nuffnang ads

Follow Us Thanks!

Monday 31 October 2011

Iklan yang best








Pelumba Tidak Takut Mati




KEMATIAN pelumba MotoGP Itali, Marco Simoncelli di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad lalu mengejutkan peminat sukan bermotor untuk dua minggu berturut-turut.
Simoncelli dari pasukan Honda hilang kawalan pada pusingan kedua menyebabkan dia terjatuh sebelum dilanggar Colin Edwards dan Valentino Rossi. Perlumbaan itu terpaksa dibatalkan.

Kematian Simoncelli berlaku seminggu selepas pelumba kereta British, Dan Wheldon - juara dua kali lumba kereta Indy 500, terbunuh selepas 15 buah kereta terlibat dalam kemalangan di Litar Pemotoran Las Vegas, Amerika Syarikat.

Penunggang Sepanyol, Dani Pedrosa berkata: "Kita seringkali lupa betapa bahayanya sukan ini dan apabila kita kehilangan seseorang ia seperti tidak memberi apa-apa makna."

Juara baharu MotoGP, Casey Stoner menambah: "Apabila perkara seperti ini berlaku ia mengingatkan anda tentang begitu berharganya hidup, ia membuatkan saya rasa sakit di dalam."

Simoncelli yang menjadi juara dunia 250cc pada tahun 2008 menyertai MotoGP pada tahun 2010. Dia mendapat tempat kelapan tahun lalu. Kematiannya merupakan insiden kehilangan terbaharu dalam MotoGP selepas pelumba Jepun, Daijiro Katoh terbunuh dalam kemalangan di Grand Prix Jepun 2003.

Topi keledar yang dipakai Simoncelli tercabut. Casey Stoner, yang menjuarai GP Australia buat kali kedua tiga minggu lalu berkata: "Kejadian topi keledar tercabut merupakan satu petanda buruk."

Insiden topi keledar Simoncelli tertanggal itu merupakan fokus utama pasukan penyiasat kini.

Sumber : kosmo

Cayalah! Wanita Dedah Payudara


Dua wanita yang mendedahkan payudara dalam satu tunjuk perasaan menentang pelancongan seks, pelacuran dan penjualan minuman keras semasa Pusingan Akhir Kejohanan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah berlangsung pada tahun depan ditangkap polis di sini kelmarin.

Kedua-dua mereka yang tidak memakai baju dan hanya berseluar panjang membuat tunjuk perasaan tersebut di depan Stadium Arena Lviv.

Mereka yang merupakan anggota hak asasi wanita yang dikenali sebagai FEMEN membuat tunjuk perasaan itu sebelum majlis pembukaan stadium berkenaan berlangsung.

Stadium itu menjadi salah satu lokasi pertandingan kejohanan tersebut.

sumber : kosmo

Kelajuan & Bil Internet di Seluruh Dunia

Internet...Suatu yang sememangnya menjadi kegilaan sumer orang... 

Menurut Grafik di atas, Negara yang mempunyai kelajuan internet terpantas ialah negara Jepun dengan 61mbps diikuti Finland, Sweden dan France... 

Saturday 29 October 2011

Infograpic "The Anatomy of an Agency"

Ya siri infografik dtg lagi kini mengenai pekerja di opis. Tengok-tengok mana tau ade cite ttg korang ke kawan korang kat opis. betul ke org keje cam akauntan , copywriter dll perangai cam nie hehehe layan je la.


kredit untuk Grip Limited

Maharaja Lawak Mega

Buat sapa takde Astro Warna cam saya mari la kite layan bersama-sama video nie huhuhuhu. Jom tengok.

