nuffnang ads

Follow Us Thanks!

Friday 30 September 2011

Arca Porselin Senggama Minda Kate Macdowell

Wahhhh.....

Ni lah arca yang unik yg pernah aku lihat. First time tengok ni huhuhuhu....


CAYALAH! Misi Safee


Radovic yakin Safee mampu pikat kelab Liga-A dan ia bukan angan-angan kosong; sanggup bantu jika layak

MISHA Radovic beranggapan impian Safee Sali mahu memikat kelab Liga Australia pada perlawanan persahabatan di Canberra 7 Oktober ini sebenarnya bukan angan-angan kosong.
Malah, jurulatih kelab Pelita Jaya FC itu menyuarakan dia tidak mahu bakat milik penyerang sensasi itu tersekat dan sanggup membantu anak didiknya itu hadir dalam Liga-A itu jika benar dia layak.
“Jika dia (Safee) benar-benar layak, saya boleh membantunya untuk beraksi di sana,” kata Radovic ketika Safee mula menyarung jersi Pelita Jaya Mac lalu. “Dia berpotensi untuk menjadi penyerang terbaik rantau ini dan saya tidak akan biarkan bakatnya terhenti di sini.”

Radovic yang berpengalaman hampir 10 tahun mengendali kelab di Australia dan mempunyai ramai kenalan di sana mampu membantu merealisasikan impian Safee kerana dia kagum dengan kegigihan pemain ini membantu kelab Indonesia dalam Liga Super.

Safee sudah menyumbat tujuh gol dalam 13 penampilan pertamanya di Pelita Jaya.

Safee turut mendapat peluang berlatih bersama kelab Inggeris, Cardiff City yang dimiliki usahawan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee, tetapi selepas dua minggu berada di sana, Safee hanya beroleh peluang 10 hari untuk mempamer kemampuannya. 

Coretan : B.Harian

CAYALAH! Libas berapi!



Biar pun disamakan dengan filem Shaolin Soccer, filem arahan Jurey Latiff Rosli, Libas tetap ada keistimewaan dan tampil dengan idea yang segar.

Membabitkan kos RM2 juta, filem yang sudah tujuh tahun diperap ini dilihat mengangkat kembali permainan tradisi, sepak takraw yang menurut Jurey semakin lama dilupakan kewujudannya terutama anak muda.

Menyedari fenomena itu, Jurey muncul bersama satu misi, memartabatkan permainan tersebut agar kembali dikenali menerusi medium dan penyampaian kreatif, melalui filem.


Plot penceritaan, Libas sarat dengan unsur komikal yang mampu menggeletek perut mereka yang menonton dari awal hingga ke akhir. Namun, inti pati penting cerita ini tentang kecintaan dan semangat membara mempertahankan maruah negara dari tewas di tangan musuh, dan takraw dijadikan simbolik, gelanggang takraw pula medan perangnya.

Penggunaan imej janaan komputer (CGI) yang banyak digunakan nyata membantu menjadikan teknik permainan dan pergerakan takraw nampak real. Mata boleh tertipu dengan kelincahan Rosyam melibas takraw, kelicikan Johan mengimbang bola keranjang, teruja dengan kehebatan Scha yang mampu membalun dua lelaki yang mengusiknya.

Mutu lakonan hero filem Malaya, Rosyam Nor tidak perlu disangkal lagi. Bagaimanapun, kehebatan Rosyam tidak menengelamkan lakonan Scha Al Yahya. Malah, Scha sebagai Ratna, kekasih Rosyam tampak serasi dalam menterjemahkan perwatakan dua insan sedang bercinta walau realitinya jarak umur kedua-dua pelakon ini jauh berbeza.

Kehadiran pelakon seperti Johan, dan pelakon baru, Fadzly Kamarulzaman membuatkan filem ini sarat dengan aksi komedi yang spontan dan membuatkan pelakon tidak kering gusi. Selain itu, filem ini turut dibarisi pelakon hebat seperti Beego, Zabri Ibrahim, Yuswaisar dan Adam Corrie Lee.

