nuffnang ads

Follow Us Thanks!

Thursday, 8 December 2011

Dah nasib bro.....

dah nasib bro ... hahahahahahaha (alasan kenapa ramai laki tak kawin lg hahahahahahahaha)


kredit: Kill Some Time@PHOTOBLIP.COM

Penangan Ombak Rindu tentang Kekalahan Man United


Wednesday, 7 December 2011

Tokyo Sky Tree - Menara Tertinggi Di Dunia 2012


"Tokyo Sky Tree" akan muncul di kawasan Narihirabashi / Oshiage Sumida Ward, Tokyo pada tahun 2012. Mempunyai ketinggian 634m, menara ini akan menjadi salah satu yang tertinggi di dunia.

Pada bulan Julai 2011, penyiaran analog semasa berakhir dan peralihan lengkap kepada penyiaran digital telah dibuat .

Lima stesen komersial dan NHK mengambil ini sebagai satu titik tolak untuk memajukan ke arah persediaan penyiaran digital dari menara TV dengan ketinggian kira-kira 600 meter yang telah diputuskan di kawasan Sumida / Taito sebagai tapak untuk pembinaan menara tersebut.

Di samping itu, "penyiaran satu segmen," bagi perkhidmatan penyiaran digital untuk peranti mudah alih yang dilancarkan pada bulan April 2006. Ia adalah ideal untuk mempunyai transmisi dari ketinggian yang tidak sangat terdedah kepada kenaikan-bangunan super tinggi yang berdiri di ketinggian kira-kira 200 meter di pusat bandar Tokyo.

Harapan juga diletakkan kepada menara untuk menyediakan peranan menara yang dilengkapi dengan ciri-ciri pencegahan bencana.

Di kaki menara baru akan menjadi "bandar dengan sebuah menara" menjangkau kira-kira 400 meter dari timur ke barat, menyambung Oshiage Station dan Narihirabashi Station, dan meliputi kawasan seluas kira-kira 3.69 hektar.


Satu plaza rangkaian yang utama dari Stesen Oshiage ke lobi menara pada empat tahap kemudahan, tiga plaza di hadapan stesen dan di sepanjang Sungai Kitajukken, dan Shinsui Park akan membentuk satu persekitaran masyarakat di mana pelawat dan penduduk yang berhampiran akan berkumpul.

Terletak kira-kira timur 1 kilometer Asakusa - sebuah bandar yang penuh dengan suasana shitamachi (nama tradisional untuk kawasan Tokyo yang meluas dari Taito, Chiyoda dan Chuo wad timur Sungai Sumida di mana banyak pedagang, tukang, dan lain-lain berada) - dan kira-kira 2 kilometer timur laut Ryogoku - sebuah bandar yang terkenal dengan gusti sumo. Menara baru berdiri dalam zon pelancongan utama antarabangsa tradisional Jepun.

Ketinggian menara: 634m
Kemudahan: Observatory (Balai Cerap Pertama di Balai Cerap 350m dan Kedua di 450m), kemudahan penyiaran, kedai-kedai, restoran, dll.

Petikan : Tokyo Sky Tree

Review Ombak Rindu Filem Air Mata


EMPAT buah filemnya sebelum ini iaitu Bukak Api, Puaka Tebing Biru, Anak Halal dan Cun! memperlihatkan kehebatan Osman Ali dalam menghasilkan lakon layarnya selain menjadi pengarah.

Kesemua filem tersebut meninggalkan kesan tersendiri dan mendapat tempat di kalangan penonton mahupun pengkritik, sekali gus meletakkan Osman sebagai salah seorang pengarah hebat di negara ini.

Namun, sebagai pengarah, Osman sentiasa mahu mencabar dirinya dan menongkah arus dengan mencuba sesuatu yang baru.

Atas alasan itulah, kata Osman, dia mengambil keputusan untuk menduduki kerusi pengarah dan mengarahkan filem Ombak Rindu yang diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama hasil karya penulis popular, Fauziah Ashari.