Kumpulan Boboi

Kumpulan Comel



Friday 28 October 2011

Pandangan masa depan dari kaca mata Microsoft dan Research In Motion (RIM)

Baru-baru ini microsft dan Research In Motion telah mengeluarkan video bg membayangkan masa depan pengkomputeran kita. So cite banyak tak guna korang layankan je video dari dua gergasi teknologi kini untuk memahami masa depan pengkomputeran dunia. Cewaaah macam tukang tilik plak rasanyer tengok masa depan hahahahaha


Pandangan Microsoft


Pandangan Research In Motion (RIM)

kredit video Youtube

Les Copaque kembali Pada Zaman Dahulu

Upin dan Ipin dah famous dibeberapa buah negara dan ramai kanak2 sukakan cerita ni..xhairan lah kan jika ada remaja dan ibubapa yang tumpang sekaki layan citer ni...nak dipendekkan citer ada 1 lagi keluaran cerita animasi dari company yang sama iaitu Les Copaque..mesti bestkan citer tu..apa tak nye bila kita tengok Upin dan Ipin kita dah taw keupayaan company sama hasilkan cerita yang lain..siri animasi terbaru mereka bertajuk Pada Zaman Dahulu. Melalui siri animasi Pada Zaman Dahulu, Les Copaque membawakan kisah-kisah rakyat yang popular dalam bentuk animasi, dan mempersembahkannya dalam bentuk yang menarik.

                                                           Promo Pada Zaman Dahulu :
 

Secara ringkasnya, Pada Zaman Dahulu akan mengisahkan mengenai Sang Kancil yang bijak pandai dalam menjalani pengembaraannya, bertemu dengan pelbagai watak-watak menarik yang lain. Kisah hidup Sang Kancil itu dikisahkan oleh sorang datuk kepada cucu-cucunya.

Watak2 dalam animasi Pada Zaman Dahulu :







Menurut pihak Les Copaque sendiri, mereka telah mengubah cara render animasi untuk Pada Zaman Dahulu, menjadikannya lebih menarik. Buat masa ini, tarikh pelancaran dan tayangannya di Malaysia masih lagi tidak diketahui lagi, namun pihak Les Copaque dijangka akan memperlihatkan beberapa sedutan daripada animasi itu kepada umum tidak lama lagi.

Diantara Contoh Render dorang :







nak taw best ke tak cerita ni jom kita saksikan bersama adik masing2 or ngan anak masing2 huhuhu...hanya di TV alhijrah...27 November 2011 ini....


sumber : Les Copaque & amanz

Kelebihan dan Kekurangan iPhone 4S


Semua tau kan Apple telah mengeluarkan smart phone edisi terbarunya beberapa bulan lalu..Sayangnya smart phone terbaru dari apple ini tidak dapat menginjakan diri ke tahap terbaik kerana ia masih mempunyai kelemahan..

Diantara Kelebihannya :

1.Video Call : Two sided camera
Kini menggunakan video call jadi semakin simple dengan aplikasi Facetime iPhone4,
Aktifkan video call hanya dengan sebuah tombol yang disediakan ketika anda menerima panggilan
bertuliskan ‘Facetime’. Sentuh saja anda akan dapat berinteraksi secara langsung dengan video call.
Selain itu fungsi portrait dan landscape juga dapat anda pilih ketika panggilan video call.

2. Retina Display
Apa itu retina display?. Apple menyebut teknologi terbaru layar LCD nya dengan retina display,
itu kerana resolusi yang ditampilkan oleh iPhone4 sangat tajam, iaitu 960 pixel x 640 pixel
dengan Contrast rasio 800 : 1. Mereka juga mengaplikasikan teknologi IPS (in plane switching) dimana teknologi ini juga digunakan pada Apple LED Cinema Display dan iPad. Dengan ukuran layar LCD yang berukuran 3,5inch ditambah pula resolusi hingga 960 x
640 mendatangkan ketajaman dan gambar yang terang dari segi warnanya.

3. HD Video Recording
Kini teknologi sudah mulai masuk era HD, kecepatan internet semakin cepat dan pesat,
persembahan HD oleh iPhone4 yang mana ia dapat merakam gambar bergerak
30 frame persaat dengan ketajaman gambar hingga 720p, kerjasama yang luar biasa
antara processor A4 dapat membuatkan hasil yang menarik. Apple juga menjanjikan tata pencahayaan automatic yang baik pada iphone4. Processor A4nya juga sangat baik untuk melakukan editing video hd dengan iphone4 anda, yang mana boleh melakukan editing pada PC, memotong gambar dan mengkombinasikan video satu dengan lainnya. Dengannya anda boleh menhantarnya kemana2 web social yang anda perlukan seperti blog dan facebook.
Iphone 4 juga mempunyai aplikasi hubungan untuk menampilkan video hingga
resolusi 720p, maka jika kita menggunakan connector to VGA dari iPhone4 ke layar LCD TV,
maka iPhone4 dapat dijadikan sebagai pemain HD Video terkecil yang pernah
dibuat, anda tidak perlu lagi membeli Bluray player maupun HD Video digital player yang ada
dipasaran, anda hanya perlu menonton koleksi video-video HD anda hanya dengan
menggunakan iPhone4, kerana iPhone4 dapat menghasilkan gambar sempurna hingga
1024×768 di layar LCD TV HD.

