nuffnang ads

Follow Us Thanks!

Friday 22 June 2012

EURO 2012 - PORTUGAL MARA KE SEPARUH AKHIR


Tandukan Cristiano Ronaldo sebelas minit sebelum wisel penamat telah membuka laluan Portugal ke peringkat separuh akhir Euro 2012 dengan kemenangan 1-0 atas Republik Czech pagi tadi.

Pemain paling mahal di dunia itu telah melakukan dua percubaan, iaitu terkena tiang dan kedua menanduk membuat jaringan ketiga beliau di Euro 2012 selepas hantaran Joao Mountinho daripada sayap kanan.

Ia adalah satu persembahan yang baik daripada Portugal, yang sedang membuat penampilan kelima mereka berturut-turut di suku akhir kejohanan Euro dan akan bertemua sama ada Sepanyol ataupun Perancis di separuh akhir.

Czech memulakan perlawanan dengan agak baik manakala rancangan Portugal adalah untuk menghantar bola kepada Ronaldo di setiap peluang yang mereka dapati dengan harapan kapten mereka dapat membuka tirai perlawanan.

Rembatan beliau beberapa minit sebelum separuh masa terkena tiang sebelum Helder Postiga digantikan oleh Hugo Almeida selepas mengalami kecederaan.

Almeida membazirkan satu peluang yang baik di separuh masa kedua apabila tandukan beliau daripada hantaran Raul Meireles terlalu tinggi.

Sepakan percuma Ronaldo terkena tiang sekali lagi dan perlawanan kelihatan akan menuju ke masa tambahan sebelum penyerang Real Madrid itu menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-79 selepas Moutinho dan Nani bergabung untuk menghantar bola ke dalam kotak penalti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...