Libas mengisahkan Adnan Saladin seorang Raja Libas dalam permainan sepak takraw (Libas), dia digelar sebagai Raja Libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan, terutamanya dari pasukan Siam (Thailand). Kecederaan berlaku mengakibatkan tekong Malaysia (Dali) parah apabila Libas gagal menampan libasan kuat AK Nangkhon lalu terkena dadanya.

Akibatnya, Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga jurulatih itu sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan anaknya, Ratna.

Raja Libas resah apabila Mr Wilson menawarkan perlawanan Libas lebih awal dari selalunya untuk mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran lumayan diberikan kepada pasukan Thailand demi mendapatkan bola warisan tersebut daripada Raja Libas.

Bagi mengekang kehebatan pemain Thailand, Raja Libas mencari pemain baru dan mengumpulkan regu pasukan yang terdiri daripada Megat (pemain lama), Hamadi dan Kumok. Di perlawanan akhir, Malaysia dibelasah teruk oleh Thailand. Mampukah Raja Libas mempertahankan maruah negaranya?

Coretan Hiburan : Kosmo

Cerita Lawak..

Cerita Lawak : Muntah

Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.

“Kenapa nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.

“Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.

“Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”

Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,”Boleh nek, tapi kenapa?”

Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”


Cerita Lawak : Buang Anak

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid…?
Pak Majid:Hmmmmmmm… Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya…
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid: Hmmmm….Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu….Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!
Pak Abu: HEHEHEHEHE….


Cerita Lawak : Robot Kesan Bohong

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu…

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

“Kamu dari mana?” tanya Samad.
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

“Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
“Maaf ayah… saya baru habis memonton movie di rumah kawan…”.
“Cerita apa?
“Cerita Papadom ayah”.
*PLANG*
“Katakan dengan jujur cerita apa?!”
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.

Mendengarkan itu marahlah Samad.
“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…”

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…

Thursday 29 September 2011

CAYALAH! Bugatti Veyron L'Or Blanc : Kereta Diperbuat Dari Porcelain

USD 2.4 juta

Dibawah ni ialah Bugatti Veyron L'Or Blanc , kereta super ekslusif oleh Bugatti yang badan dan hiasan dalamannya diperbuat dari porcelain, CAYALAH!...Bugatti bekerjasama dengan Königliche Porzellan-Manufaktur , sebuah syarikat pembuat tembikar mewah bagi menghasilkan kereta one of a kind ini. L'Or Blanc bermakna Emas Putih dan macam emas putih Bugatti Veyron L'Or Blanc dijual dengan harga USD 2.4 juta! Gila! Kalau eksiden pecah macam porselin juga kah? pikir2 kan lah...hurmmm






Credit : autoblog


Wednesday 28 September 2011

Life-size Lego SUV is as impractical as it is awesome

Magnesium engine blocks? Yesterday's news. Carbon-fiber bodywork? Puh-lease. No, the latest and greatest exotic material to grace Ford's 2012 production range isn't some space-age alloy. Instead it's something that'll already be familiar to parents nationwide: Lego bricks.


OK, so this awe-inspiring, life-size model doesn't actually drive anywhere. In fact, the doors don't even open. But it's none the less impressive for that. Created to mark the launch of Ford's latest Explorer SUV (and the upcoming opening of the world's largest Lego theme park), the model was constructed by a Connecticut-based team of 22 master builders, a task which took some 2,500 hours. In its finished state, it weighs over 2,600 pounds, more than half as much as the real car -- although about a quarter of its mass is down to a huge aluminum base that strengthens and supports the structure.

But don't try building it at home. In total, the Lego Explorer uses about 380,000 bricks -- which, at a typical market rate of about ten cents per brick, would cost nearly $40,000. And yes, that's indeed more than enough to buy you an actual, drivable new-model Explorer, with enough left over to spec out some nice options.

