nuffnang ads

Follow Us Thanks!

Wednesday 7 December 2011

Ombak Rindu - Penulis novel Tidak Puas Hati


Menerbitkan sebuah filem adaptasi daripada sebuah novel bukan asing lagi dalam industri perfileman kita, antara novel melayu yang terkenal seperti Lagenda Budak Setan daripada penulis Ahadiat Akashah juga pernah diadaptasi kepada filem kini ada sebuah lagi novel tempatan bertajuk Ombak Rindu karya tulisan daripada penulis Fauziah Ashari yang terkenal telah diterbitkan menjadi sebuah filem.

Novel yang telah menjadi teman membaca bagi ramai peminat karya tulisan beliau kini dapat menonton di layar perak, namun begitu penulis novel tersebut agak tidak berpuas hati atas hasil filem tersebut.

"Sejujurnya apabila novel saya dibawa ke layar perak, banyak yang perlu ditegur. Apabila kita membaca novel, masa yang diambil untuk menghabiskannya dalam tempoh empat atau lima jam. Sebaliknya apabila menonton filemnya hanya dua jam". sambungnya lagi "Pastinya saya tak berpuas hati apabila menontonnya. Tetapi saya terima sahajalah perkara tersebut," katanya ketika di majlis sidang media, filem Ombak Rindu.


Fauziah Ashari memberi pesanan kepada kesemua pihak penerbitan agar selepas ini membuang semua ego dan meminta setiap penulis supaya turut serta sebagai penasihat atau penulis skrip bersama ini akan lebih membuat filem itu akan lebih berkesan terutama kepada pembaca novel tersebut yang menonton filem tersebut.


Penerbit filem berkenaan Tarantella Pictures Sdn Bhd, Sharad Sharan, menyatakan yang penulis novel tersebut pernah melihat hasil kerja mereka tetapi tidak mengatakan apa -apa pun yang tidak berpuas hati namun beliau menerima teguran dengan tangan yang terbuka.


Sinopsis Ombak Rindu

Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

Petikan : Hot fm

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...