nuffnang ads

Follow Us Thanks!

Friday 28 October 2011

Penyelesaian jenayah siber

PADA bulan Jun lalu, sebanyak 51 buah laman web milik agensi kerajaan telah digodam menyebabkan keadaan menjadi agak huru-hara kerana gangguan tersebut melibatkan maklumat kerajaan. Mungkin semua dah tau kan situasi ni dan heboh 1 Malaysia website goverment digodam..

  
Bagaimanapun, kerisauan orang ramai sedikit lega apabila Ketua Pengawai Eksekutif Cybersecurity, Lt. Kol. (B) Datuk Husin Jazri menjelaskan semua maklumat berada dalam keadaan selamat dan laman-laman web itu mula beransur-ansur untuk beroperasi semula.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, sehingga bulan Ogos 2011, sebanyak 10,406 insiden jenayah siber telah dikendalikan oleh Cybersecurity. Ujarnya, jumlah tersebut adalah kenaikan yang amat drastik iaitu sebanyak 137 peratus berbanding tempoh masa yang sama pada tahun 2010.

“Beribu-ribu ancaman dunia siber kini telah muncul. Banyak juga perniagaan yang berterusan diserang dengan ancaman yang sedia ada dan terbaharu.

“Jika dibiar tanpa pemerhatian, keselamatan siber akan lemah dan mendatangkan risiko bahaya kepada keselamatan negara, awam dan kemakmuran ekonomi,” ujar Maximus ketika ditemui di Petaling Jaya, Selangor. Jelasnya lagi, kesan tersebut berlaku kerana kadar penembusan dan bilangan individu yang mahir dengan Internet di Malaysia semakin meningkat.

Selain kes-kes laman web yang digodam, terdapat juga para remaja yang ‘nakal’ menjadikan keupayaan mereka mengendalikan Internet sebagai medan untuk mencuba keupayaan mereka. Maximus mengakui bahawa tindakan undang-undang sudah pasti dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut tetapi dalam jangka masa panjang pendidikan oleh ibu bapa adalah penting untuk membina karakter individu.

Antara kes-kes aduan yang diterima oleh Cybersecurity selain laman web digodam adalah aktiviti phishing dalam laman sosial dan tindakan menawan akaun laman web individu lain serta kod Malicious.

sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...