4. Camera
Kini kamera pada iPhone4 juga telah dilengkapi dengan LED Flash, sehingga tidak ada lagi
gambar gelap yang dihasilkan seperti pada iPhone sebelumnya. Anda tidak perlu lagi menggunakan
applikasi tambahan hanya untuk menambah brightness dan contrast photo secara manual. Tidak
hanya itu, camera 5 megapixelnya akan menjadi jaminan kualiti gambar terbaik khususnya dengan resolusi layar LCD iPhone4 yang tajam. Juga terdapat focus, yang mana anda dapat mengfokuskan kepada objek yang diinginkan, maka camera akan auto focus ke objek tersebut, apalagi dengan resolusi yang dihasilkan iPhone4, dijamin focusnya benar-benar ‘focus’.

5. A4 Processor
Seperti diketahui bahwa A4 adalah processor yang sama dengan yang digunakan pada iPad,
processor ini terbukti sangat efisien dalam mengoperasikan berbagai macam program yang ada
dalam iPhone OS, selain itu juga relative, cepat dan stabil. Dengan kecepatan processor seperti ini akan sangat mengaggumkan jika dipadamkan pada sebuah device yang masih tergolong dalam segmen smartphone, pasti melebihi semua iPhone generasi sebelumnya.

6. iPhone OS4 Multitasking
Apple mendatangkan iPhone OS4, yang sekaligus telah tertanam pada iPhone4, dan didalam OS4 telah terdapat aplikasi untuk ‘Multitasking’, akhirnya… sebuah hal biasa yang baru diterapkan pada
iPhone setelah muncul generasi ke 4 yang dinamakan Iphone 4. Untuk mengaktifkan aplikasi ini cara penggunaannya mudah saja iaitu dengan klik tombol home akan mengeluarkan kita dari app, maka untuk memunculkan multitasking cukup dengan menekan tombol home 2 kali.
Nantinya akan muncul interface sederhana yang biasa kita operasikan disaat kita sedang
menjalankan app lain. Processor yang cepat memungkinkan melakukan multitasking terhadap app dengan cepat dan mudah. Kini dengan adanya fitur multitasking anda dapat melakukan banyak hal sekaligus tanpa batasan,seperti video, gps, facebook dan pelbagai aplikasi lain dalam satu2 masa. Terdapat juga kelebihan kecil lain seperti Foldering apps dan lain2 yang tak perlu dihuraikan disini.


Kelemahannya lak :

1. Lemah Signal Antenna. Hal tersebut disebabkan karena Apple meletakkan antena di bahagian bawah kiri, sehingga ketika digenggam signalnya akan mengganggu penerimaan Signal.

2. Cacat pada layar, Meskipun telah melakukan pengaturan warna, namun pada sejumlah iPhone 4 masih terdapat beberapa titik berwarna kuning.

3. Design iPhone 4 yang menggunakan bahan stainless steel juga mudah tergores. Dilaporkan, pada sejumlah iPhone terdapat bekas goresan. Keluhan-keluhan mengenai iPhone 4 juga dinyatakan para pembeli ke dalam YouTube. Bahkan ada video yang menampilkan hasil speed test dengan membandingkan kecepatan saat dipegang tangan dengan tidak menggunakan tangan alias handsfree.

Sumber : myglobalnetworks





So pikir-pikir kan lah k..hurmm law admin ada duit admin teringin gak nak pakai iPhone 4S tu hahaha...tapi xpe lah..pakai je lah fon murah2 dulu...