Walaupun Ombak Rindu bukan karya asalnya, tetapi kata Osman, dia tidak mahu perkara itu dijadikan sebagai satu alasan untuk tidak menghormati dan menjadikan karya itu seperti naskhahnya sendiri.

Mengakui begitu mengagumi penceritaan Ombak Rindu, Osman begitu teruja untuk mengarahkan filem tersebut dengan barisan pelakon yang menjadi idamannya untuk menzahirkan watak-watak penting dalam novelnya.

“Apabila tawaran yang diberikan oleh Tarantella Pictures untuk mengarahkan filem Ombak Rindu, saya melihatnya sebagai peluang terbaik saya untuk meneroka cabang baru sebagai seorang pengarah.

“Apatah lagi kalau dilihat kepada industri perfileman tempatan ketika ini, memang jarang sekali novel diadaptasi ke layar perak.

“Perkara pertama yang saya lakukan adalah untuk menghubungi penulis asal novel ini dan berkongsi cerita dengannya agar saya mendapat gambaran dengan lebih jelas lagi tentang Ombak Rindu.

“Walaupun saya sudah membacanya tetapi sebagai pengarah, saya menghormati dan perlu mendapat restu Fauziah selaku penulis naskhah Ombak Rindu,” jelas Osman dalam sidang akhbar usai majlis pratonton filem Ombak Rindu di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menyambung bicara, Osman yang mula dikenali dengan filem kontroversi, Bukak Api pada tahun 2000 itu memberitahu sebagai pengarah, dia juga telah melakukan rombakan kepada skrip asal yang ditulis oleh Armantono dari Indonesia.

Selepas berbincang dengan penerbit, Sharad Sharan yang bersetuju dan memberikan lampu hijau kepada Osman untuk mengolahnya, dia merombak skrip asal tersebut agar disesuaikan dengan konteks masyarakat tempatan.

“Apabila membaca skrip asal, saya melihat banyak perkara dan senarionya yang kurang sesuai dengan masyarakat serta budaya tempatan. Begitu juga dengan watak-wataknya yang saya olah agar ia menjadi lebih dekat dengan audiens kita.

“Apa yang penting untuk saya adalah untuk mencintai setiap satu karakter dalam filem ini agar jiwa mereka dapat dizahirkan menerusi pembawaan watak masing-masing.

“Walaupun karakter dan watak itu bukan hasil ciptaan saya, tetapi sebagai pengarah, saya harus berbuat demikian untuk mendapatkan kesan yang lebih mendalam,” ujar Osman yang baru diiktiraf sebagai Pengarah Filem Terbaik bagi filem Cun! pada Anugerah Skrin 2011, baru-baru ini.

Rombakan juga, jelas Osman bukan hanya terletak kepada jalan cerita tetapi watak-wataknya juga. Dalam konteks itu, Osman memberikan contoh watak Izzah lakonan Maya Karin di mana watak asalnya digambarkan sebagai seorang wanita yang tidak bertudung.

Tetapi selepas diteliti dan dia sendiri mahukan sesuatu yang berbeza dalam dimensi lakonan Maya, dia mengubah watak itu menjadi sebaliknya.

Begitu juga dengan watak Hariz dan Mila yang dibawakan oleh Aaron Aziz dan Lisa Surihani yang sememangnya menepati jiwa Osman serta berjaya menzahirkan emosi seperti mana yang dikehendakinya.

“Saya sendiri mahu bekerja dengan pelakon yang belum pernah saya bekerjasama sebelum ini. Ternyata percaturan saya dan penerbit memilih barisan pelakon Ombak Rindu benar-benar berjaya,” ujar anak kelahiran Pulau Langkawi, Kedah itu optimis.

Selain Maya, Aaron dan Lisa, Ombak Rindu turut dibintangi Bront Palarae, Normah Damanhuri, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Delimawati, Julia Ziegler dan Kamarool Yusof.

Luahan rasa Fauziah

Pada sidang akhbar itu juga, pihak media telah dikejutkan dengan pengakuan Fauziah selaku penulis asal Ombak Rindu yang turut hadir pada majlis tersebut.