Instead, if you want to see Lego's Explorer in person, just head for Legoland's new 150-acre theme park in Orlando, Florida, which opens on October 15. And if you want to see the actual Ford Explorer in person, it's probably easiest to just head for your nearest Little League soccer game.

Credit to : Yahoo Search

CAYALAH! KERETAPI PALING MEWAH DI INDIA

Maharajas Express ialah perkhidmatan keretapi mewah yang ditawarkan di India. Ia mempunyai 5 koc deluxe, 6 koc suite kecil, 2 koc suite besar dan satu koc kelas Presiden. Kesemua bilik didalam koc ini dihiasi dengan cukup mewah sekali dan untuk koc suite dan presiden dilengkapi dengan tandas persendirian lengkap dengan tab mandi! Bagi menunjukkan lagi kemewahan Maharajas Express mempunyai 2 koc dewan makan yang juga dihiasi macam rumah pegawai kerajaan korup makan duit rakyat. HAHAHA.


No seriously memang mewah gila Maharajas Expres ini. Selain hiasan dalaman yang opulent pihak Maharajas Exprees menyediakan seorang butler bagi setiap bilik kelas presiden dan suite besar. Kelengkapan skrin LCD dan internet jalur lebar juga disediakan. Harga tiket Maharajas Express ialah diantar USD800-2500 sehari. Termasuk dalam pakej mewah ini ialah perkhidmatan pemandu pelancong disetiap bandar keretapi ini berhenti. Maharajas Express ialah inisiatif kementerian pelancongan India bagi menarik pelancong kaya yang mahu mengembara keserata India dalam keadaan mewah dan selesa. Amaciem? Ada duit lebih?




CAYALAH! KELATE JUARA KUMPULAN C


Penyerang prolifik Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha seolah – olah melepaskan geram apabila menjaringkan dua gol ketika membenam Felda United 2 – 0 di Stadium Sultan Mohamed Ke – IV semalam. Apakan tidaknya setelah dimalukan Felda United tempohari Norshahrul tampil untuk membalas dendam dengan menjaringkan gol untuk pasukan Kelantan.


Bermula pada separuh masa pertama, Kelantan jelas dilihat menguasai permainan dengan melancarkan serangan berrtubi – tubi ke arah pintu gol Felda United dengan diketuai oleh Muhd Badhri Radzi. Semasa serangan dibuat Norshahrul dilihat banyak mempunyai peluang untuk menjaringkan gol tapi berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan Felda United.


Felda United sekali sekali sekala membuat serangan balas ke arah pintu gol Kelantan tetapi berjaya dipatahkan oleh kekentalan pemain muda yang berasal dari Pengkalan Chepa iaitu Mohamad Abdul Aziz Ismail aka Mat. Pemain ini terus kebal mempertahankan kubu pasukan Kelantan dengan mematahkan serangan – serangan berbahaya dari pasukan Felda United.


Credit to : Bola Malaysia




Informasi berkaitan Pasukan Kelate akan di updated di blog ini mulai hari ini & berita baru yang berkaitan dengan pasukan akan di updated serta merta untuk perkongsian bersama.. TQ

Empire Gallery Meletop....

SUBANG JAYA: Two people were injured while more than 300 people rescued and evacuated when an explosion occurred inside the Starbucks outlet at the Empire Subang here early Wednesday.


Four people, who were trapped in the lower ground floor of the shopping complex that also houses a boutique hotel, were rescued by firemen from the Subang Jaya Fire and Rescue Department.

The 3.45am gas tank explosion that happened at the outlet located on the lower ground floor also damaged two other floors of the complex.

The injured, a Nepali security guard and a local who sustained cuts caused by falling shattered glass, were sent to the hospital for treatment


Subang Jaya Fire and Rescue Department station chief Mohd Khairi Daud said firemen from Subang Jaya were assisted by their colleagues from PJ and surrounding areas in evacuating the hotel guests numbering more than 300 people.