Penyelesaian jenayah siber

PADA bulan Jun lalu, sebanyak 51 buah laman web milik agensi kerajaan telah digodam menyebabkan keadaan menjadi agak huru-hara kerana gangguan tersebut melibatkan maklumat kerajaan. Mungkin semua dah tau kan situasi ni dan heboh 1 Malaysia website goverment digodam..

  
Bagaimanapun, kerisauan orang ramai sedikit lega apabila Ketua Pengawai Eksekutif Cybersecurity, Lt. Kol. (B) Datuk Husin Jazri menjelaskan semua maklumat berada dalam keadaan selamat dan laman-laman web itu mula beransur-ansur untuk beroperasi semula.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, sehingga bulan Ogos 2011, sebanyak 10,406 insiden jenayah siber telah dikendalikan oleh Cybersecurity. Ujarnya, jumlah tersebut adalah kenaikan yang amat drastik iaitu sebanyak 137 peratus berbanding tempoh masa yang sama pada tahun 2010.

“Beribu-ribu ancaman dunia siber kini telah muncul. Banyak juga perniagaan yang berterusan diserang dengan ancaman yang sedia ada dan terbaharu.

“Jika dibiar tanpa pemerhatian, keselamatan siber akan lemah dan mendatangkan risiko bahaya kepada keselamatan negara, awam dan kemakmuran ekonomi,” ujar Maximus ketika ditemui di Petaling Jaya, Selangor. Jelasnya lagi, kesan tersebut berlaku kerana kadar penembusan dan bilangan individu yang mahir dengan Internet di Malaysia semakin meningkat.

Selain kes-kes laman web yang digodam, terdapat juga para remaja yang ‘nakal’ menjadikan keupayaan mereka mengendalikan Internet sebagai medan untuk mencuba keupayaan mereka. Maximus mengakui bahawa tindakan undang-undang sudah pasti dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut tetapi dalam jangka masa panjang pendidikan oleh ibu bapa adalah penting untuk membina karakter individu.

Antara kes-kes aduan yang diterima oleh Cybersecurity selain laman web digodam adalah aktiviti phishing dalam laman sosial dan tindakan menawan akaun laman web individu lain serta kod Malicious.

sumber : Kosmo

Teknik yang patot Harimau Malaya Ikoti law nak layak ke Piala Dunia

Video ni show masa Team Barcelona wat sesi latihan dan cara bagaimana dorang control bola supaya tidak mudah terlepas kepada pihak lawan..jom saksikan bertapa gigihnya dorang ni..skuad harimau malaya wajib amik contoh dari sini supaya dapat pergi jauh dikemudian hari...

Nak dapat hadiah bernilai 10Ribu ringgit klik sini sekarang

Now you can earn rewards by sharing through facebook and twitter with #ChurpChurp! How cool is that?

Cayalah! Aplikasi Upin & Ipin dalam pembangunan

Tahukah anda yang saya pun baru tau aplikasi Upin & Ipin bakal muncul dipasaran. Kini Aplikasi Upin & Ipin masih diperingkat pembangunan. wooo tak sabar rasanya bila la nak kuar. Aplikasi baru ini merupakan salah satu siri buku digital interaktif. Untuk menjadikan ia lebih menarik ia juga dilengkapi dengan audio dan visual yang menarik. Tidak ketinggalan juga permainan (game) yang didatangkan bersama-sama setipa cerita. So layan kan aje gambar screenshot Aplikasi Upin&Ipin sementara menunggu Aplikasi yanng menarik ini kuar dipasaran.







kredit kepada amanz.my

Thursday 27 October 2011

Makmal Kelahiran Internet

Ok dikatakan setiap hari kita menggunakan internet yang merupakan kemudahan untuk manusia pada zaman sekarang. Sekarang dunia dah serba canggih kan..Nak shopping kita dah boleh pakai internet..nak bayar bil air,elektrik dan macam2 lagi semuanya just klik je kat mouse komputer kan. So apa lagi bagi kita ahli2 bloggers ni wajib,penting, & harus menggunakan internet huhuhu..so apa kata kita taw serba sedikit sal dorang ni yang mahu makmal kelahiran internet dibuka balik untuk tontonan umum..jom layan~~
 
Bergini Ceritanya: 
Universiti California Los Angeles (UCLA) dan Sekolah Kejuruteraan dan Sains Gunaan Henry Samueli bekerjasama membina semula makmal kelahiran Internet. Tempat kelahiran Internet itu adalah di 3420 Dewan Boelter, UCLA. Makmal itu dikenali sebagai Tapak Warisan Internet dan Arkib Kleinrock (KIHSA). Mesej Internet pertama itu telah dihantar lebih 40 tahun tahun lalu dari makmal berkenaan dalam projek yang dinamakan ARAPANET melibatkan penghantaran mesej antara dua buah komputer.


