nuffnang ads

Follow Us Thanks!

Friday 11 May 2012

Balaban tidak akan tinggalkan selangor - Dato' Hamidin


Pemain import berasal dari Croatia itu telah beraksi selama lebih kurang empat bulan bersama Selangor dan setakat ini telah menjaringkan lapan gol untuk Selangor musim ini.

Baru-baru ini terdapat beberapa khabar yang mengatakan Bosko Balaban akan beraksi buat kali terakhir dengan Selangor malam ini apabila mereka bertemu Perak di Stadium Ipoh.

Sumber-sumber memberitahu ESPNSTAR.my bahawa Balaban mengalami beberapa masalah dengan pihak pengurusan Selangor FA terutama sekali masalah yang melibatkan wang dan pembayaran gaji yang tidak mengikut kontrak yang telah dipersetujui pada awalnya.

Difahamkan masalah ini telah berlarutan selama hampir dua bulan dan Balaban mungkin akan meninggalkan pasukan jika masalah ini tidak selesai.

Bosko Balaban ketika ditanya tentang khabar yang mengatakan malam ini adalah perlawanan terakhirnya berkata: "Saya tidak tahu. Mungkin perlawanan malam ini, atau perlawanan seterusnya atau bila-bila sahaja dalam masa akan datang. Buat masa ini saya hanya ingin menumpukan perhatian kepada perlawanan dengan Perak dan lakukan yang terbaik."

Balaban juga telah menafikan bahawa dia telah menerima sebarang tawaran dari kelab dan pasukan lain.

"Apa yang pasti saya tidak menerima sebarang tawaran dari mana-mana kelab. Saya masih lagi pemain Selangor." kata Balaban lagi kepada ESPNSTAR.my.

Walaubagaimanapun, Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor, Dato' Hamidin Mohd Amin ketika dihubungi telah menafikan bahawa Bosko Balaban akan bermain perlawanan terakhirnya bersama Selangor malam ini.

Petikan : ESPNSTAR.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...