Petikan : The Star Online


Tuesday 27 September 2011

Iklan Ajinamoto


Bila aku tengok iklan ni lucu pon ada hahaha..so aku nak kongsi with u all..

CAYALAH! KRU kuarkan citer baru (Cinta Kura-Kura)

Starring:
Tiz Zaqyah, Aeril Zafrel, Zizan Razak (Raja Lawak), Shy8 (Ucop Wilcha), Fara Fauzana, Fizz Fairuz, Bob AF2, Norhayati Taib, Munir, Harun Salim Bachik, Tauke Raja Lawak, Daus AF8



Coming Soon 2012‎
Cinta Kura-Kura a romantic comedy written and directed by Nizam Zakaria

CAYALAH! Lion King kekal No.1


LOS ANGELES - Filem Lion King 3D terbitan Walt Disney menduduki carta box-office buat minggu kedua berturut-turut dengan kutipan dianggarkan sebanyak AS$22.1 juta (RM70.33 juta).

Anggaran kutipan itu dibuat oleh studio tersebut pada Ahad lalu.

Filem itu mengatasi filem lakonan aktor Brad Pitt yang berjudul Moneyball terbitan Sony Pictures dengan kutipan sebanyak AS$20.6 juta (RM65.65 juta).

Berada di tempat ketiga ialah filem terbitan Warner Bros yang berjudul Dolphin Tale dengan kutipan sebanyak AS$20.3 juta (RM64.60 juta).

Dolphin Tale dibintangi oleh Harry Connick Jr., Ashley Judd dan Morgan Freeman. Filem Abduction menduduki tangga keempat dengan kutipan sebanyak AS$11.2 juta (RM35.64 juta) manakala Killer Elite berada di tangga kelima dengan kutipan sebanyak AS$9.5 juta (RM30.23 juta).

Berada di tempat keenam ialah filem Contagion yang mendapat kutipan sebanyak AS$8.6 juta (RM27.37 juta) manakala Drive menduduki tangga ketujuh dengan kutipan sebanyak AS$5.8 juta (RM18.45 juta).

Laporan asal : Kosmo

Monday 26 September 2011

CAYALAH! 10 juta unit Galaxy S II Terjual di Pasaran...


SEOUL - Penjualan telefon pintar Galaxy S II keluaran gergasi kedua pembuat telefon bimbit dunia, Samsung Elektronik semalam menyatakan sebanyak 10 juta unit sudah dijual sejak ia dikeluarkan pada April lalu.

Penjualan model baharu telefon pintar itu dari peningkatan versi terdahulu meningkat dua kali ganda selepas melepasi penjualan lima juta unit pada Julai lalu.

Gajet terkini itu dikeluarkan di pasaran tempatan pada 29 April lalu manakala di Eropah pada Mei lalu.

Telefon pintar Galaxy S II itu kemudiannya memasuki pasaran China pada Julai lalu sebelum mendominasi pasaran Amerika Syarikat pada September lalu.

"Hanya dalam masa lima bulan, penjualan Galaxy S II meningkat dengan mendadak, sekali gus sebagai refleksi sokongan yang kuat daripada rakan kongsi yang lain," kata ketua unit peranti telefon bimbit, JK Shin.

Penjualan di Korea Selatan sahaja mencapai 3.6 juta unit diikuti sebanyak 3.4 juta unit di Eropah dan 2.3 juta unit lagi di seluruh rantau Asia.
Laporan asal : Kosmo

CAYALAH! JUSTIN BIEBER TEMPAH STADIUM TONTON TITANIC


Justin Bieber membuktikan cinta kepada kekasih hatinya, Selena Gomez apabila dia telah menempah seluruh arena Staples Center semata-mata untuk menonton filem romantik, Titanic.

Pada malam itu, selepas menonton konsert Demi Lavato di arena bersebelahan, Nokia Theater, Justin terus mengajak Selena ke Staples Center menerusi laluan bawah tanah. Sejurus sampai, pasangan ini disambut dengan bunyi deruan ombak dan seterusnya lagu popular nyanyian Celine Dion, My Heart Will Go On.

