagaimana untuk mengiklan perniagaan anda di internet.

2. Jual di eBay – Ramai orang yang telah berjaya melakukannya. Ianya adalah satu cara perniagaan online yang mudah untuk dimulakan.
Anda hanya perlu untuk mencari produk yang hendak dijual, kemudian buat lelongan diebay. Pelajari cara dan kaedah untuk membuat jualan di eBay kerana ianya memerlukan bebrapa teknik dan rahsia yang akan membolehkan anda menjana pendapatan secara online. Anda tidak akan mengetahuinya rahsia dan kaedah untuk menjual jika anda tidak meluangkan masa untuk belajar.

3. Pereka Website – Tahukah anda bagaimana membina website yang berkualiti? Jika jawapan anda ya, maka anda mempunyai potensi untuk memulakan perniagaan online anda sendiri.
Ramai orang yang memerlukan website mereka sendiri untuk memulakan perniagaan online tetapi tidak mempunyai masa atau tidak mahu belajar bagaimana untuk melakukannya sendiri. Jadi mereka bersedia untuk mencari orang yang mahir untuk membina website.

4. Freelance – Melakukan kerja untuk orang lain dengan kebolehan dan kemahiran yang dimiliki seperti menjadi penulis sambilan, menjadi perunding bebas untuk syarikat dan orang perseorangan yang memerlukan khidmat untuk rekacipta logo dan sebaginya.

Ini hanya beberapa contoh untuk menjana pendapatan secara online yang anda boleh lakukan untuk membantu anda memulakan perniagaan online dirumah yang boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa. Terpulang kepada anda untuk memilih. Apa yang diperlukan ialah sanggup untuk belajar dan memiliki komitmen dan kesungguhan untuk melakukannya mengikut kemampuan dan kebolehan diri sendiri.

KEPUTUSAN EURO 2012 - KUMPULAN C


KEPUTUSAN EURO 2012 - KUMPULAN B


Thursday 14 June 2012

Rahmat dari Kelantan ke Barcelona


Empat pemain yang akan mewakili Asia Tenggara bagi Global Finals Nike 'The Chance' termasuk dari Malaysia telah diumumkan di Jakarta semalam. Mereka yang layak dalah Rahmat Che Hassim (Malaysia), Muhammad Faris Ramli (Singapura), Evan Dimas (Indonesia) dan Napapon Sripratheep (Thailand).

Mereka kini akan diberi peluang untuk berlatih di bawah bimbingan Pep Guardiola di akademi La Masia Barcelona bersama 100 pemain terbaik dari 55 negara yang akan menjalani latihan sementara diuji oleh pasukan dan jurulatih terbaik dunia.

Rahmat Che Hassim yang sangat gembira memberitahu bahawa dia sangat teruja untuk bertemu dengan bintang Barcelona, Lionel Messi.

"Semestinya saya ingin bertemu dengan Lionel Messi."

"Apabila saya bertemunya, saya akan berkata Hi I am Rahmat from Kelantan!"

Nike juga memberitahu bahawa mereka akan memilih 16 pemain terbaik daripada pusingan akhir global untuk latihan jelajah di mana mereka akan bertemu dengan pasukan akademi dari Manchester United, Juventus dan pasukan remaja Amerika Syarikat.

Pada sesi pemilihan di Jakarta semalam, para pemain telah menujukkan bakat mereka di hadapan Ong Kim Swee, V.Sundramoorthy (jurulatih LionsXII), Widodo Chayono Putro (jurulatih Indonesia B21) dan Nophodol Pibulvech (pengarah bola sepak Chonburi FA).

"Berdasarkan perlawanan hari ini (Selasa) kesemua pemenang sangat menyerlah. Dan mereka melakukan segalanya untuk meyakinkan para jurulatih dan mereka layak ke Barcelona," kata Sundramoorthy.

Rahmat Che Hassim yang tidak percayakan nasib baiknya berkata: "Saya tidak percaya kerana ini adalah peluang kedua saya dan saya dipanggil selepas salah seorang dari lima pemenang ini telah dipanggil untuk bersama pasukan kebangsaan.

"Saya juga antara pemain yang tertua di sini dan ini peluang terakhir saya. Saya akan beri yang terbaik di Barcelona."

