nuffnang ads

Follow Us Thanks!

Wednesday 28 September 2011

CAYALAH! KELATE JUARA KUMPULAN C


Penyerang prolifik Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha seolah – olah melepaskan geram apabila menjaringkan dua gol ketika membenam Felda United 2 – 0 di Stadium Sultan Mohamed Ke – IV semalam. Apakan tidaknya setelah dimalukan Felda United tempohari Norshahrul tampil untuk membalas dendam dengan menjaringkan gol untuk pasukan Kelantan.


Bermula pada separuh masa pertama, Kelantan jelas dilihat menguasai permainan dengan melancarkan serangan berrtubi – tubi ke arah pintu gol Felda United dengan diketuai oleh Muhd Badhri Radzi. Semasa serangan dibuat Norshahrul dilihat banyak mempunyai peluang untuk menjaringkan gol tapi berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan Felda United.


Felda United sekali sekali sekala membuat serangan balas ke arah pintu gol Kelantan tetapi berjaya dipatahkan oleh kekentalan pemain muda yang berasal dari Pengkalan Chepa iaitu Mohamad Abdul Aziz Ismail aka Mat. Pemain ini terus kebal mempertahankan kubu pasukan Kelantan dengan mematahkan serangan – serangan berbahaya dari pasukan Felda United.


Credit to : Bola Malaysia




Informasi berkaitan Pasukan Kelate akan di updated di blog ini mulai hari ini & berita baru yang berkaitan dengan pasukan akan di updated serta merta untuk perkongsian bersama.. TQ

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...