Selena yang tidak mengetahui apa-apa nyata terharu dengan kejutan yang diatur oleh Justin.

Laporan asal : Media Hiburan

Sunday 25 September 2011

CAYALAH! CHONG WEI ke Final...


TOKYO – Juara bertahan, Datuk Lee Chong Wei mengesahkan tiket ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun selepas menewaskan pemain Denmark, Peter Gade 21-13, 21-16 pada peringkat separuh akhir semalam. Pemain No. 1 dunia itu mudah melepasi tentangan hebat daripada pemain Denmark yang berusia 34 tahun itu.

“Peter adalah seorang pemain yang hebat. Saya rasa ia agak sukar untuk mengatasinya secara fizikal. Saya hanya perlu bermain dengan tenang dan cuba untuk menyerang apabila mempunyai peluang. “Saya mempunyai hanya satu perlawanan lagi untuk diharungi dan berharap rentak cemerlang ini berterusan pada final esok (hari ini). Saya akan cuba untuk melakukan yang terbaik dan kalau boleh menjulang gelaran juara,” ujarnya.

Pada edisi tahun lepas, Chong Wei muncul juara Terbuka Jepun selepas mengalahkan Lin Dan pada perlawanan akhir. Sementara itu hasrat Chong Wei untuk berdepan Lin Dan pada final hari ini tidak kesampaian kerana juara dunia dari China itu mengambil keputusan menarik diri semalam akibat kecederaan. Keputusan Lin Dan itu membolehkan rakan senegaranya, Chen Long melangkah ke final. “Saya kecewa kerana tidak dapat meneruskan permainan dan saya juga tidak berani untuk mengambil risiko,” kata Lin Dan.

Laporan asal : Kosmo

Saturday 24 September 2011

CAYALAH! : Konsep Bangunan Pencakar Langit Berlohong Di China

Di provinsi Hunan China bakal terbina 10 menara yang dipanggil projek Haikou. Sebuah pertandingan reka bentuk dianjurkan dan akhirnya rekaan konsep dibawah terpilih. Menara pencakar langit yang mempunyai ketinggian antara 150 hingga 450 meter ini mempunyai lohong ditengah-tengah. Lohong ini memberikan pencahayaan dan sistem penyejukan semula jadi. Cayalah...


Projek ini pastinya akan mengagungkan semua lapisan masyarakat dunia dan merupakan projek yang terbesar dilakukan oleh Pembesar China..



Friday 23 September 2011

CAYALAH! NABIL :Video Pra Perkahwinan Nabil & Nazirah Ayub




Bagi anda yang masih tidak tahu ataupun sudah lupa, Nabil (Raja Lawak) akan bernikah dengan buah hatinya, Nazirah Ayub pada 30 September ini dan akan melangsungkan majlis resepsi pada 2 Oktober di I-City, Shah Alam.

Pasti pihak Nabil dan pihak Nazirah Ayub sedang sibuk membuat persiapan terakhir sekarang ni. Maklum sajalah, hanya tinggal lebih kurang 10 hari sahaja lagi majlis penyatuan Nabil dan Nazirah akan berlangsung.

Sebelum berlangsungnya majlis pernikahan Nabil dan Nazirah itu, pihak LhmediaTV telah menghasilkan sebuah video yang diberi tajuk The Proposal, Raja Lawak menjadi Raja Sehari sebagai video pra perkahwinan. Enjoy!

nak tengok Video masuk page ni : vimeo


CAYALAH! USS New York : Kapal Dibina Dari Besi Runtuhan WTC

Pertama sekali sebanyak 185,101 TAN besi dikutip dari tapak Ground Zero. Proses pembersihan tapak mengambil masa yang agak lama dan hanya siap sepenuhnya pada March 2003! Kesemua kesan runtuhan WTC dipindahkan ke sebuah bekas tapak pembuangan sampah yang dipanggil Fresh Kill. Ianya terletak di Pulau Staten, New York. Fresh Kill mungkin nama yang agak "macabre" untuk dijadikan kawasan pelupusan runtuhan WTC tetapi "KILL" disini bukan bermaksud bunuh. Fresh Kill sebenarnya berasal dari bahasa Belanda yang bermaksud Anak Sungai . Yep.. KILL ialah anak sungai dalam bahasa Ruud Van Nistelrooy.


