nuffnang ads

Follow Us Thanks!

Thursday 22 September 2011

CAYALAH! : Khairul Fahmi (Apex) Penyelamat Maruah Malaysia



SKUAD bola sepak negara berjaya mengelak daripada kekalahan besar apabila hanya tewas 0-2 kepada Jepun pada aksi pembukaan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Stadium Tosu, Fukuoka, semalam.
Terima kasih kepada penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya sembilan percubaan bahaya pasukan tuan rumah di babak pertama dan empat di babak kedua.
Jika tidak kerana kecemerlangan Fahmi, Malaysia hampir pasti menjadi ‘lauk’ kepada pasukan Samurai Biru yang seperti dijangka menguasai sebahagian besar permainan.




PEMAIN negara Mahali Jasuli (kiri) dikawal ketat dua pemain Jepun di perlawanan kelayakan 
Olimpik 2012 Malaysia bertemu Jepun bagi Kumpulan C di Stadium Tosu , Fukuoka.



PELAJAR Malaysia penuh bersemangat mengibar Jalur Gemilang untuk memberi
 sokongan kepada pasukan negara di depan penyokong Jepun, semalam.


Anak didik Kim Swee akur keperkasaan Jepun
TEMPIAS ‘taufan Roke’ di Fukuoka, malam tadi seperti menceritakan betapa barisan Harimau Muda karam di Stadium Tosu ketika terpaksa akur kepada keperkasaan Jepun yang turun selaku kuasa bola sepak Asia untuk merakamkan kemenangan 2-0.
Jelas perlawanan pembuka tirai Kumpulan C, saingan kelayakan Olimpik di Wilayah Saga, Kyushu, malam tadi menjadi dominasi anak didik Takashi Sekizuka yang menguasai penuh saingan 90 minit di bawah cuaca sejuk - sekali gus menuai tiga mata berharga dalam kumpulan yang turut membabitkan Syria dan Bahrain.
Realiti yang terpancar selepas wisel penamat dibunyikan pengadil Abdullah Balideh dari Qatar adalah anak didik Ong Kim Swee harus banyak belajar andai mahu memastikan sasaran tangga kedua kumpulan untuk beraksi dalam play-off, andai ia menjadi kenyataan kelak.

Tuan rumah bergelar Samurai Muda yang berhak menang atas persembahan padu di hadapan 22,504 penyokong mereka mengesahkan mata penuh menerusi ledakan Keigo Higashi pada minit ke-10 dan Yamazaki Ryohei (m-75).


Petikan : Berita Harian


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...