Hubungan antara komputer itu dibuat melalui mesin sebesar sebuah almari yang dikenali sebagai Peranti Pemprosesan Mesej Antara Muka (IMP). Mesin IMP yang pertama itu masih disimpan oleh seorang profesor UCLA, Leonard Kleinrock di 3420 Boelter Hall, UCLA. Kleinrock memajukan teori matematik mengenai rangkaian paket, teknologi yang menjadi asas Internet yang digunakan dalam penghantaran mesej pertama.


Mesej Internet pertama yang dihantar ialah huruf LO atau daftar masuk kepada Institut Penyelidikan Stanford pada 29 Oktober 1969. Satu pertemuan semula melibatkan para saintis komputer yang terlibat dalam penghantaran mesej itu akan turut diadakan. Teknologi ARAPANET berevolusi menjadi rangkaian Internet. Kini makmal ARAPANET dibuka kepada umum pada Sabtu ini.

Sumber : Kosmo

Cayalah! Jacko peroleh pendapatan tertinggi selepas meninggal dunia



NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Selama dua tahun berturut-turut, Michael Jackson kekal sebagai artis yang telah meninggal dunia tetapi memperoleh pendapatan tertinggi di dunia, menurut senarai majalah Forbes melibatkan barisan selebriti yang terus popular walaupun selepas mereka meninggal dunia.

Menghembuskan nafas terakhir dua tahun lepas ketika berusia 50 tahun, Raja Pop memperoleh pendapatan AS$170 juta (RM531.4 juta) sepanjang 12 bulan lalu sekali gus mengatasi bintang-bintang pop lain sama ada yang masih hidup atau telah mati kecuali kumpulan rock dari Ireland, U2.

Tempat kedua pula menjadi milik penyanyi legenda, Elvis Presley dengan pendapatan AS$55 juta (RM171.9 juta) melalui hasil jualan buku lagunya selain pengunaan lagu-lagunya oleh Cirque de Soleil dalam pementasan di Las Vegas.

Aktres simbol seks Marilyn Monroe meraih pendapatan AS$27 juta (RM84.4 juta) sejak setahun lalu untuk menduduki tempat ketiga senarai berkenaan.

Pencipta kartun Peanuts, Charles Schulz pula berada di tangga keempat manakala legenda kumpulan Beatles, John Lennon terikat dengan aktres Elizabeth Taylor di tempat kelima.

Lennon dan Taylor masing-masing memperoleh pendapatan AS$12 juta (RM37.5 juta) sepanjang tahun lalu.

Sumber : Kosmo

Keluaran Terbaru Nokia Lumia 800 peranti berasaskan Window

Semalam 26/10/2011 Nokia secara rasmi mengumumkan Lumia 800, Windows peranti berasaskan Telefon pertama dari gergasi mudah alih Finland, pada persidangan Nokia World di London. Fizikal telefon ini sangat menyerupai Nokia N9 dan MeeGo.Permukaan telefon ini telah diperbuat dari polikarbonat dengan 3,7 inci, melengkung kaca, skrin AMOLED . telefon ini mempunyai spesifikasi 1.4 GHz dengan pecutan perkakasan dan pemproses grafik, 512 MB RAM dan 16 GB memori pengguna dalaman. It also has a Carl-Zeiss, f2.2 aperture, 8-megapixel camera designed to work well in low-light environments. Ia juga mempunyai satu Carl-Zeiss, f2.2 aperture, kamera 8-megapiksel yang direka untuk bekerja dengan baik dalam persekitaran cahaya rendah. It will be available in three colors: cyan, magenta and black. Ia boleh didapati dalam tiga warna: cyan, magenta dan hitam.