Anyway Fresh Kill dijadikan pusat pelupusan kesan runtuhan kerana ianya terletak hampir dengan Ground Zero. Sisa-sisa WTC diangkut menggunakan tongkang ke Fresh Kill. Sepanjang proses pelupusan kesan runtuhan berpuluh ribu sisa tubuh manusia ditemui. Sepuluh tahun selepas 911 masih terdapat lebih 12 000 sisa tubuh manusia yang masih tidak diketahui siapa pemiliknya kerana kesukaran mendapatkan profil DNA. Sisa tubuh ini disimpan dengan harapan ada teknologi di masa hadapan yang membolehkan pengenalpastian kelak.

Terdapat juga besi WTC dijual sebagai besi sekerap kepada syarikat besi sekerap di China danIndia. Sebagai contoh 50 000 tan besi dijual kepada syarikat BAOSTEEL dari China. Penjualan ini menimbulkan kemarahan warga New York yang merasakan besi WTC tak sepatutnya dijual apatah lagi kepada syarikat asing. Untuk menambahkan kemarahan besi WTC ini dijual pada hargaUSD120 per tan sedangkan harga pasaran pada ketika itu ialah USD 160 per tan.


Tapi tak semua besi WTC dijual. Sebagai contoh pada tahun 2003 tunjang haluan kapal USS New York dibina dari 7.5 tan besi WTC. USS New York ialah kapal pengangkut kapal amfibia dan Boeing Osprey milik Tentera Laut Amerika dan digunakan dalam misi "menentang keganasan" mereka di Iraq. Bebarapa tan besi WTC juga disimpan di hangar Lapangan Terbang John F Kennedysebagai bahan sejarah manakala lebihan yang masih tinggal ditanam di Fresh Kill.

CAYALAH! Tenjin Hidetaka :Pelukis Macross Kegilaan Generasi 80'S

Kamu bukan seorang 80's kid kalau kamu tak minat siri Macross. Tak complete juga kalau kamu tak ada toy Valkyrie dari anime ini. Tenjin Hidetaka ialah artis yang bertanggungjawab melukis box art untuk mainan Valkyrie yang kamu beli dengan harga ratusan ringgit itu. To be honest back in 1988 I bought a die cast 1:48 scale Valkyrie for RM76. Ntah kenapa skang the same toy will cost me close to RM500. Anyway sila enjoice lukisan Valkyrie Tenjin Hidetaka.






Laporan asal : conceptships

CAYALAH! : Infografik - Perbandingan Antara Bill Gates Dan Steve Jobs


Dua tokoh IT yang sering diperkatakan ramai adalah Bill Gates dan juga Steve Jobs yang mana masing-masing telah menubuhkan syarikat gergasi iaitu Microsoft dan juga Apple. Kini, melalui sebuah infografik ringkas, kedua-dua tokoh IT ini dibandingkan, memperlihatkan serba sebanyak info berkaitan mereka, daripada tarikh lahir sehinggalah kepada bila mereka menjana wang 1 billion yang pertama.

Cerita dari : webdesignshock

CAYALAH! - Zizan Hubungi Ustaz Azhar Idrus Minta Penjelasan...


Dalam ceramah Ustaz Azhar Idrus baru-baru ini ada yang memberitahu bahawa Zizan ada menghubunginya melalui telefon dan bertanyakan pendapat Ustaz Azhar mengenai isu yang semakin hangat dibicarakan iaitu isu penghinaan kepada Islam dan Rasulullah melalui filem arahan Ahmad Idham, Hantu Bonceng.