KEPUTUSAN EURO 2012 KUMPULAN B

Gol kemenangan detik akhir ke atas Denmark hidup semula peluang Portugal dalam saingan Kumpulan maut.
Jaringan pemain gantian, Silvestre Varela tiga minit sebelum tamat memberikan kemenangan Portugal ke atas Denmark 3-2 seterusnya memastikan skuad bimbingan Paolo Bento itu terus bernafas untuk mara dari kumpulan B di Arena Lviv, awal pagi tadi.

Tuesday 5 June 2012

Hazard sah sertai Chelsea


Hampir seminggu selepas mengumumkan beliau telah membuat keputusan untuk berpindah ke Stamford Bridge, pemain Belgium itu telah akhirnya disahkan secara rasmi sebagai pemain Blues.

Hazard dilaporkan berharga £32 juta, sekali gus menjadikan dia pemain kedua paling mahal dalam sejarah Chelsea selepas Fernando Torres.

Kelab itu berkata dalam satu kenyataan di laman web rasmi mereka, www.chelseafc.com: "Chelsea Football Club berasa sangat gembira dapat mengumumkan kami telah bersetuju dengan Lille untuk pemindahan Eden Hazard.

"Pemain berusia 21 tahun itu telah bersetuju kontrak dengan kelab dan hari ini [Isnin] selepas lulus pemeriksaan perubatan.

"Beliau akan menyertai kelab ini pada bulan Julai apabila para pemain kembali untuk latihan pra-musim."

Hazard menambah: "Saya gembira akhirnya saya tiba di sini - ia adalah kelab yang hebat dan saya tidak sabar untuk bermula bermain."

Apabila Chelsea sedang bersiap bersedia untuk mengumumkan pemindahan Hazard, pemain itu sendiri telah memberi satu temu bual dengan stesen radio Perancis RMC, di mana beliau mendedahkan sebab-sebab beliau memilih Chelsea.

Manchester United dan Manchester City menjadi pasukan kegemaran untuk mendapatkan pemain itu sebelum ini, tetapi kemenangan Liga Juara-Juara Chelsea telah menarik perhatiannya.

"Saya menonton akhir Liga Juara-Juara," katanya kepada laman web rasmi Chelsea.

"Apabila mereka memenangi Liga Juara-Juara, saya memberitahu diri saya, 'Mengapa tidak Chelsea?' Hazard berkata, mendedahkan beliau juga merasakan beliau akan mendapatkan lebih banyak masa bermain di Stamford Bridge.

"Ia merupakan satu keputusan yang rumit dengan banyak faktor yang berbeza yang terlibat, tetapi mereka mempunyai pemain-pemain yang hebat dan mereka adalah juara Eropah, juga kerana mereka di London - saya kenal beberapa orang di sini - saya rasa saya telah membuat keputusan yang betul. "

"Chelsea mempunyai musim yang hebat musim lali walaupun kami tidak bermain begitu baik dalam liga," katanya.

"Kami boleh melakukannya dan saya berharap ketika saya di sini kami boleh menang banyak trofi, itulah matlamat saya."

"Sukar untuk memilih antara Chelsea atau United tetapi bagi saya, Chelsea mempunyai projek yang terbaik.

"Pasukan ini masih muda dan saya mempunyai lebih peluang untuk bermain di sini."

Safiq Janji bangkit menentang Singapura


Walaupun sedar pasukan Singapura bukan mudah unruk ditewaskan namun Safiq yakin dia dan rakan sepasukannya akan mempamerkan kemampuan sebenar mereka nanti.

"Ini bukan hanya cakap kosong, saya bersama rakan sepasukan berjanji untuk mendapatkan keputusan yang positif apabila bertemu Singapura nanti," katanya kepada Harian Metro.

"Setiap perlawanan adalah pengalaman baru buat kami. Memang menentang Filipina kami banyak mensia-siakan peluang tetapi dari satu kami akan lebih matang," tambahnya.

Harimau Malaya akan berangkat ke Singapura esok di mana mereka sekali lagi bertandang ke Stadium Jalan Besar yang kali terakhir mereka tewas 3-5 pada perlawanan pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Julai lalu.

"Kami sudah membuat persediaan terbaik untuk menentang Singapura jadi saya harap kami akan mendapat keputusan yang baik tidak kira di tempat lawan atau sendiri," kata Safiq lagi.

