nuffnang ads

Follow Us Thanks!

Wednesday 20 June 2012

EURO 2012 - KEPUTUSAN TERKINI KUMPULAN D 20 JUN 2012



Kejayaan Wayne Rooney menjaringkan gol pada separuh masa kedua telah memberikan kemenangan kepada skuad kendalian Roy Hodgson untuk mara keperingkat suku akhir EURO 2012, England 1 - 0 Ukraine. Beberapa keputusan pengadil yang mencetuskan kontroversi apabila jaringan penyamaan Ukraine yang tidak dikira.




Perancis 0 - 2 Sweden, Zlatan Ibrahimovic menjaringkan salah satu gol terhebat di Euro 2012 setakat ini dengan sebuah rembatan voli pada minit ke-54, sebelum Sebastian Larsson menjaringkan gol kedua mereka di masa kecederaan untuk berikan Sweden, yang telah pun tersingkir selepas dua kekalahan di dua perlawanan pertama mereka, kemenangan yang memuaskan.

Sweden sepatunya menjaringkan lebih gol dengan benteng pertahanan Perancis memberikan persembahan yang akan membimbangkan jurulatih Laurent Blanc.

Keputusan itu bermakna Perancis mengalamai kekalahan pertama mereka selepas 23 perlawanan dan mengakhiri peringkat kumpulan di tangga kedua selepas England menewaskan Ukraine 1-0 di Donestk. Perancis akan bertemu Sepanyol di suku akhir dan akan perlu bermain dengan jauh lebih baik jika mereka mahu menewaskan juara bertahan itu.

Pemain gantian Perancis, Jeremy Menez membazirkan peluang terbaik mereka untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-81 tetapi Andreas Isaksson menghalang percubaan beliau dengan kakinya.

Karim Benzema sekali lagi memberikan persembahan yang mengecewakan dan beliau masih belum menjaringkan gol di Euro 2012 setakat ini.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...