Zizan yang amat sedih kerana dibenci oleh orang ramai kerana filem tersebut, memohon agar Ustaz Azhar Idrus menjelaskan tentang apa benar tingkah lakunya di dalam filem itu benar-benar salah atau tidak.





Berikut adalah penjelasan Ustaz Azhar Idrus kepada yang disampaikan semula kepada umum melalui sebuah ceramah sebagai perkongsian dan peringatan untuk kita bersama :

"Boleh jadi ianya niat nak mempersendakan atau sekadar sebuah lakonan. Penulis skrip dan pengarah perlu merujuk dahulu dari pejabat agama atau jawatan kuasa fatwa. Skrip'nya boleh jadi ingin mempersendakan islam dan boleh jadi tidak berniat mempersendakan islam.Apapun kalu bukan niat nak mempersendakan Islam, tetap haram juga kerana memberi fitnah. - Ustaz Azhar Idrus"

CAYALAH! - Stadium Bukit Jalil, stadium yang ke-9 terbesar di dunia


Stadium Bukit Jalil
Stadium Bukit Jalil merupakan stadium yang ke-9 terbesar di dunia.
Di bina pada tahun 1994 dan siap pada 1998.
Berkapasiti 100,200
Jadi,Malaysia vs Syria 25 November nie jom la penuhkan stadium!

CAYALAH! - Iklan Untuk Permainan Kit Tamiya


Brilliant!

In ialah siri iklan percetakan bagi syarikat permainan kit plastik TAMIYA oleh Ogilvy and Mathers. Dengan menggunakan tagline "Tamiya - Put it together" iklan ini memberi suggestion that if you put these plastic together you can solve the Moon Landing, Elvis's Death, JFK Assasination. Marilyan Monroe's Death and Roswell UFO crash mystery on your own. I like this a lot! 



Cerita dari : adsoftheworld

Thursday 22 September 2011

CAYALAH! - Ramli harumkan nama Malaysia ^_^

CAYALAH! : Khairul Fahmi (Apex) Penyelamat Maruah Malaysia



SKUAD bola sepak negara berjaya mengelak daripada kekalahan besar apabila hanya tewas 0-2 kepada Jepun pada aksi pembukaan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Stadium Tosu, Fukuoka, semalam.
Terima kasih kepada penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya sembilan percubaan bahaya pasukan tuan rumah di babak pertama dan empat di babak kedua.
Jika tidak kerana kecemerlangan Fahmi, Malaysia hampir pasti menjadi ‘lauk’ kepada pasukan Samurai Biru yang seperti dijangka menguasai sebahagian besar permainan.




PEMAIN negara Mahali Jasuli (kiri) dikawal ketat dua pemain Jepun di perlawanan kelayakan 
Olimpik 2012 Malaysia bertemu Jepun bagi Kumpulan C di Stadium Tosu , Fukuoka.



PELAJAR Malaysia penuh bersemangat mengibar Jalur Gemilang untuk memberi
 sokongan kepada pasukan negara di depan penyokong Jepun, semalam.


Anak didik Kim Swee akur keperkasaan Jepun
TEMPIAS ‘taufan Roke’ di Fukuoka, malam tadi seperti menceritakan betapa barisan Harimau Muda karam di Stadium Tosu ketika terpaksa akur kepada keperkasaan Jepun yang turun selaku kuasa bola sepak Asia untuk merakamkan kemenangan 2-0.
Jelas perlawanan pembuka tirai Kumpulan C, saingan kelayakan Olimpik di Wilayah Saga, Kyushu, malam tadi menjadi dominasi anak didik Takashi Sekizuka yang menguasai penuh saingan 90 minit di bawah cuaca sejuk - sekali gus menuai tiga mata berharga dalam kumpulan yang turut membabitkan Syria dan Bahrain.
Realiti yang terpancar selepas wisel penamat dibunyikan pengadil Abdullah Balideh dari Qatar adalah anak didik Ong Kim Swee harus banyak belajar andai mahu memastikan sasaran tangga kedua kumpulan untuk beraksi dalam play-off, andai ia menjadi kenyataan kelak.