Kekalahan Memalukan Portugal di tangan Turki



KETUA Jurulatih Portugal, Paulo Bento mahu pemainnya membina semula keyakinan susulan kekalahan memalukan 1-3 di tangan Turki pada aksi pemanas badan Euro 2012 di laman sendiri, awal pagi semalam.

Selepas perlawanan berakhir, Bento dihentam teruk peminat kerana kekalahan itu tidak boleh diterima memandangkan Turki bukan salah sebuah pasukan yang bertanding di Euro nanti.

Pada perlawanan itu, Umut Bulut meledak dua gol buat Turki manakala pertahanan Portugal, Pepe menjaringkan gol sendiri bagi memberi kemenangan selesa buat pasukan pelawat.

Gol tunggal tuan rumah dijaringkan Nani. Kapten pasukan, Cristiano Ronaldo pula gagal menyempurnakan penalti “Saya fikir ia keputusan yang tidak adil. Apa pun, pemain harus percaya pada diri sendiri dan jangan cepat berputus asa.

“Kami tidaklah bermain teruk cuma gagal menggunakan peluang terhidang. Itu sahaja,” katanya.

Untuk edisi kali ini Portugal diundi dalam Grup B bersama Belanda, Denmark dan Jerman.

Cina Kuasai Perlawanan Menentang Sepanyol

     *Pasukan Sepanyol

Pasukan Cina yang menguasai pembukaan perlawanan dengan Zheng Zhi mensia-siakan dua peluang keemasan setelah menggelecek lepas Iker Casillas kemudian dihalang oleh penjaga gol Sepanyol itu 15 minit sebelum masa rehat.

Juara dunia itu telah meningkatkan permainan dalam separuh masa kedua tetapi tidak bernasib baik dengan percubaan Raul Albiol dan Andres Iniesta terkena tiang dan Zeng Cheng menyelamatkan Iniesta, Silva dan Fernando Torres dengan baik.

Walaubagaimanapun, gol pembukaan akhirnya dijaringkan pada minit ke 84 apabila Iniesta menggelecek lepas empat pemain pertahanan dan memberi bola kepada Silva untuk menyepak masuk gol.

Vicenta Del Bosque telah mendapat peluang untuk memilih pemain Barcelona dan Athletic Bilbao untuk kali pertama sejak persediaan untuk Euros akibat penyertaan mereka dalam perlawanan akhir Copa del Rey minggu lepas tetapi hanya Xavi dan Sergio Busquets telah dipilih dalam pasukan utama.

Pengurus pasukan Sepanyol itu kemudian membuat empat penggantian dengan Victor Valdes, Jesus Navas, Iniesta dan Torres menggantikan Casillas, Xavi, Busquets dan Negredo.

Juara bertahan Eropah ini kini akan ke pangkalan mereka di daerah Gdansk pada hari Rabu sebelum memulakan kempen Euros mereka dengan Itali pada hari Sabtu.

    *Pasukan Cina

Keita Mandjou sertai Red Warriors


Mandjou telah membuat penampilan di Liga Super Malaysia dengan Perak dan akan menyerta pasukan Red Warriors setelah mereka mengakhiri kontrak Onyakachi Nwoha.

"Kami hanya ingin menambah pengalaman dalam Piala AFC tetapi pasukan ini telah meraih pencapaian yang tinggi dengan kecermelangan kami dalam kejuaraan ini." kata pengurus Kelantan Azman Ibrahim kepada New Straits Times.

"Kami perlu penyerang yang lebih mantap selepas Nwoha dilepaskan dan Mandjou calon terbaik. Kami kini mempunyai pilihan serangan yang mahir untuk Piala AFC."

"Kami sedang mencari pemain asing baru tetapi perlu tunggu hingga (June 14) keputusan undian diumumkan. Kami tidak akan menandatangani pemain baru jika pasukan yang kami akan bertentang adalah sama taraf seperti kami."

Kelantan telah sampai pusingan kalah mati Piala AFC dengan hanya lapan pasukan yang tingga setelah menewaskan Terengganu bulan lepas.

Mandjou akan serta dengan penyerang Lebanon Mohammad Ghaddar, pemain Nigeria Obinna Nwaneri - yang tidak akan serta perlawanan suku akhir itu akibat penggantungan - dan pemain Ghana Dennis Antwi.

Undang-undang Piala AFC kini membenarkan pasukan untuk menyertakan empat pemain asing dengan satu dari Asia.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...