Antara keistimewaan lain telefon ini ialah dilengkapi dengan Nokia Drive, yang menawarkan penuh, navigasi turn-by-suara dan Nokia Music dan MixRadio.







Video Promo Nokia Lumia 800

Hati-hati bila makan kat kedai


Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris :

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

CAYALAH! WARCRAFT DOTA

Ok disini Admin nak share sikit pasal game Dota yang Famous sangat dikalangan remaja & kanak2 zaman sekarang..Dorang kumpul je 10 member & lawan so best sangat2...sampaikan Admin pon dah ketagih dengan game ni huhuhu..Jika lawan member2 memang best & yang xseronoknya bila main sorang2..dibawah ni ada serba sedikit Admin selitkan story pasal bendalah game ni so korang ushar2 lah untuk knowledge ok...


Defense of the Ancients - Pertahanan Orang Dahulu Kala...
Ok ni lah mamat yang design game ni Steve "Guinsoo" Feak (2003-2005) yang berasal dari Amerika..
Game ni tersangat lah famous dekat sana (Amerika) dan menjadi permainan rutin kanak2 & remaja kat sana.

Ok ni diantara Fakta Pasal Dota :
Pertahanan orang2 dahulu kala dalam dua pasukan iaitu Sentinel dan Kesengsaraan. Pemain pasukan Sentinel adalah berada di sudut barat daya peta, dan orang2 dalam pasukan Kesengsaraan pula berada di sudut timur laut. Setiap orang akan ada pertahanan masing2 iaitu menara dan gelombang unit yang menjaga laluan utama menuju ke pangkalan lawan. Di tengah2 setiap pangkalan pula ada "Purba",iaitu sebuah bangunan yang mesti dihapuskan untuk memenangi permainan.

Setiap pemain mengawal satu Hero, satu unit yang kuat dengan kebolehan masing2.Di DotA, pemain berhak  memilih mana2 hero yang dorang suka dari 104 hero dalam game ni...Dengan kebolehan yang berbeza dan kelebihan taktikal dan kerja berpasukan menarikkan lagi permainan game ni. ia sukar bagi seorang pemain untuk memenangi game ni...so yang mane menang tu korang adalah terhebat....

Ok ni Video Promo :



Ni link untuk korang taw lebih lanjut sal game ni....Official Dota

Cayalah Pejabat Skype

Ni lah Offiz Skype yang korang dok guna tu dan ia terletak di Stockholm, Sweden. Pejabat Skype ini telah dideko dan dihias dengan jayanya oleh  PS Arkitektur. Yea la kan deko mesti lah cantiq2 supaya idea tu sentiasa ada..Pejabat ini boleh memuatkan seramai 100 orang pekerja. Bertuah pekerja diorang mesti bersemangat buat keje nie kan. So Skype korang taw guna & sekarang Offiz dorang pon korang dah taw..
so settle... 0 - 0 huhuhu...







kredit kepada thecoolhunter.net

Bila Nora Danish bertudung

Bila Nora Danish bertudung...kan elok jika camni kan..kan lebih manis?hehehe apa2 pon layan je lah....



Kredit gambar kepada mediamalaya.com

Wednesday 26 October 2011

Halloween Light Show 2011

Woooo Cayalah! Video ni........



Jangan sombong dengan kelebihan sementara

Gambar Diatas Hanya Hiasan Semata-mata Huhuhu...

 Ok disini Admin ada sediakan Cerita yang beguna untuk semua..Yea la kan asyik bagitau sal duniawi je..ape kata Admin selitkan sikit sal Teladan yang boleh dibawa bekalan ke akhirat nanti so baca lah petikan dibawah ni dengan penuh khusyuk ^_^ dan amalkan ok...


Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :

” Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.

Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ; ” Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil”.

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. “Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.

Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Pengajaran :
Tuhan tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.


Cabal Chronicle My Favourite Game

Diantara banyak2 game yang aku main game ni lah paling Best & Cool..Grafik dia best & Effect Skill pon terbaik..apa kata korang cuba la main confirm layan abesss..dalam game tu korang boleh communicate ngan players lain & yang mane xpuas ati leh ajak lawan hahaha...

