nuffnang ads

Follow Us Thanks!

Monday 3 October 2011

CAYALAH! 787 Dreamliner : Pesawat Penumpang Terkini Dari Boeing


Ini ialah 787 Dreamliner keluaran Boeing dan ianya pesawat komersil pertama yang dibuat dengan majoriti bahan komposit. Sebelum ini semua pesawat komersil dibina dengan menggunakan Aluminium. Pengurangan berat.rekaan semula hidung dan aerodinamik pesawat membuatkan 787 20% lebih efisyen dalam penggunaan minyak berbanding 767 yang mempunyai saiz yang sama. Selaras dengan konsep pesawat lebih mesra alam, bahagian enjin dan sayap direka bagi mengurangkan kesan pencemaran bunyi. Jika anda lihat dibawah ada gambar enjin pesawat ini dan anda boleh lihat struktur bentuk gigi yang menurut Boeing mengurangkan kebinginitan enjin apabila terbang. Boeing juga bercadang meletakkan peralatan Head Up Display (alat paparan visual yang biasanya digunakan didalam pesawat pejuang) bagi membenarkan juruterbang melihat objek disebalik awam bagi mengelakkan pertembungan diudara dengan pesawat lain.

Rekaan dalaman 787 juga lebih maju dari pesawat yang ada sekarang. Lampu didalam kabin akan menjadi terang dan gelap mengikut cahaya diluar pesawat secara automatik. Tingkap penumpang juga 30% lebih besar bagi membenarkan pencahayaan semula jadi kabin. Tingkap ini juga boleh digelapkan mengikut kehendak penumpang. Tak macam dulu lagi dimana ada skrin yang ditarik kebawah bagi menghalang cahaya. All in all 787 ialah usaha Boeing bagi membuatkan penerbangan lebih selesa paska millennium.

Laporan dari : Mashable

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...