nuffnang ads

Follow Us Thanks!

Sunday 1 March 2015

5 JENIS PEREMPUAN YANG LELAKI TAKNAK DATE

sekadar gambar hiasan

Jika hubungan percintaan anda terputus di tengah jalan, pasti anda merasakan si dialah puncanya. Malah, jika ada sesuatu yang tidak kena dalam hubungan anda, ia mungkin bukan sebab si dia. Boleh jadi andalah yang menjadi punca sebenar.
1. Suka dominasi dan merasakan diri macam bos
Bayangkan dia yang membuat keputusan tentang pakaian yang si dia patut pakai, ke mana nak pergi, dengan siapa nak bergaul, nak makan apa, kiranya semua benda dia yang tentukan. Okay, mungkin baginya sifat dominasi adalah normal tetapi tidak bagi pasangannya. Akibatnya, dia sama ada akan sentiasa diabaikan oleh pasangan atau terus ditinggalkan begitu sahaja.
2. Minah air mata – asyik menangis, menangis
Kalau semua perkara nak menangis, bukankah itu agak annoying. Sebaik bahaja pergaduhan bermula, dia mula menumpahkan air mata dengan deras sehingga pasangan akan rasa keliru dan takut. Sememangnya, kebanyakan wanita jenis ‘minah air mata’ seperti ini lebih cenderung untuk ditinggalkan lelaki.
3. Jadi pencetus kepada segala benda
Bagaimana yang dikatakan dengan pencetus kepada segala benda? Wanita sebegini selalunya dia lah memulakan sesuatu, malah dia lah yang memulakan langkah pertama dalam perhubungan. Dia juga yang membuat keputusan dengan lelaki mana dia mahu adakan hubungan. Hatinya pula keras seperti batu dan sukar untuk bertoleransi. Paling biasa apabila dia secara tiba-tiba membuat keputusan dan meninggalkan si dia tanpa penjelasan.
4. Bersifat posesif
Tekanan sangat dengan soalan seperti “Awak kat mana?” atau “Kenapa tak angkat call saya?” atau “Awak dengan siapa tu?”.Ke mana saja pasangannya pergi atau apa jua aktiviti yang pasangannya ingin lakukan, pasti dia ingin tahu secara terperinci. Serius stress kalau berjumpa dengan wanita bersifat posesif. 
5. Terlalu obses dengan idola
OMG! Boleh kalau anda meminat seseorang itu, langsung tidak ada salahnya. Cuma yang salah bila anda terlalu obses dan taksub sehinggakan anda membanding beza dengan kekasih anda. Malah, ada satu tahap, anda meletakkan harapan tinggi bahawa satu hari nanti idola tersebut itu akan melamar. LOL
Sumber asal dari says.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...