Tuan rumah bergelar Samurai Muda yang berhak menang atas persembahan padu di hadapan 22,504 penyokong mereka mengesahkan mata penuh menerusi ledakan Keigo Higashi pada minit ke-10 dan Yamazaki Ryohei (m-75).


Petikan : Berita Harian


CAYAILAH! - Brigette Jordan : Wanita Terpendek Dunia


Ketinggian Bukan Penghalang

Michelle Jordan (22) dari Illinois USA , ialah wanita terpendek dunia mengikut buku rekodGuiness. Pada ketinggian 2 kaki 3 inci beliau merampas takhta wanita terpendek didunia dari Elif Kocaman berasal dari Turki. Beliau dan abangnya Brian sudahpun memegang rekod sebagai pasangan adik beradik terpendek dunia dengan ketinggian bersama 5 kaki 5 inci. Kependekkan mereka adalah disebabkan oleh Majewski Osteodysplastic Primordial Dwarfism type II. Sunnguhpun begitu wanita tabah ini tidak menggunakan kependekkan beliau sebagai alasan untuk tidak enjoy life. Beliau seorang pelajar kolej yang aktif dan believe it or not seorang ahli cheerleaderKolej Kaskaskia yang dihadirinya. Respect! Takhta beliau sebagai wanita terpendek dunia hanya akan kekal jiak REMAJA terpendek dunia Jyoti Amge (17) dari India tidak membesar. Tinggi Jyoti Amge kini ialah tepat 2 kaki!


Laporan dari : Dailymail

CAYALAH! : Dato' Siti Nurhaliza Terbit Program REALITI



Kejayaannya menerbitkan konsert Satu Suara pada tahun 2010 yang lalu di Istana Budaya mendorong penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza untuk menerbitkan sebuah program realiti nyanyian.

Bezanya, program yang diberi judul 'I-Klon' ini mencarai peserta yang boleh menyanyi dan meniru gaya artis idola pilihan mereka.

Dato' Siti Nurhaliza yang ditemui ketika rakaman peringkat akhir program berkenaan memberitahu yang I-Klon merupakan program hiburan yang akan memberikan kesan kepada industri hiburan. "Idea asal program ini adalah daripada RTM dan SNP dipertanggungjawabkan untuk mengolah konsep program ini. Meskipun konsepnya adalah meniru idola masing-masing, namun saya percaya ia akan memberikan kesan kepada industri hiburan kita."Saya juga percaya, para peserta yang terlibat akan ada tempat dan peluang di luar
sana berdasarkan mutu dan kualiti yang dimiliki," ujar Siti selepas tamat sesi rakaman tersebut.

Program I-Klon merupakan terbitan Siti Nurhaliza Production (SNP) dan RTM memulakan pencarian pesertanya sebelum bulan Ramadan lalu. Selama dua hari sesi uji bakat dijalankan, kira-kira 100 orang peserta yang terdiri daripada muda remaja hadir menunjukkan bakat mereka.

Daripada jumlah tersebut, seramai 16 orang peserta sahaja yang terpilih ke peringkat saringan seterusnya dinilai untuk ke peringkat separuh akhir dan akhir. Manakala, lima peserta terbaik akan berentap diperingkat akhir.

Petikan : Media Hiburan

CAYALAH! - ITattoo : Casing IPhone Yang Cool (5 Gambar)

Pengguna iPhone gemar menunjuk logo epal dibelakang telefon selular mereka. Most of the time casing yang mereka beli hanya ada lubang untuk menunjukkan logo. Casing iTattoo dibawah berlainan kerana rekaannya membuatkan aku melihat logo Apple dari sudut yang berbeza. Sangat creative! Terdapat enam rekaan semuanya dan setiap casing dijual dengan harga EURO 35 sebuah


Laporan asal : Blog Serius

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...