nuffnang ads

Follow Us Thanks!

Saturday 28 February 2015

Kisah Pemandu Lori Maut Digilis Lori Sendiri


JOHOR BAHRU – “Setiap hari arwah akan singgah ke warung ini untuk bungkus juadah makanan tengah hari, namun hari ini (semalam) arwah datang lebih awal untuk bersarapan ketika warung baru dibuka,” kata saksi kejadian pemandu lori yang maut digilis kenderaan dipandunya dalam kejadian di depan warung di FELDA Inas, Jalan Sengkang-FELDA Inas dekat Kulaijaya, semalam.

Menurut wanita berusia 36 tahun yang juga pekerja warung berkenaan, pemandu lori, Rezal Osman, 37, yang maut ketika cuba memberhentikan lorinya sebelum digilis tayar belakang kenderaan berat itu adalah pelanggan tetap di warung berkenaan.

“Semalam (kelmarin), arwah datang seperti biasa ke warung untuk membungkus juadah tengah hari dan itu rutin hariannya.

“Berbeza hari ini (semalam), arwah tiba lebih awal kira-kira jam 7.15 pagi ketika warung belum dibuka sepenuhnya, namun kuih-muih tersedia di hadapan dan arwah mahu membelinya

“Ketika dia membungkus kuih, tiba-tiba semua orang di warung terkejut dan panik apabila melihat lori dipandu arwah yang diletakkan di bahu jalan bergerak dan melanggar bumbung warung,” katanya. – Harian Metro Online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...