 


 

Video Promo

7 Eleven Ghost

Fakta Untuk Kesihatan - Penawar Kanser Kulit


Amalam meminum kopi boleh melindungi seseorang daripada mendapat penyakit kanser kulit terutamanya di kalangan wanita.

Kajian mengenainya yang dibentangkan di sebuah persidangan perubatan utama Amerika Syarikat di bandar raya Boston kelmarin menunjukkan wanita yang meminum lebih tiga cawan kopi berkafein pada setiap hari dapat mengurangkan risiko menghidap kanser kulit yang dikenali sebagai karsinoma sel basal (BCC) sebanyak 20 peratus.

Kajian sama menyatakan lelaki yang mengambil kopi dalam jumlah yang sama dapat menurunkan risiko mereka mendapat BCC sebanyak sembilan peratus.

"Ekoran hampir sejuta kes baru BCC dicatatkan di AS pada setiap tahun, faktor amalan harian seperti meminum kopi dapat memberi kesan besar kepada kesihatan orang ramai dalam memerangi kanser ini," kata penyelidik kajian, Fengju Son


Sumber : BHarian

Tuesday 25 October 2011

Hasil Kerja Faradyable's Tersangat lah lawak hahaha

 
Orang Cina Vs Orang Jepun



 
Tidak Tenang Part3


 

Kertas Warna



Temu Ramah Bersama Rooney


BlogCayalah Mengucapkan Happy Deepavali Esok..

Semangat berbilang kaum di Malaysia tanah air kita amat dipuji..bagi kaum india saya mengucapkan Happy Deepavali dan sama2 kita raikan esok 26/10/2011

GPS edisi Star Wars

Cool wooooo GPS siri Star Wars keluaran TOMTOM . Tp tak pasti ar ade tak kat Malaysia ke tak. Apa2 hal sila layan video  bila Darth Vader record suara tuk GPS nie. hahahaha kelakar wei

300 versi Immortals menemui anda 11-11-2011

Jalan Cerita 18SG dan effect cerita ni cool..Rasa-rasa boleh tak movie ni challenge 300..ok kita sama-sama tonton 11-11-11 nanti...

RIP Marco Simoncelli meninggal dunia di Sepang

Diantara aksi yang membabitkan Marco Simoncelli, Pelumba pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli (24) dari Italy dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dan kepalanya dilanggar dua pelumba lain pada perlumbaan kategori Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2011 di Litar Sepang

Battlefield 3 Trailer

Untuk pengemar game perang ape lg meh la try.

Video Hitler marah FAM jual tiket bola RM50

Dell Latitude ST Windows 7 Tablet

New Model : Samsung Galaxy Nexus: Will be sold by Verizon


Samsung Galaxy Nexus is all set to be sold by Verizon Wireless on a price tag decided to be later.


About the Phone
The all new Galaxy Nexus is based on the new Android 4.0 “Ice cream Sandwich” Operating System is powered by a 1.2 GHz processor. It is no surprise that Verizon would be the first U.S carrier. Talking about its technical specifications, the 4G LTE/HSPA+ Galaxy Nexus smartphone has a 4.65-inch HD Super AMOLED screen. It is supported by a 1750 mAh battery and supports dual cameras as well.


About its Release
Though the partners shown their commitment to launch this gadget in November, it was not revealed as in who would bring the Smartphone in States or in other countries. What makes Ice Cream Sandwich operating system different is the fact that has the holographic user interface, Face Unlock which is an application used for facial detection to let users access their phones.


Android Beam
Apart from the features outlines above, there is software navigation from Android “Honeycomb” tablet interface, there is Android beam with which users can share Youtube videos in no time with their friends by tapping ICS phones together and users can share web pages easily.

Credit : New Gadget

Nuffnang Mengumumkan Nuffnang Awards 2011 – Pencalonan Kini Dibuka

Bagi Bloggers2 tegar apakata korang cuba join Nuffnang Awards 2011 ni..kat sini aku ada sertakan link..korang klik je kat link tu dan calonkan blog korang masing2..jika ada rezeki korang menang dan dapat la hadiah hehehe..ok ni linknye Nuffnang Awards 2011..


Gud Luck untuk korang..dah menang nanti jangan lupa aku ok....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...