Sewaktu ditanya pendapatnya tentang hasil kerja Osman dan filem Ombak Rindu secara keseluruhannya, secara tiba-tiba dia meluahkan isi hatinya.

“Sebagai penulis popular, saya akui memang tidak puas hati dengan filem ini. Apabila membaca novelnya yang memakan masa empat hingga lima jam, saya berasa tidak puas menonton filem ini.

“Sudah pasti saya mahu melihat semua cerita di dalam novel ini dizahirkan ke layar perak. Namun, semuanya itu tidak dapat dilakukan dan apa yang ditonjolkan dalam filem ini selama dua jam hanyalah sebahagiannya sahaja.

“Pengikut novel ini ramai dan mungkin mereka juga mahu melihat intipati cerita ini diceritakan semuanya di dalam versi filemnya.

“Cuma saya harap di masa akan datang, diharapkan penulis novel juga diberi peluang untuk melibatkan diri secara langsung apabila ada projek adaptasi novel ke filem,” jelasnya memberikan pandangan.

Alasan Sharad Sharan

Mengulas tentang luahan Fauziah itu, sebagai penerbit, Sharad mempunyai alasan tersendiri mengapa pihaknya tidak mahu melibatkan penulis novel dalam projek adaptasi itu.

Katanya, ada kala penulis tidak faham dengan proses adaptasi di mana kesemua cerita di dalam novel tidak boleh disumbatkan ke dalam filem yang hanya memakan masa sekurang-kurangnya dua jam.

Jelas Sharad lagi, ini bukan kali pertama dia berhadapan dengan situasi seperti itu kerana sebelum ini filem Lagenda Budak Setan (LBS) juga mengalami masalah yang sama.

“Namun, Ahadiat Akashah selaku penulis, cepat sedar dan faham bahawa filem dan novel merupakan dua medium yang bermain dengan visual yang berbeza.

“Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana proses adaptasi kerana ia bukan semudah yang disangka. Kalau dimasukkan semua cerita, ia akan menjadi panjang dan jika tidak kena caranya, ia boleh membuatkan penonton bosan,” katanya yang akan muncul dengan dua buah lagi filem adaptasi daripada novel iaitu Katerina dan Untuk Tiga Hari.

Mengulas tentang hasil kerja Osman pula, Sharad yang juga pengarah filem LBS dan Diva dengan jujur mengakui Ombak Rindu lebih hebat daripada LBS berdasarkan aspek pengarahan.

Katanya, pemilihan Osman adalah tepat dan tidak mustahil untuk pihaknya bekerja semula dengan pengarah itu dalam projek akan datang. -Petikan Utusan

Ombak Rindu - Penulis novel Tidak Puas Hati


Menerbitkan sebuah filem adaptasi daripada sebuah novel bukan asing lagi dalam industri perfileman kita, antara novel melayu yang terkenal seperti Lagenda Budak Setan daripada penulis Ahadiat Akashah juga pernah diadaptasi kepada filem kini ada sebuah lagi novel tempatan bertajuk Ombak Rindu karya tulisan daripada penulis Fauziah Ashari yang terkenal telah diterbitkan menjadi sebuah filem.

Novel yang telah menjadi teman membaca bagi ramai peminat karya tulisan beliau kini dapat menonton di layar perak, namun begitu penulis novel tersebut agak tidak berpuas hati atas hasil filem tersebut.

"Sejujurnya apabila novel saya dibawa ke layar perak, banyak yang perlu ditegur. Apabila kita membaca novel, masa yang diambil untuk menghabiskannya dalam tempoh empat atau lima jam. Sebaliknya apabila menonton filemnya hanya dua jam". sambungnya lagi "Pastinya saya tak berpuas hati apabila menontonnya. Tetapi saya terima sahajalah perkara tersebut," katanya ketika di majlis sidang media, filem Ombak Rindu.


Fauziah Ashari memberi pesanan kepada kesemua pihak penerbitan agar selepas ini membuang semua ego dan meminta setiap penulis supaya turut serta sebagai penasihat atau penulis skrip bersama ini akan lebih membuat filem itu akan lebih berkesan terutama kepada pembaca novel tersebut yang menonton filem tersebut.


