nuffnang ads

Follow Us Thanks!

Tuesday 5 June 2012

Safiq Janji bangkit menentang Singapura


Walaupun sedar pasukan Singapura bukan mudah unruk ditewaskan namun Safiq yakin dia dan rakan sepasukannya akan mempamerkan kemampuan sebenar mereka nanti.

"Ini bukan hanya cakap kosong, saya bersama rakan sepasukan berjanji untuk mendapatkan keputusan yang positif apabila bertemu Singapura nanti," katanya kepada Harian Metro.

"Setiap perlawanan adalah pengalaman baru buat kami. Memang menentang Filipina kami banyak mensia-siakan peluang tetapi dari satu kami akan lebih matang," tambahnya.

Harimau Malaya akan berangkat ke Singapura esok di mana mereka sekali lagi bertandang ke Stadium Jalan Besar yang kali terakhir mereka tewas 3-5 pada perlawanan pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Julai lalu.

"Kami sudah membuat persediaan terbaik untuk menentang Singapura jadi saya harap kami akan mendapat keputusan yang baik tidak kira di tempat lawan atau sendiri," kata Safiq lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...