nuffnang ads

Follow Us Thanks!

Thursday 9 February 2012

Kamal Ashnawi Terkaya di Dunia!! ???


Orang Perak dan orang Malaysia serta Melayu tentu boleh berbangga sekiranya Kamal Ashnawi menjadi individu paling kaya di dunia. Peliknya Majalah Forbes tidak mengenali manusia terkaya ini? Ini kerana Majalah Forbes yang selalu membuat senarai manusia terkaya.

Kita lihat senarai individu terkaya untuk tahun 2011 yang dikeluarkan Majalah Forbes. Kamal Ashnawi sepatutnya memberitahu Majalah Forbes dengan menyertakan bukti-buktinya.

Senarai 20 manusia paling kaya di dunia mengikut Forbes 2011

1: Carlos Slim (Mexico) – $74 billion, telecommunications
2: Bill Gates (USA) – $56 billion, Microsoft
3: Warren Buffett (USA) – $50 billion, Berkshire Hathaway
4: Bernard Arnault (France) – $41 billion, LVMH
5: Larry Ellison (USA) – $39.5 billion, Oracle Corp
6: Lakshmi Mittal (India) – $31.1 billion, steel
7: Armancio Ortega (Spain) – $31 billion, retail
8: Eike Batista (Brazil) – $30 billion, mining, oil
9: Mukesh Ambani (India) – $27 billion, petrochemicals, oil and gas
10: Christy Walton (USA) – $26.5 billion, Wal-Mart
11: Li Ka-Shing (China) – $26 billion
12: Karl Albrecht (Germany) – $25.5 billion
13: Stefan Persson (Sweden) – $24.5 billion
14: Vladmir Lisin (Russia) – $24 billion
15: Lilian Bettencourt (France) – $23.5 billion
16: Sheldon Adelson (United States) – $23.3 billion
17: David Thomson (Canada) – $23 billion
18: Charles Koch (United States) – $22 billion
19: David Koch (United States) – $22 billion
20: Jim Walton (United States) – $21.3 billion


KUALA LUMPUR 21 Jan. –Walaupun tidak tersenarai sebagai orang terkaya di dunia, anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion).

Dakwaan kekayaannya itu ditunjukkan dengan mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang seharusnya membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar ‘trillionaire’.

Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005.

Menurut majalah Forbes, Carlos Slim dari Mexico merupakan manusia terkaya di dunia tahun lepas dengan anggaran kekayaannya mencecah RM224.7 bilion dan Pengasas Microsoft, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.

“Saya terpanggil untuk tampil bagi menolak segala tuduhan buruk yang dilemparkan sebelum ini ekoran cadangan projek pada 2005 yang tidak berjaya dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak-pihak tertentu.

“Ini adalah tawaran terakhir saya bagi membantu orang Melayu dan syarikat-syarikat dengan melaburkan dana dalam tiga projek cadangan di Perlis, Johor dan Kelantan dalam masa yang terdekat,” katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam.


Katanya, tiga projek yang bernilai trilion ringgit tersebut ialah projek pelancongan komersial di Kuala Perlis, taman tema berkonsepkan Pirates of The Carribean di Danga Bay, Johor Baharu, dan projek penempatan komersial di Kelantan.

Kamal berkata, segala urusan berkaitan tiga projek tersebut akan diserahkan kepada SAS Group iaitu sekumpulan pelajar alumni Sekolah Alam Shah yang merupakan bekas sekolah beliau sendiri.

Sejak projek penapisan kilang minyak di Kedah itu tergendala, katanya, dia lebih banyak menghabiskan masa di luar negara bagi menguruskan perniagaan.

Menurutnya, beliau akan bermastautin di Hong Kong mulai Mac ini bersama keluarganya sebelum ke Indonesia beberapa tahun kemudian.

Kamal memberitahu, kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.

Dakwanya, beliau juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.-UM

Petikan : ekeleh.com


1 comment:

  1. cerita mengenai KA yang mempunyai harta sebanyak 3/4 didunia ini memang tersangat hebat.
    mengikut ramalan dari joyoboyo tentang Ratu Adil, juga sama seperti mengenai KA.
    adakah yang dimaksudkan joyoboyo tentang Ratu Adil itu sebenarnya adalah KA ?
    jika benar apa yang dimaksudkan joyoboyo tentang kedatangan Ratu Adil adalah KA sebenarnya,
    sudah pasti KA adalah Maharaja Indonesia yang diceritakan tentang Ratu Adil oleh joyoboyo.

    wahai Melayu yang ada, Raja kita sudah kembali, Raja yang satu. Raja kita hendak memuliakan kita.
    marilah wahai Melayu yang ada bangkit lah semua. jangan Melayu tidak percaya.
    kita sudah lama ada didunia. kita adalah bangsa yang pertama.

    Fitrah Melayu Fitrah BeRaja, Adat Melayu Adat BeRaja, Pada Raja Melayu hendaklah kau taat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...