Penerbit filem berkenaan Tarantella Pictures Sdn Bhd, Sharad Sharan, menyatakan yang penulis novel tersebut pernah melihat hasil kerja mereka tetapi tidak mengatakan apa -apa pun yang tidak berpuas hati namun beliau menerima teguran dengan tangan yang terbuka.


Sinopsis Ombak Rindu

Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

Petikan : Hot fm

Saturday, 3 December 2011

Cayalah - Serbuk Sushi?

Korang tgk je lah nak cite pun susah. Kalo korang nak try buat suruh la kawan-kawan korang yang belajar kat Jepun belikan. Juga terdapat dlam versi ramen, aiskrim dll.






Friday, 2 December 2011

MODEL P3-21A sedan baru ganti Proton Persona, penuhi standard piawaian pasaran Eropah

PROTON Holdings Bhd dijadualkan memperkenalkan kereta global pertamanya, yang akan memenuhi standard piawaian antarabangsa, khususnya di pasaran Eropah pada Februari tahun depan.


Difahamkan, model yang buat masa ini dikenali dengan nama kod P3-21A itu adalah daripada model Proton Tuah iaitu satu daripada kereta konsep yang ditampilkan pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS) akhir tahun lalu. Model itu adalah kereta konsep sedan baru yang dikatakan bagi menggantikan pengeluaran kereta Proton Persona serta berada pada kelas sama seperti model kereta Toyota Corolla Altis atau Honda Civic.

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata model baru itu akan menjadi perintis kepada transformasi imej Proton dari segi pengeluaran kereta bermutu tinggi untuk pasaran global.

“Dengan model P3-21A, masanya sudah tiba untuk Proton memperkenalkan kereta global yang bukan saja diterima di Malaysia atau peringkat serantau dan pasaran tertentu saja, tetapi kereta yang memenuhi standard negara maju serta menepati selera pembeli seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengumumkan persiapan pengeluaran kereta global pertama Proton di kilang pengeluaran syarikat itu di Tanjung Malim, semalam.

Mengulas lanjut model baru berkenaan, Syed Zainal Abidin berkata ia dijadual menjengah pasaran antarabangsa enam bulan selepas tarikh pelancarannya di pasaran domestik.
“Kami akan berusaha untuk memendekkan tempoh pengenalan model ini di pasaran domestik dan untuk pasaran eksport kurang daripada enam bulan kerana yakin terhadap mutu pengeluarannya yang menepati standard piawaian antarabangsa, khususnya di Eropah,” katanya.

Model baru itu akan menggunakan kira-kira 95 peratus isi kandungan tempatan dan menggunakan enjin turbo Campro.

Bagi mencapai sasaran mengeluarkan kereta bertaraf global, Syed Zainal Abidin berkata Proton akan membuat penilaian lebih ketat ke atas vendornya.

Menerusi penilaian itu, katanya vendor yang dipilih akan dimasukkan ke dalam program Pembabitan Awal Vendor (EVI), sekali gus membolehkan mereka terbabit lebih awal dalam proses pra-pengeluaran model baru Proton itu.

Beliau menegaskan, penilaian itu perlu dilakukan ke atas vendor Proton dalam usahanya untuk memaksimumkan kualiti kenderaan yang dihasilkan sehingga menepati mutu piawaian global serta meminimumkan tahap kecacatan pada kenderaan terbabit.

“Untuk model baru ini, kami telah mengenal pasti 20 daripada 108 vendor Proton untuk terbabit dalam pengeluarannya kelak, di mana sesetengah vendor turut digabungkan untuk menghasilkan kenderaan yang lebih bermutu,” katanya.

Terdahulu, pada majlis sama, Proton menerusi Persatuan Vendor Proton (PVA) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bagi meningkatkan kemampuan pembekal dan pengeluar komponen kenderaan syarikat itu dengan mempraktikkan amalan kaedah kecemerlangan perniagaan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...