nuffnang ads

Follow Us Thanks!

Sunday 5 April 2015

Pato Pilihan Tepat JDT


Pemain baru sensasi Johor Darul Takzim iaitu Pato Rodriquez mula menunjukkan taringnya apabila berjaya menjadi permain yang banyak membantu kesebelasan utama didalam serangan dikubu pihak lawan. Pato mempunyai skill yang hebat dan assist yang cantik membuka peluang kepada rakan sepasukan untuk menjaringkan gol. Namanya mula di perkatakan oleh kesemua penyokong JDT sekarang.

Berikut adalah biodata dan latar belakang Pato Rodriquez, pemain terbaru JDT untuk musim 2015 ini. 


Nama Penuh :     Patricio Julián Rodríguez
Tarikh Lahir   :     4 Mei 1990 (umur 24 tahun)
Tempat Lahir :     Quilmes, Argentina
Tinggi           :     1.72 m (5 ft 7 1⁄2 in)
Posisi           :     Attacking midfielder, Forward 



Sejarah Kareer Bolasepak Pato Rodriquez
Pato Rodríguez memulakan kareer bolasepak professional di Kelab Independiente Argentina, mewakili kelab remaja pada 2000 ketika umur 10 tahun. Pada 10 Februari 2008, beliau membuat penampilan sulung ketika tewas 0-1 kepada kelab  Lanús. Pada 15 Mac 2008, beliau membuat satu bantuan assist gol kepada rakan sepasukan pemain Jerman, Denis untuk gol ketika kemenangan 3-1 terhadap Gimnasia La Plata. Pada 5 April 2008, beliau telah diberikan penampilan pertama 1st eleven ketika tewas 1-3 kepada Colón.

Pada 30 Ogos 2009, Rodríguez menjaringkan gol pertama dan kedua beliau semasa menentang Atlético Tucumán.


Pato Rodriquez kemudian berhijrah ke kelab Brazil, Santos pada 20 Julai 2012 dengan kontrak 4 tahun. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...